Sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg. Tradisi, Pantai Dalam

Posted on Sunday, 15 February, 2009
wordpress plugins and themes

 

burnt-house1 Pada 4 Februari 2009, empat keluarga di Kg. Tradisi mendapat sumbangan ikhlas dari beberapa institusi kerana rumah dan harta benda mereka mengalami kemusnahan teruk akibat dijilat api. Saya mampu menghubungi beberapa pusat-pusat tertentu untuk menghulurkan bantuan. Bantuan telah diberikan di dalam bentuk:

  • Pusat Zakat: Sumbangan wang ringgit 
  • Baitulmal: pemberian alat keperluan harian serta satu luggage untuk setiap keluarga

Jabatan Kebajikan Masyarakat: pemberian makanan 
DBKL: memberi penempatan sementara di PPR Kerinchi
PAS, Unit Amal: pemberian alat keperluan harian 
Pejabat YB Nurul: sumbangan wang tunai

    Bantuan disalurkan kepada keluarga-keluarga terlibat pada 5 Februari 2009. Saya doakan kepada keluarga-keluarga yang terlibat agar sabar dengan dugaanNya dan moga-moga hikmah dari kejadian ini dapat diambil iktibar.

    ——————————

    Dalam program lawatan tersebut,saya juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada MUSTAPHA KAMAL BIN MOHD SAID yang bakal menjalani pembedahan lensa mata pada 17 Febuari 2009. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang pantas memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa.

    wordpress plugins and themes

    Search

    Issues

    @n_izzah

    Live on Facebook