Nurul Izzah Anwar

Member of Parliament for Lembah Pantai

Kenyataan Media: Kebakaran di Kg. Kerinchi

Kenyataan akhbar

Untuk edaran segera

Dari En. Amin Mian, Naib Ketua PKR Lembah Pantai

Usul: Kebakaran di Kg. Kerinchi disengajakan

Laporan bernama menyatakan bahawa kebakaran di Bukit B, Kg. Kerinchi pada 30 Jun 2009 bermula dengan sebatang puntung rokok yang dibiarkan. Laporan tersebut tidak menyatakan bahawa kebakaran ini disengajakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Isu pemindahan Bkt B Kg Kerinchi adalah isu yang lama. Mereka diarahkan untuk dipindah tanpa persetujuan mereka. Mereka dipindahkan ke kawasan yang teruk. Selain ianya berdekatan dengan loji najis, sekolah-sekolah terletak berjauhan dan bas-bas sekolah tidak melalui kawasan ini. Lif sering rosak dan kadar pembaikkan adalah sangat lama. Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan mereka secara normal sedangkan mereka ini diberikan kemudahan yang teruk?

Oleh itu, Menteri Wilayah Persekutuan telah berjanji, untuk menempatkan mereka ke kawasan yang lebih baik. Tetapi bagaimana ini boleh berlaku sedangkan tiada rundingan dibuat oleh penduduk setempat. Bagaimana YB Menteri menyatakan mereka hendak pindah tanpa bertanyakan mereka soalan ini dahulu?

Oleh itu, saya serta teman-teman lain di PKR yakin kebakaran ini disengajakan oleh sesetengah pihak yang hendak memaksa penduduk yang enggan berpindah untuk berbuat demikian. Agak pelik dan janggal apabila rumah-rumah yang musnah dijilat api ini dimiliki oleh penduduk yang telah bersetuju untuk tidak berpindahkan sedangkan rumah-rumah lain selamat.

Isunya mudah: Menteri WP telah berjanji untuk berikan perumahan yang elok kepada setinggan. Silalah tunai janji ini. Hentikanlah membuat rumusan tentang apa mereka hendak, sebaliknya bertanyakanlah apa kehendak mereka dan bagaimana tindakan yang akan diambil dapat menyenangkan semua pihak.

Allah telah menyatakan bahawa sekiranya kita berbuat baik, maka kita dibalas baik. Jika kita membuat jahat, maka balasannya juga tetap sama. Wallahu’alam…

Tagged as: ,

6 Comments

  1. salam,

    harap tuduhan ini benar dan bukan fitnah, kerana sesungguhya fitnah itu adalah lebih dasyat daripada membunuh

  2. salam..korang nie kalu nak tuduh tu biar berasas.dah tentu ramai orang yang isap rokok.entah saper2 yang buang kat situ.terimalah segala ketentuan.dah bagi duduk rumah murah pun x nak.taw nak duduk free je.berterima kasihlah dgn kerajaan.pemenpatam baru yg d beri cukup selesa dri sekarang.soal loji najis.org lain duduk sane xde ape masalah pun.sek pun sebenarnya bukan jauh.kenderaan awam pun sebenarnya x susah.boleh ke jalan klang lama dan naik komuter.jgn lah manja sgt.kami yang penduduk asal pantai dalam nie pun x dapat ape.tapi kami terima.sekurang kurangnya kehidupan kami selesa.xde berhimpit himpit d kawasan setinggan.

  3. Saudara Khairul,

    Bagus atau tidak bagus tempat baru ini adalah persepsi seseorang. Saya menghormati pendirian saudara yang redha dengan keadaan rumah baru. Persoalannya “mengapa saudara tidak menghormati pendirian mereka yang tidak mahu berpindah?”

    Dan jika mereka tidak mahu pindah, adakah membakar rumah mereka sesuatu perkara yang betul? Perkara yang Allah menghalalkan?

    Kalau nak ikutkan kenyataan di atas, PKR merangsangkan bahawa kebakaran ini mungkin disengajakan. adakah ini sebuah tuduhan atau persoalan? En Amin tidak menyatakan beliau tahu si fulan atau si fulan yang buang rokok sana sini, beliau hanya menyatakan bahawa “laporan bomba tidak menolak kemungkinan ini adalah kerja khianat”.

    Alahai, saudara Khairul yang menyayangi kerajaan, saya terima pandangan saudara. Adakah saudara bersedia menerima cadangan saya?

  4. —part of comment deleted by mod. obscene language used—

    …. sedorla ckit tanah tu tanah saper? yg PKR buat aper? komplen-komplen-komplen….

  5. udah udah la nak menuduh orang..ko dapat duit dari kerajaan gak kan
    duit kerajaan tu dari duit rakyat yang menyokong kerajaan
    tak malu ke duk kat bumi keraajaan Malaysia tapi asyik membankang kerajaan
    harap je lulusan Universiti tapi pemikiran macam orang tak penah belajar
    Duk diam2 kat umah sudah..
    Jangan asyik nak reformasi jek…….
    Nak reformasi gi duk kat Israel…

  6. salam. sempena bulan ramadhan yang mulia ini. marilah kita bersama2 mempertahankan hak kita di bumi bertuah ini. bila ada kesilapan perlu dengan tegur dengan baik bukan memberontak tanpa budi bahasa. kita kena ingat apa yang berlaku di luar negara. pengajaran banyak. kita tidak rela mengemis di bumi sendiri.
    berterima kasih secara luhur amat baik kerana hati tenang
    lalu sesekali kenang2lah budi demi kasih sayang sejati
    jangan sesekali hanya mencari salah orang
    kerana kata dan hati seperti di longkang. sekian

Leave a Response

Please note: comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.