Tuesday, 16 September, 2008
Majlis Peguam, Harris Ibrahim dan Sean Ang dilaporkan dalam New Straits Times pada 10 September 2008 sebagai berkata Ahli-Ahli Parlimen yang mahu berhijrah ke parti lain adalah sah di sisi undang-undang, tetapi tidak bermoral.
Menjawab perkara ini, adalah perlu untuk menarik perhatian kepada beberapa prinsip-prinsip asas menyentuh persoalan moraliti penghijrahan MP-MP:
1) Penghijrahan ke sebuah parti politik [...]
Read More >>
Monday, 15 September, 2008
Kenyataan Media
15 September 2008
KeADILan Tidak Anjur Perarakan ke Istana 16 September
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah dimaklumkan tentang adanya beberapa poster dan kain rentang yang telah diletakkan di beberapa tempat di Kuala Lumpur tentang suatu perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 yang kononnya dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat.
KeADILan dengan ini ingin …
Read More >>
Sunday, 14 September, 2008
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
14 September 2008
JIM KECAM PENAHANAN AHLI POLITIK, WARTAWAN DAN PENULIS BLOG DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengecam undang-undang tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggunaannya ke atas Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, wartawan …
Read More >>
Sunday, 14 September, 2008
Penahanan ISA Tindakan Zalim
Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan terdesak kerajaan yang menangkap beberapa individu iaitu YB Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan Tan Hoon Cheng di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kami mendesak pihak kerajaan agar membebaskan segera semua tahanan tanpa syarat. Sekiranya terdapat sebarang bukti …
Read More >>
Saturday, 13 September, 2008
Kami menegaskan pendirian kita menentang penggunaan akta-akta drakonian pada sesiapa dan mendukung Rule of Law dengan hanya menggunakan mahkamah-mahkamah untuk mendakwa sesiapa. Apa-apa tuduhan perlulah mempunyai bukti yang secukupnya sebelum didakwa agar tiada permainan politik berlaku.
We must reaffirm our stance against the use of draconian acts on anyone and proceed to uphold …
Read More >>
Friday, 12 September, 2008
Kenyataan Media
12 September 2008
BEBASKAN RAJA PETRA DAN TAHANAN ISA LAIN!
Wanita Parti Keadilan Rakyat membantah dengan sekeras-kerasnya akta zalim ISA telah digunakan sekali lagi hari ini.
Kami merakamkan rasa kesal atas penangkapan Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA sebentar tadi. Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini sekali lagi membelakangkan lunas-lunas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.
Sikap kerajaan yang [...]
Read More >>