Nurul Izzah Anwar

Member of Parliament for Lembah Pantai

Soalan FTA saya dijawab (nota: jawapannya tidak tepat)

Soalan: Lembah Pantai minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan persediaan dalam memeterai perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang:

a) Harta Intelek (intellectual property): untuk memastikan tiada paksaan penerimaan akta dari AS yang mengakibatkan bayaran royalti berlebihan, dan

b) perubatan: supaya subsidi perubatan sedia ada tidak terkesan dengan monopoli besar.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua

  1. Harta Intelek merupakan antara isu yang dibincangkan dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan AS
  2. Sepertimana rundingan-rundingan FTA yang lain, Kerajaan tidak akan menerima cadangan-cadangan yang tidak membawa faedah kepada negara. Begitu juga bagi harta intelek, akta dari AS yang membebankan atau merugikan negara tidak akan diterima. Oleh itu, tidak akan timbul isu bayaran royalti yang berlebihan
  3. Mengenai perundingan subsidi perubatan, Kerajaan sentiasa memastikan perjanjian perdagangan dua hala dengan mana-mana negara tidak mempunyai peruntukan yang mungkin boleh menjejaskan hak negara untuk mengamalkan fleksibiliti yang terkandung dalam perjanjian pelbagai hala seperti Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS). Langkah-langkah seperti pengeluaran lesen wajib dan parallel imports adalah antara fleksibiliti yang boleh digunakan dengan berkesan sekiranya harga ubat-ubatan adalah di luar kemampuan rakyat di negara ini.
  4. Liberalasasi perdagangan tidak semestinya hanya membawa kesan negatif kepada sektor kesihatan. Terdapat juga faedah-faedah daripada perjanjian perdagangan yang boleh mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengurangan tarif boleh mengurangkan harga barangan kesihatan seperti farmaseutikal dan peralatan perubatan. Selain dari itu, liberelasasi dalam sektor perkhidmatan kesihatan juga boleh membantu membangunkan sektor perkhidmatan kesihatan yang akan memajukan negara sebagai pusat kesihatan.
  5. Dengan memeterai perjanjian FTA dengan AS, keupayaan Kerajaan untuk mengadakan subsidi perubatan tidak akan terjejas
  • Ulasan saya tentang jawapan yang diberikan akan menyusul…
  • Tagged as: , ,

    2 Comments

    1. YB,

      Adakah FTA ini mengasingkan maksud penggunaan satelit yang menjadi GPS untuk setiap aktiviti di siber?

      Andai ini upaya diperincikan wujudkah kemungkinan untuk dilepaskan kemungkiran kontrak?

      Merujuk kepada akta kontrak seksyen 56, ‘bahawa mahkamah diperlukan meneliti sifat dan syarat-syarat kontrak serta keadaan-keadaan di bawahnya seperti keadaan substansial mencegah perlaksanaan kontrak yang memasukkan apabila wujud kekecewaan pada kontrak, kontrak upaya dibatalkan.
      Adakah kematian dan ketidakupayaan persendirian menjadi antara kemungkinan terbatalnya kontrak?

    2. Salam Keadilan YB Izzah,

      Saya rasa jawapan yang diberi tidak menjelaskan apa yang YB tanya iaitu kesediaan kerajaan Malaysia untuk menerima kedatangan “Big Brother” / “Uncle Sam” ke negara kita terutama dalam bidang intelek dan perubatan. Memang kita tidak akan terima cadangan atau akta yang tidak membawa faedah atau membebankan tapi kalau telah tertulis dalam FTA ia bukan lagi cadangan oleh itu kita terpaksa ikut. Big Brother bukan bodoh mereka mesti mahu wang dari negara ini. Kemasukan syarikat-syaikat besar AS ke negara ini akan menyebabkan syarikat kita kena “tutup kedai lebih awal”. Soalan royalti dan harta intelek memang patuh dan tepat kerana royalti dan harta intelek memang berkait rapat. Subsidi perubatan juga sangat penting kerana sekarang semua kakitangan kerajaan mendapat rawatan dan ubat secara percuma. Rakyat kena membayar bayaran minima kalau pergi mendapat rawatan dari hospital/klinik kerajaan tapi dengan ada FTA itu subsidi itu mungkin akan jadi terlalu tinggi dan akhirnya rakyat yang kena tanggung kos itu. Sebagai contoh, harga minyak yang naik secara mendadak tahun lepas kerajaan tidak mahu menanggungnya kerana mereka akan dapat untung yang sikit telah melepaskan beban itu kepada rakyat walaupun kita negara pengeluar minyak tapi entah mana minyak kita hilang (royalti minyak Kelantan pun hilang). Kalau YAB DSAI jadi PM minyak akan turun RM0.50. menunjukkan memang ada cara untuk mengatasi masalah itu. Hanya bergantung “poket siapa yang kena bakar” – poket kerajaan atau poket rakyat.

    Leave a Response

    Please note: comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.