Nurul Izzah Anwar

Member of Parliament for Lembah Pantai

Ahli Parlimen ajak masyarakat bersatu

Ahli Parlimen ajak masyarakat bersatu 

KERINCHI – Masyarakat diingatkan agar melupakan perbalahan dan memperbaiki kekurangan diri dalam menghadapi cabaran hidup pada masa mendatang. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, masyarakat khususnya rakyat di Lembah Pantai diajak agar tidak alpa dalam melakukan apa jua perkara dalam kehidupan seharian. 

Menurutnya, perjuangan dan usaha dakwah oleh Nabi Muhammad SAW harus dicontohi bagi membuktikan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah. 

“Dalam kehidupan seharian, baik kita lupakan segala perbalahan dan persengketaan kerana apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memperbaiki diri. 

“Kalau kita benar-benar cintakan Rasulullah, kita mesti teruskan kehidupan dengan mencontohi perjuangan dan peribadi baginda,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di pekarangan Madrasah Al-Falah di sini, semalam. 

Kata Nurul Izzah, keharmonian dalam keluarga harus diteruskan dengan menunjukkan kasih sayang antara sesama ahli keluarga. 

“Suami teruskan memberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada isteri, begitu juga isteri. Anak harus menghormati dan menuruti kata-kata ibu bapa. 

“Dengan keadaan ekonomi yang meleset sekarang ini, masa depan menjadi tidak menentu dan yang boleh menjamin kita adalah segulung ijazah. Maka, anak harus berusaha bersungguh-sungguh bagi menempa kejayaan sambil berserah kepada-Nya,” katanya. 

Sambil melahirkan rasa terharu, wakil rakyat yang kini sedang hamil cahaya mata kedua bersemangat untuk turun padang mendekati rakyat. 

“Paling penting, kita semua harus teruskan semangat yang ditunjukkan Rasulullah dengan mengingati segala perjuangan yang dilakukan dalam usaha menyebarkan dakwah kepada seluruh umat. 

“Saya sempat meninjau permasalahan penjaja berhampiran yang mahukan tempat perniagaan mereka dibaik pulih. Saya akan berusaha bagi memenuhi permintaan mereka supaya boleh menjalankan perniagaan lebih sempurna,” katanya. 

Terdahulu, majlis sambutan diserikan dengan pelbagai acara berguna seperti perarakan mengelilingi semua blok dalam kawasan berkenaan bermula di hadapan madrasah di blok D seawal jam 8 pagi. 

Hampir 1,000 penduduk hadir menyertai perarakan dengan membawa pelbagai sepanduk mengingati hari kelahiran Rasulullah.

Tagged as: ,

3 Comments

  1. Salam.

    Saya amat sedih apabila Yb merayu supaya Masyarakat bersatu, YB contohkan Rasullullah s.a.w, adalah amat baik sekiranya YB memimpin orang islam sahaja sudah tentu mereka bersetuju. Dalam keadaan pemimpinan kepada masyarakat majmuk sudah tentu orang bukan islam tidak begitu senang dengan saranan demikian. Pengalaman sebagai jurutera yang banyak mencipta, melaksana dan membaiki. setelah kebanyakkan program YB hambar, kita harus kembali kepada sejarah sebelum YB masuk Lembah Pantai, siapa yang menyambut YB dan rumah pertama membuat ceramah kelompok, rumah siapa. Siapa orang kanan Yb ketika itu. Saya adalah orang dibelakang tadbir yang mentarbiah orang lama dan baru berjalan serentak, membina jaringan setahun sebelum PRU12 seperti Direct Selling. 1 cari 5. Alhamdullillah YB berjaya, hasil dari usaha pemimpin kerdil ini. Tapi malangnya semua pemimpin kerdil yang bertungkus lumus sebelum ini disisih dari pentadbiran YB sekarang, malah yang takda grasroot YB dipilih, maka merekapun tarikh Hand Brek. Sekarang barulah nak YB terkial-kial nak tubuh cawangan, walaupun dalam Perlembagaan PKR tak suruh, sedangkan orang lama mempunyai senarai cawangan yang diwujud sebelum PRU12 sebanyak 42 buah terutama kakitangan swasta dan kerajaan. Bagi mengatasi masalah supaya masyarakat bersatu dalam satu bumbung, cari orang-orang lama yang berdoa menentukan YB menang, kerana semua nama grasroot ada pada mereka, akui kesilapan YB dan ajak semula duduk dalam satu saf perjuangan. Ingat pesanan Rasullullah s.a.w. Jangan percaya kepada orang yang akan merosakkan reputasi YB, mereka yang mengaku kerana dialah YB menang. Ingat siapa yang bawa YB pusing satu Lembah Pantai kenalkan kepada masyarakat. Orang yang bawa itu, kalau bukan anak jati Lembah Pantai, sudah tentu kena halau dari Kampung orang. Cuba pendekatan ini, Insya- Allah akan pulih semua dan berjaya. Wassalam.

  2. Askm…
    Izinkan saya melontarkan dan berkongsi pandangan serta pendapat atas apa yang dizahirkan oleh saudari ir.serie,apakah komentar saudari jurutera dalam ruangan yb muda yang amat cetek serta dangkal ilmu politik nya ini satu menifestasi kekecewaan?Terima hakikat,terima kenyataan,akui kelemahan diri,yang yb menang tempoh hari bukan seratus peratus kekuatan dan faktor yb sendiri,masakan tidak,kalau insan yang bernama anwar Ibrahim,sama-sama jentera parti yb mengadakan ceramah dan rapat umum,faktor-faktor lain juga memainkan peranan yang merealisasikan impian yb untuk duduk di kerusi empuk d dewan rakyat,mungkin juga kecetekan pengalaman dalam sepak terajang dunia polotik memungkin kan yb lupa alpa lalai serta leka akan jasa,pengorbanan,dan kesetiaan pejuang-pejuang kerdil seperti ir.serie ini,jadi yb jangan hanya memandang perkara yang makro sahaja,hingga lupa akan perkara mikro….Jadi yb,bagaimana suka serta seronok menjadi ahli politik muda?? sudah rasa asam garam,sepak terajang,cubaan,dugaan dan ujian dalam dunia politik?????

  3. AKUM> Mari kita bersatu kearah kebaikan kita bersatu kearah kearah mencegah kemungkaran UBN yang sedang melanda negara yang kita cintai ini. Fikirkanlah rakan2ku semua saya fikir kalau kita serahkan kerja ini dibahu YB sahaja sudah tentu beliau tidak mapu untuk melaksanakan maknanya kita kena bersama-sama dengan beliau untuk mengukuhkan perdauan rakyat dan bersatu dalam satu matlamat. Bersatu kita mengundi PR bersatu kita berdoa untuk kemenangan PR. WSLM

Leave a Response

Please note: comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.