Lawatan ke Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat
3 Julai 2008
Hari ini saya telah dijemput oleh Jawatankuasa Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat, Pantai Dalam bagi bersama-sama jemaah yang lain menunaikan Solat Maghrib dan bersuai kenal dengan muslimin serta muslimat yang hadir. Saya juga berkesempatan bersama-sama dalam majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat. Selepas selesai majlis doa selamat, saya diberikan penghormatan untuk berucap. Jemaah juga sempat memaklukan kepada saya tentang permasalahan pemendapan tanah di surau tersebut. Terima kasih kepada Tuan Hj Saleh (Pengerusi Surau), Tuan Abbas (Timbalan Pengerusi Surau) dan seluruh Jemaah atas cederahati yang diberikan serta sambutan meriah untuk saya.
Di tengah-tengah kemelut yang melanda saya terbaca surah al anfal ayat 30 yang mengingatkan bahawa Allah SWT adalah sebaik baik Pembalas tipu daya -tatkala orang kafir Quraisy memikirkan tipu daya untuk menangkap, memenjarakan, membunuh atau mengusir.
Ayat tersebut terkandung dalam penulisan Dr Aidh Abdullah Al Qarni -di hadiahkan kepada saya oleh jawatankuasa surau ihsaniah, kondo rakyat. Tersentuh hati saya pabila menerima buah hati tersebut malam jumaat lepas, diiringi dengan buah-buahan, dan juadah makanan sebelum kami semua solat Marghrib bersama.
Lalu saya baca buku tersebut, lantas terjumpa petikan dari Al Quran yang memberi harapan untuk pembelaan serta perlindungan dari yang Maha Esa.
Izzah


Masya Allah..Sesungguhnya Allah bersama2 orang2 yang bersabar dan semoga kamu sekeluarga dilindungi olehNya.
Ingatlah mafhum ayat yg ke 81 surah al-isra’ “Katakanlah telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatilan,Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap”
Yakinlah dengan janji Allah yang Maha berkuasa atas setiap sesuatu.