Penstrukturan semula Parti KeADILan Rakyat
Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, Ketua Umum PKR telah menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.
Antara usul-usul yang telah dikemukakan adalah:
Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.
Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti – politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.
Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustafa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraidah Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.
Lain-lain perubahan adalah:
Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh
Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul
Pengarah Strategik - YB Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong
Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Johnson Chong
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose
Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah
Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.
Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.


Assalamu’alaiki warahmatullahi wabarakatuh!
Puan
Parti KeAdilan Rakyat Sarawak
Saya mengenali ayah puan ketika dia menjadi Presiden ABIM, danTun Abdul Rahman Yakub pad waktu itu menjadi Ketua Menteri Sarawak. Tetapi saya tidak kenal benar ayah puan. Dia pernah hadir di muktamar ABIM Sarawak dan Al-Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon (bekas Ketua Hakim Syarie Sarawak) menjadi Presiden ABIM Sarawak.
Al-Ustaz Awang Pon sekarang ini uzur. Saya tidak ingat apakah ayah puan sudah kahwinkah belum ketika itu. Ayah puan ramai kawan di Sarawak tetapi saya tidak melihat ada di antara mereka yang menyertai Parti KeAdilan Rakyat. Tidak dinafikan ada rakan-rakan dari ABIM Sarawak menyertai Parti KeAdilan nasional sewaktu ayah puan masih berada di Sungai Buluh. Mereka meraih undi simpati yang sangat banyak tetapi tidak sampai memenangi walau satu kerusi.
Di Sarawak biasalah susah bagi parti lawan hendak mengalahkan parti kerajaan, terutama sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Tiga parti bumiputera berturut-turut terdahulunya telah mencuba: PAJAR (pimpinan bekas pesuruhjaya Polis, Datuk Alli Kawi), PERMAS (pimpinan bekas Gabenor negeri Sarawk, Tun Rahman Yakub) dan bebas bekas pimpinan YB Aabng Abu Bakar.
Di antara calon PKN yang mencuba nasib dan kalah di Sarawak ialah saudara Zulrusdi Mohd. Hol. Yang lainnnya sudah balik menyokong kerajaan. Saya tidak tahu di manakah Zulrusdi sekarang. Dia bekas pekerja Bank Islam, Kuching dan lulusan Banking dari UIA dan pernah menjadi Presiden Nuqaba di UIA. Of course masih ada kawan lain ayah puan (kebanyakannya di Kuching) tetapi mereka menunggu Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari menjadi Presiden PBB/Ketua Menteri Sarawak yang pada pandangan saya kalau berlaku/menjadi kenyataan adalah luar biasa.
Satu persoalan timbul di benak saya apabila sampai masanya Pehin Seri Taib Mahmud berundur, apakah komponen-komponen lain Barisan Nasional Sarawak masih terus bersedia mahu menerima PBB sebagai parti peneraju pemerintahn negeri Sarawak.
Arus perubahan di Sarawak memang ada tetapi ia tidak sangat terasa seperti di semenanjung Tanah Melayu. Orang Melayu Sarawak pada amnya cukup selesa.
Saya kenal Dr. Manuty, Mustapha Kamil Ayub (yang berpidato macam ayah puan), Dr. Zambry Abdul Kadir (MB Perak sekarang) dan YB Saifuddin Abdullah (timbalan menteri). Saya kenal mereka sewaktu saya menuntut di UIA pada tahu 90an.
To build PKR Sarawak you cannot let your father alone to make his presence there otherwise it will become only your father’s affairs, not about the people. You mother, yourself and Datuk Hajjah Hafsah Harun must make their presenc felt too to the women. Otherwise, as a whole, the Malays in Sarawak will not take PKR, you serious.
Saya cukup teruja dengan Dominique Ng. Walaupun PKR kalah di Batang Ai dia tetap tabah menghadapi cemuhan ketika berdiri di podium di dewan pengumuman dan PKR diisytiharkan kalah. Orang-orang kuat PKR Sarawak tidak nampak kalibatnya seorangpun.
Satu hal saya lihat di Sarawak: masih ada nampaknya ketidak persefahaman antara DAP Sarawak dengan PKR Sarawak. Saya perasan orang Cina Sarawak mahukan DAP sahaja mewakili kaum Cina sebagai saingan SUPP dalam Barisan Nasional.
Sekian dulu.
Ayahnda Alhaj
Semoga strategi ini terus maju