Masalah pelarian Rohingya
Pertanyaan
Yang Berhormat Lembah Pantai minta Kerajaan Menangani masalah pelarian Rohingya dan isu kemasukan warga asing yang banyak menimbulkan masalah dari segi sosial dan ekonomi.
Jawapan dan penjelasan?
Masalah ‘pelarian’ seperti warganegara Rohingya yang berlindung di bawah United Nations High Commisioner For Refugees (UNHCR) yang berada di Malaysia adalah ditangani secara teratur oleh agensi penguatkuasa. Masalah PATI di negara ini adalah terkawal hasil dari tindakan penguatkuasaan bersepadu dan berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Malaysia (RELA). Ini dapat dibuktikan bagi tahun 2008, seramai 73,097 orang PATI telah ditangkap melalui 7,707 operasi yang dijalankan seluruh negara. Dianggarkan terdapat seramai 1 juta orang PATI di negara ini.


Via email (from M.Rafiq)
YB Lembah Pantai, Saya mendengar masalah pelarian ROHINGYA MUSLIM ini lebih kurang pada tahun 1992 sehingga ke hari ini.
Kenapa kerejaan malaysia tidak memberi status di malaysia sahaja, sedangkan mereka adalah orang islam dan juga pencari suhaka, dalam satu laporan akbar berkata: mereka ini dizalimi oleh junta tentera Myanmar dan kewarganeraan mereka dirampas, harta benda mereka juga dirampas. mereka dizalimi oleh pemerintah sendiri.
bukankah kita tolak kezaliman!!!!
keganasan!!!!
Saya Ahmad Farid Bin Almi dari Pasir Puteh, Kelantan. Berketurunan Melayu dan beragama Islam. Penyokong PAS.
Rohingya Muslim bukan masalah. Kepada wakil rakyat yang Islam tu saya minta supaya perjuangkan nasib saudara kita Rohingya Muslim ni. Biar mereka terus tinggal di Malaysia.
YB Lembah Pantai, Saya mendengar masalah pelarian ROHINGYA MUSLIM ini lebih kurang pada tahun 1992 sehingga ke hari ini.
Kenapa kerejaan malaysia tidak memberi status di malaysia sahaja, sedangkan mereka adalah orang islam dan juga pencari suhaka, dalam laporan akbar international berkata: mereka ini dizalimi oleh junta tentera Myanmar dan kewarganeraan mereka dirampas, harta benda mereka juga dirampas. mereka dizalimi oleh pemerintah sendiri.
bukankah kita tolak kezaliman.
keganasan YB.
belum sampai belum tahu lagi saudara masalah ROHINGYA di negara myanmar , saya seorang rakyat malaysia bukan saja pernah sampai ke myanmar bertahun tahun tinggal di sana hinggah pandai bercakap bahasa myanmar , boleh menulis ,membaca ,menyanyi lagu negara myanmar dengan faseh hinggah lah mendapat sunkungan akan di beri kewarganegaraan kepada saya , tapi sebab apa kerajaan myanmar tak suka kepada mereka , ada sebab nya apa bila mereka makin beramai di negeri yakhai myanmar sana mereka bermula menderhaka undang undang kerajaan seperti mahu buat undang undang mereka sendiri ,orang dia jugak mahu jadi menteri negeri . bergadoh dengan bangsa myanmar , mereka membunoh kepada puluhan rakyat myanmar .merkka suka bergadoh dengan bangsa lain lain . dari situlah junta balas dendam mereka , junta menghalau mereka dari negara ke negara asal mereka ialah bangeladesy , masalah ini bukan di zalimi , seupama juluk sarang lebah dengan jari sendiri , di hari ini negara mana pun belum menerima mereka lagi , sedangkan mereka beragama islam . berbahasa bangladesy .berbadan berkulit sama dengan rakyat bangeladesy . sepatut nya mereka sesui untuk mendapatkan setatus daripada negara bangeladesy mereka , skian , wassalam ,