Archive for June 21st, 2009

Mulut Masin -in the works!

Sunday, 21 June, 2009

Mulut masin, in the works!

My question on the government’s actions  in combating the rise of swine flu in Malaysia came up yesterday. You can view the follow up question and the answer given -which was basically not much of an answer considering Malaysian government’s knee jerk reaction of declaring us free of swine flu one [...]

Read More >>
Tags: , Category: Healthcare, Issues

Soalan saya di Parlimen berkenaan H1N1

Sunday, 21 June, 2009

Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-(a) apakah prosedur serta langkah-langkah yang diambil Pusat Krisis danPengawalan Wabak Malaysia (CPRC) dalam mengekang penyebaranwabak Influenza A (H1N1) memandangkan penumpang-penumpangMH091 dan AK5358 tidak diwajibkan melaporkan diri untukdikuarantinkan; dan(b) apakah skop kuasa CPRC dan adakah ianya bertindih dengan kuasapihak kementerian.Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah bte Haji Abdul Rashid Shirlin]: Terimakasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk menjawabBahagian A, soalan Yang Berhormat Lembah Pantai,Kementerian Kesihatan melalui Pusat Kesiapsiagaan dan respons ataupunCrisis Preparedness and Responds Centre dengan izin atau CPRC telah melaksanakan beberapalangkah untuk mengekang penularan jangkitan tempatan influenza A (H1N1) akibat penumpangkapal terbang yang tidak melaporkan diri.Akta 32, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 di mana di bawahseksyen 18 subseksyen 1 “seseorang pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan supaya manamanacontact menjalani pemerhatian ataupun di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempohyang difikirkan patut atau menjalani kuarantin ataupun pengawasan sehingga dia bolehdilepaskan tanpa membahayakan orang ramai”.Di bawah akta yang sama pada seksyen 18 subseksyen 2 bagi maksud-maksudsubseksyen 1 “seorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untukmemastikan perintahnya dipatuhi”. Di bawah seksyen 6 subseksyen 1 “jika semasa pemeriksaanperubatan seseorang pegawai diberi kausa mendapati atau mempunyai sebab untuk percayabahawa mana-mana orang yang telah dijangkiti atau adalah seorang contact, dia bolehmemerintahkan orang itu;(i) dipindahkan ke suatu stesen kuarantin d ditahan di sana bagipengasingan atau pemerhatian(ii) diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu tidak dijangkitiorang lain.”Di bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 ataupun International HealthRegulation 2005 dengan izin adalah menjadi tanggungjawab negara ahli termasuk Malaysiauntuk melaporkan secepat mungkin segala kejadian yang memberi kesan terhadap kesihatanawam.Para penumpang penerbangan yang melakukan perjalanan yang sama dengan kespositif influenza A H1N1 akan dimaklumkan kepada IHR Focal Point di negara terbabit untukmengesan para penumpang ini. Dengan itu semua contact akan dapat dikesan dengan lebihsempurna.Sehubungan dengan ini Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah tertentu untukmengesan penumpang-penumpang yang mempunyai contact kepada kes positif influenza AH1N1 dan di antara langkah-langkah yang diambil adalah;(i) mendapatkan senarai penumpang dan krew kapal terbang yang terbabitterus daripada syarikat penerbangan terbabit; dan(ii) mendapatkan senarai penumpang dan krew berdasarkan borangdeklarasi kesihatan ataupun health declaration form dari PejabatKesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA.Berdasarkan senarai penumpang yang mengandungi nombor telefon dan alamat tempattinggal penginapan yang diperolehi daripada kedua-dua sumber tersebut pihak pejabat kesihatandaerah akan menghubungi dan mencari penumpang-penumpang tersebut dan perintah-perintahkuarantin di rumah akan diberikan kepada mereka. Proses ini akan memastikan lebih ramaicontact dapat dikenal pasti dan seterusnya penularan ataupun jangkitan tempatan influenza AH1N1 dapat dikekang.Untuk menjawab bahagian B, Pusat Kesiapsiagaan dan respons ataupun CrisisPreparedness and Respond Centre (CPRC) ditubuhkan dan diletakkan di bawah bahagiankawalan penyakit yang sememangnya di bawah Kementerian Kesihatan yang bertujuan antaralainnya untuk;(i) menyelaraskan semua aktiviti kesihatan awam, berkaitan dengankesiapsiagaan, tindakan cepat dan pemulihan sebelum, semasa danselepas berlakunya krisis ataupun bencana;(ii) mewujudkan koordinasi dan kolaborasi, mengekalkan jaringankomunikasi dengan organisasi serta institusi lain sama ada di peringkatkebangsaan dan antarabangsa semasa krisis dan juga bencana berlaku;(iii) merancang dan memastikan kewujudan sumber sama ada tenagamanusia, latihan anggota, peralatan, peruntukan, simpanan ubat-ubatanserta vaksin serta lain-lain keperluan yang penting;(iv) mewujudkan dan mengekalkan pusat maklumat ataupun informationcentre dan database berkaitan dengan krisis dan bencana yangberhubung kait dengan kesihatan awam;(v) menyediakan dan juga menyebarkan maklumat berkaitan denganpengurusan krisis kepada pihak atasan KKM dan lain-lain state holderuntuk tindakan cepat;(vi) mewujudkan polisi, garis panduan serta SOP berkaitan denganKesiapsiagaan tindakan cepat dan tindakan yang perlu diambil olehpelbagai pihak semasa krisis dan juga bencana;(vii) mewujudkan program latihan secara berterusan bagi meningkatkankemahiran ataupun skill dan pengetahuan anggota dalam menghadapikrisis serta bencana;(viii) menjalankan risk assessment dan analisa situasi anggota dalammenghadapi krisis serta bencana;(ix) menjalankan risk assessment dan analisa situasi ke atas krisis dan jugabencana yang berlaku bagi merancang aktiviti pencegahan, kawalan danrawatan serta pemulihan selanjutnya; dan(x) menjalankan latihan stimulus dan drill bagi menghadapi dan menanganikrisis serta bencana.Oleh itu Yang Berhormat, tiada sebarang pertindihan skop kuasa pusat ini denganKementerian Kesihatan.Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya YangBerhormat Lembah Pantai, ada soalan lagi? Itu dissertation daripada crisis management sudahkeluar.Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehtanya? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya hargai semuatindakan, langkah-langkah yang diambil dan penjelasan tersebut.Saya terus pada isu penyaluran maklumat. Saya agak resah kerana pagi semalamsemasa saya pergi ke laman web kementerian diumumkan bahawa Malaysia sudah bebasdaripada wabak Influenza A H1N1. Mengajak ramai pelancong datang tanpa rasa ragu-ragu.Akan tetapi hanya beberapa jam selepas itu, kita dikejutkan dengan lima kes baru yangberjumlah 18 semuanya di Malaysia setakat ini.Bukan saya mahu gembar gemburkan untuk mewujudkan rasa takut,tetapi amat penting saya kira kalau kita rakyat terbanyak diberikanmaklumat tepat supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil.Soalan susulan saya, memandangkan hampir kesemua kes wabak Influenza inimerupakan kes import, kenapakah begitu cepat kita isytiharkan Malaysia bebas daripada wabakini, justeru mengajak pengunjung luar datang beramai-ramai, mereka yang merupakanberpotensi menghadapi penyakit ini? Adakah kementerian merancang langkah lebih serius untukmengembalikan kredibiliti dalam penyaluran maklumat kepada masyarakat umum? Terimakasih.Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Ahli Yang BerhormatLembah Pantai. Sebenarnya, kementerian sentiasa mengambil langkah-langkah positif dancepat di dalam menangani kes Influenza H1N1 ini.Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya setiap hari kita menyediakansiaran akhbar khususnya daripada Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan setiap tindakanyang sedang dan akan diambil oleh kementerian berikutan dengan situasi semasa danmemberi juga khidmat nasihat kepada public ataupunumum mengenai keadaan atau pun langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi H1N1.Sebenarnya Ahli Yang Berhormat, memandangkan wabak penyakit di Malaysia setakatini yang melibatkan H1N1 belum melaporkan kes tempatan, pihak WHO tidak menyarankansebarang tindakan dari segi perjalanan, ekonomi ataupun penutupan sempadan. Untukpengetahuan Ahli Yang Berhormat juga, pihak Kementerian Kesihatan akan melaksanakantindakan social distancing untuk membanteras penularan penyakit sekiranya terdapat penularanpenyakit secara tempatan dalam scale yang besar.Namun ini belum berlaku dan diharapkansebenarnya selepas ini juga pihak kementerian akan melaksanakan beberapa langkah yangmemastikan bahawa penularan penyakit H1N1 ini tidak berlaku secara tempatan.Jadi, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat juga, di negara kita, kita mempunyaisebanyak 28 hospital yang mempunyai kemudahan sebanyak 168 buah katil, mempunyaifacilities untuk merawat kes Influenza ini. Jadi, secara dasarnya, di pihak kementerian ataupunkerajaan sendiri kita sebenarnya mempunyai langkah-langkah yang cukup positif dan insya-Allahkita tidak mencapai tahap di mana kita memerlukan, mengamalkan social distancing. Terimakasih Yang Berhormat.Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: [Bangun]Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: YangBerhormat, sudah habis Yang Berhormat. Sebelah sini. Saya hendak bagi women and fair lahpagi ini. Yang Berhormat Batang Sadong.Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.Soalan saya, sebagai tambahan di sini ialah mengenai prosedur untuk mengisi borang deklarasikesihatan. Apabila kita pergi ke lapangan terbang, ada kalanya kita diminta untuk mengisiborang deklarasi kesihatan sebelum kita berangkat.Akan tetapi, ada juga kalanya kita mengisi borang deklarasi kesihatan setelah kita tiba diairport dan tidak ada konsistensi dalam prosedur untuk membenarkan untuk mengisi borang ini.Apabila kita tiba di airport, diminta untuk mengisi borang, nampaknya kelam kabut sedikit sebabkita tidak bersedia mengisi borang pada masa itu. Tidak dapatkah kementerian menyelaraskansupaya sebelum kita berangkat, kalau boleh masuk dalam kapal terbang, kita diberikan boranguntuk mengisikannya. Apabila kita tiba, kita menyerahkan borang tersebut. Sekian, terima kasih.Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Ahli Yang Berhormat.Selalunya, pihak kementerian akan meminta penumpang-penumpang kapal terbang di pusatpusatutama atau bandar-bandar utama seperti Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur untukmengisi borang deklarasi. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat apabila Yang Berhormatdiminta untuk mengisi borang selepas turun daripada kapal terbang itu hanyalah di atas points didaerah-daerah yang kecil.Namun, insya-Allah kita akan ambil maklum cadangan-cadangan yang dikemukakan olehAhli Yang Berhormat dan kita akan bincangkan secara terperinci. Insya-Allah, kita akanmengambil langkah supaya ianya lebih memudahkan penumpang-penumpang. Terima kasih.Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: SepatutnyaYang Berhormat, borang-borang ini diberi dengan syarikat kapal terbang Yang Berhormat.Dalam kapal terbang itu boleh diisi dan diserah apabila sampai. Ini kerana saya adaberpengalaman. Saya disuruh isi borang, isteri saya tidak isi borang Yang Berhormat. Selepasitu, dia tanya dengan saya kenapa saya yang isi, isteri saya tidak isi? Datang daripada tempatyang sama. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) apakah prosedur serta langkah-langkah yang diambil Pusat Krisis dan

Pengawalan Wabak Malaysia (CPRC) dalam mengekang penyebaran

wabak Influenza A (H1N1) memandangkan penumpang-penumpang

MH091 dan AK5358 tidak diwajibkan melaporkan diri untuk

dikuarantinkan; dan

(b) apakah skop kuasa CPRC dan adakah ianya bertindih dengan kuasa

pihak kementerian.

Read More >>

Search

Issues

@n_izzah

Live on Facebook