Nurul Izzah Anwar

Member of Parliament for Lembah Pantai

Majoriti Pas turun mendadak. Mengapa?

Salam hormat semua.

Pas menang tipis di Manek Urai. Rakyat mula menolak barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Mengapa?

Saya sedia menerima sebarang komentar dan kritikan yang membina. Sila ke halaman ini dan gunakan borang email untuk kemukakan komen anda kepada saya. Saya akan cuba pilih komentar-komentar yang menarik untuk perbincangan semua.

Nota: Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan dilayan.

———————

Good day to all.

Pas won with the slimmest of margins in Manek Urai. The people are slowly rejecting the governance of Pakatan Rakyat. Why?

I’m calling all readers to send in any comments and constructive criticms to me. Please use this page to do so. I will publish interesting comments later on for the purpose of discussion among readers.

Note: Comments bearing seditious, defamatory and libelous of nature will not be entertained.

Tagged as: , , ,

27 Comments

  1. Salam Keadilan YB Izzah,

    I think this one question below can be answer to all the questions that we have in mind.

    WHY MOHD FAUZI ABDULLAH IS REPRESENTING PAS AND NOT PAKATAN RAKYAT????

    Tuan Aziz Tuan Mat is representing BN and not UMNO. Is just like 10 vs 1.

    “Mari kita renung-renungkan”

  2. Done! Have sent in my thoughts :)

  3. Salam YB Izzah…Pertama majoriti turun kerana pengundi yang duduk luar tidak balik mengundi.PRK dibuat pada hari bekerja.Kedua kerana sudah kelihatan ada bibit-bibit perpecahan(??) dalam saf kepimpinan PAS di mana isu Kerajaan Perpaduan berjaya diolah sebegitu rupa oleh BN terutamanya UMNO.Ketiga adalah faktor calun(anda fikir-fikirlah sendiri perbezaan calun BN dengan calun PAS)…Keempat kerana “sikap” keterlaluan segelintir penyokong-penyokong PAS dalam membantu kempen calun mereka,keadaan ini menggugat kepercayaan pengundi terutama “pengundi-pengundi atas pagar”…

  4. Pada pandangan saya, tipis majoriti PAS mungkin disebabkan terjadinya perubahan sokongan pada saat terakhir.

    Secara peribadi, kemenangan calon PAS adalah disebabkan ‘karisma’ Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Apa yang diperhatikan dalam kempen-kempen lebih-lebih lagi perang poster…yang banyak kelihatan adalah poster TGNA. Manakala undi untuk BN adalah disebabkan bayangan Tok Pa (Dato Mustapha) yang juga bertindak sebagai Ketua Perhubungan Negeri Kelantan…jika jawatan itu diberi pada individu terdahulu berkemungkinan undi BN tidak sebanyak yang dicatatkan pada pRK itu.

    Lagi satu tidak nampak kesepaduan dalam PR…ini lebih kepada PRK untuk PAS sahaja…ditambah pula dengan kemelut fahaman setelah selesainya Muktamar PAS baru-baru ini akibat percaturan media dalam menilai kerajaan Pusat dan timbulnya antara puak Ulama dan Profesional…ini salah satu faktor yang menggoyahkan lagi perjalanan kempen PAS di Manik Urai.

    Perlu diingatkan agar PR perlu bermuhasabah semula hala tuju PR sebagai satu bentuk kolaborasi alternatif untuk rakyat Malaysia. Memang perlu ada perbezaan pendapat namun pihak PR perlu berhati-hati dengan peranan media yang pakar dalam menjustifikasikan sesuatu perkara yang melibatkan PR yang seterusnya memporak perandakan keutuhan PR…harap PR dapat menilai semula…

  5. Saya tidak puas hati dgn cr pimpinan DAP di sana…pemimpin tidak profesional…tibe2 je nk kuar….mcm2 ckp kt PAS…tidak matang dan terlalu emosi….

    Di kelantan pulak, sy rasa penduduk termakan dgn pelbagai Janji-janji manismu….

    Walaubagaimanapun, menang tipis dgn majoriti tipis namun kita menang tetap menang….

  6. Salam kak, boleh ceduk sedikit dari statistik hasil survey Malaysiakini di Facebook. Di situ pun banyak komentar yang telah diberikan. Menarik juga.

    Post-mortem menunjukkan PAS banyak kehilangan sokongan daripada pengundi muda. Mungkin akak sebagai MP muda (still young la kasik can) boleh fokus kepada komentar-komentar yang berkaitan.

    All the best!

  7. I hope you wouldn’t mind this email to be a bit informal yeah.

    I think most of PAS leaders are not suited at all to be leaders. They are better off to be advisors for people who actually have leadership skills. Leadership skills are given, gifted. Most of PAS leaders, on the other hand, do not seem to be able to cope well with BN’s plots and agendas. They are not even that honest because as we all know even Nik Aziz himself admitted that there are some money politics going around the party itself and i think it wouldn’t be too presumtuous of me to say that, if the religious party itself is losing its value of honesty, i;m sure in Keadilan, there are much more problems which may be similar to what PAS faces or even worst.

    Another thing is about PPSMI. I’m really disappointed with the stand taken by alternative front in this. You guys are seriously losing people’s confidence. By now i think you must have already known that most of your supporters are highly educated if not slightly educated. These educated people, they believe in PPSMI. Trust me. Go to Mahathir’s blog if you need a double check. Or you, yourself can make a poll whether people agree or not with your stand in this matter. Now that i mentioned it, i don’t remember if there is actually one time alternative front actually ask its supporters’ opinion in this matter. Hmm.. i really hope the front that i rely my trust on to turn into the like BN. You are the representative of the people. Why didn’t you bother with what the people actually want. Worst, you reasons for going against PPSMI are really lame. I suppose you just want to take advantage on government predicament and to see how the government will react to your retaliation. It’s a childish game. You know yourself that PPSMI will benefit this country. Why must you go against something that can benefit us?

    Something must be done. My insights may not be very helpful as they are just some minor things. But, from these minor problems are where bigger problems will emerge.

  8. Orang melayu tak berparti tidak setuju dgn tindak tanduk Pas yg tunduk kepada DAP

  9. YB Nurul Izzah Anwar,
    Salam sejahtera… kemungkinan origin voters of PAS changed mind; after…
    might due to incident of rumours that ‘Internal Affairs’ in PAS, PKR, DAP?

    We shall work together and controlled/ monitoring by Anwar.
    (any announcement in media/newspaper shall go to Head’s approval)

    No worry, we are here NOT stupid… can see who’s the clean (God) or those ppl Dare Devil!
    Let’s pray harder to GOD to punish with no mercy to those ppl commited sin to Malaysian.

  10. Hi Nurul,

    I believe there are a few factors that cause PAS’s majority to dipped drastically. But I think the constant bickering amongst PR is one of the major factors. It is sad to see certain leaders in PR going to the government controlled media to shoot each other. What do you expect the Star, NST or Berita Harian to do?? Of course, they will manipulate facts.

    And I think Azmin Ali got a valid point when he highligted the issue about the appointment of local councillors. I am of the opinion that local councillors should be appointed based on merit i.e. experience / qualifications etc not on political affiliation. If PR appoints local councillors, then what is the difference between PR & UMNO-BN? The rakyat wants capable and qualified leaders to run this country, thats why they voted PR in the last GE.

    The next GE wont be long and I think PR really need to get its house in order or else we will be looking at another 2004.

  11. asalaimualaikum…….
    saya berpendapat yb mcn nie kenapa majoriti manik urai jtuh teruk

    1)orang yang mengundi pos comfirm undi bn sbb mereka tak leh undi pas kalau undi maybe mereka kehilangan kerja @ seumpamanya…sebab kat sini jd tumpuan yb……

    2)isu di kedah dimana dap main tarik tali kat sana….sy arap isu serperti itu tak terjadi kalau terjadi jgn dedah pada media sbb matlamat kita sama iaitu hancurkan pemerintahan rasuah……..

    3) media memakan peranan yang cukup bgus menyebabkan majoriti pas jatuh…..disana mna mereka leh lihat
    media alternatif………

    alhamdullillah kita menang kt sana…….saya ade sepayang kempen kat sana sy ingat pas dh kalah……
    apa-apapun kita berdoa agar kita semua bermuatfakat untuk menepis isu di mainkan oleh parti umna-bn…

    apa-apa pun menang tetap menang taniah kepada,pas,pkr,dap & syabas kpda pertugas untuk pr…….

  12. –comment marked as spam–

  13. Dear YB,

    I think all the big guns in PR component parties should unite in one entity and one voice. Avoid discussion of disagreements or conflicts in public, especially through BN controlled media, and certainly not back stabbing each other like what had happened between PKR and DAP in Selangor & Penang.

    There is harm in having disagreement or conflict on issues. In my humble opinion, conflict is good and is the necessary evil in promoting democracy and mutual respect, but it has to be controlled.

    The rakyat had waited for half a century for the bi-partisan politic to be formed in the BN dominant Malaysia, we certainly don’t want to see it last only for one term. In future political development in Malaysia, NO, I repeat NO ruling party, be it PR or BN should attain 2/3 majority, as we can see from the harm caused by BN government over the last half a century. Countless times our Constitution was amended to fulfil its desire of pertuity governing.

    Therefore, stop the infighting immediately, have more sincere and mutual respectful (this is what the BN component parties short of) internal dialouge in resolving disagreement, and point the guns outward instead of pointing them your comrades.

    Rgds,
    TSY

  14. Salam YB,

    Tahniah kerana PAS menang di manek Urai dan yg penting BN terus kalah. Tetapi kenapa majoriti PR kali ini menurun.
    Kita lihat selepas PR merampas kedah, pulau pinang,selangor dan perak berlaku beberapa kejadian yg tidak masuk akal atau pun tidak patut diketahui umum terutama mereka yg membaca akhbar arus perdana. Kita lihat di perak, beberapa kepimpinan PR terutamanya daripada PKR sendiri terlibat dgn beberapa kes rasuah, di pulau pinang juga berlaku perkara yg sama. Perbalahan kepimpinan dalam pakatan rakyat juga membuatkan kebimbangan dan kepercayaan rakyat terhadap pakatan rakyat mula goyah kerana isu perbalahan ini berjaya diolah dan dipermainkan oleh media. Memang benar dalam BN juga berlaku perbalahan dalaman namun rakyat masih percaya kepada kepimpinan PM.
    Bila kepimpinan dalaman pakatan rakyat bergolak diman PAS dengan kerajaan perpaduannya dan DAP pula dengan ketidakpuasan hati nya maka DSAI mampu menyelesaikan pergolakan berlaku daripada menjadi lebih besar… tetapi adakah rakyat tahu?
    Dan kebbanyakan rakyat tahu didalam peruntukan penubuhan BN terdapat sosial kontrak dimana keistimewaan dan kelebihan orang melayu dan islam didahulukan. tetapi didalam PR tiada perjanjian sebegini. Dan jika perjanjian sebegini dibuat dah tentu DAP tidak akan turut serta dalam PR. Ini lah yg membawa punca dan isu utama yg dipermainkan oleh jentera pilihanraya UMNO. Saya rasa DSAI lama dgn UMNO dan rasanya dia lebih arif dgn permainan UMNO dan BN memperalatkan media dan generasi berumur 45 tahun keatas.
    Dan kepercayaan rakyat juga kepada DSAI dan kepimpinan PAS (kecuali Tuan Guru Nik Aziz) semakin menurun dan populariti mereka juga semakin menurun dan apatah lagi tidak tanduk pengerusi DAP yg lebih memburukan lagi keadaan Pakatan Rakyat.

  15. Salam.
    pendapat ikhlas saya…majoriti semakin susut disebabkan Najib dan kabinet barunya bersungguh2 berusaha mengatasi kemelestan ekonomi.Najib n geng jugak berusaha utk membela nasib rakyat bawahan…dan cuba lebih menyatu padukan rakyat pelbagai kaum dengan konsep 1 Malaysia.kalau Najib terus konsisten dengan pentadbiran macam ni….saya secara peribadi merasakan mungkin PR akan tumbang di negeri2 yg diperintah.mungkin sejarah PRU 2004 akan berulang dlm PRU 13 nanti

  16. assalamualaikum dan selamat pagi
    siapa menang dan berapa majoriti tak penting sebab perkara ni dah berlalu. orang politik mesti berfikir apakah yang patut dibuat untuk menangi hati rakyat dan apakah pendekatan baru yang mesti di jalankan.

  17. kemanangan tipis bukan bererti pakatan rakyat kurang sokongsn,tetapi disebabkan janji pembangunan daripada BN juga rakyat manik urai tahu sekiranya BN menang sekalipun tetap tidak dapat mengubah kerajaan pakatan rakyat di kelantan…

  18. AKUM YB YANG MANIS SELAMAT PAGI DAN SALAM SEJAHTERA. Pada pendapat saya undi untuk PAS tidaklah merosot sangat kerana tahap 5000 lebih itu masih sedia ada dalam kotak PAS lagi. Cuma harapan saya PR dapat berusha mengukuhkan perpaduan dikalangan para pemimpin nya ini adalah inti pati yang penting dalam sesebuah organisasi parti siasah dinegara kita. Kepentingan peribadi hendaklah dilupuskan dari kotak pemikiran para peneraju PR agar kekuatan dari semua peringkat dapat diadun menjadi satu. Konsep yang diterapkan oleh nazib 1MALAYSIA buakn penghalang untuk kita nak maju kedepan dan menubuhkan kerajaan persekutuan menjadi matlamat semua para penaraju PR. Dengan usha gigih segalanya akan dapat dicapai. yang penting elakan sensasi yang tidak berfaedah tingkan perpaduan dan mencapai kemajuan dalam pentadbiran negeri dibawah pakatan pasti RAKYAT akan menyokong tanpa berbelah bagi. TERUSKAN PERJUANGAN DEMI KEADILAN UNTUK SEMUA. SAYA DOAKAN KEBAHAGIAAN YB BERSAMA FAMILY DAN SALAM UNTUK SUAMI YB. WSLM

  19. Soal kontrak sosial bukan satu isu tetapi perasaan saling menghormati itu adalah kunci segala kejayaan dimalaysia PERPADUAN adalah satu dari isu yang sangat penting perlu diselesaikan oleh PR. Saya berpendapat pada PRU13 nanti UBN tidak akan menang dalam majoriti melayu bawah 60% kerana melayu akan terbahagi kepada 3 kelompok melayu tradisional pasti akan menyokong UBN manakala yang sedrhana akan menyokong PR yang kuat agama mungkin tidak akan keluar mengundi mereka berpendapat calun itu tak sesuai untuk dipilih kalau ada yang akan mengudi pun undi itu tetap pada PR maka none melay ini akan tetap mengundi PR dengan ini calun2 PR akan menang dalam lingkungan 125 kerusi parlimen. UBN akan tumbang dalam PRU13 adalah tidak mustahil. Usha gigih memberi penerangan kepada RAKYAT berkenaan ekonomi semasa dan kekalutan UBN pastikan ia dapat dilaksanakan dengan cermat dan sempurna. Perpaduan persefahaman elakan pertelingkahandam amalkan mesyuarah. Selamat berusha.

  20. POLITIK SEUMPAMA PERMAINAN BOLASEPAK PARTI ADALAH PASUKAN NYA KEMENANGAN BOLASEPAK DITENTUKAN OLEH JARINGAN GOL. DALAM PILIHANRAYA DITENTUKAN OLEH UNDI MAKA KEMENANGAN TETAP KEMENANGAN WALAU DENGAN SATU UNDI IA DIKIRA MAJORITI ITULAH SISTEM DEMOKRASI YANG MENDAPAT BLEBIH SATU UNDI DIKIRA PEMENANG NYA.

  21. HAI SELAMAT PAGI> PERMATANG PASIR TERLETAK DALAM KAWASAN PARLIMEN PERMATANG PAUH APA YANG ISTIMEWANYA KERUSI KEPADA UBN. ADA 2 FAKTOR PERTAMA KEDUDUKAN DATO SRI ANWAR IBRAHIM KEDUA SOAL MENGEMBALIKAN MORAL UBN DIKALANGAN PENGUNDI SELURUH NEGARA. JIKA KALAH UBN SEUMPAMA AYAM KALAH BERSABUNG MAKA YANG KALAH KENA BUNUH. ITULAH PRINSIP NYA YANG ADA PADA UBN JIKA MENANG IA AKAN BERKOKOK KESELURUH NEGARA MAHUPUN KESELURUH DUNIA DENGAN BANTUAN APCCO BADAN PENAJA ANTARABANGSA. MARILAH KITA FIKIRKAN JIKA UBN KALAH PULAK SUDAH TENTU JAWAPAN NYA PAS MAINKAN ISU PERIBADI CALUN UBN. ATAS FAKTOR ITULAH UBN MENANG BERKOKOK KALAH MENCARI ALASAN DENGAN MENUDUH PAS MAINKAN ISU PERIBADI MAKNANYA KEDUA-DUA FAKTOR TIDAK MENJADI MASAALH KEPADA UBN. KITA MESTI BERFIKIR SIAPA DIBEALAKANG UBN DAN SIAPA PULA PENASIHAT NYA HARAP KITA TIDAK TERPERANGKAP DENGAN ISU APA YANG UBN KETENGAHKAN CONTOH NYA ISU MASUK SYORGA TAK MUNGKIN ORANG MELAYU ISLAM TAK FAHAM KAN MUDAH JER KEPADA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA AKAN SUDAH TENTU NIKMAT SYURGA BALASAN NYA TAPI YANG INGKAR IALAH NERAKA ITU SUDAH TERMAKTUB DALAM AL-QURAAN. KITA MESTI KETENGAHKAN ISU2 YANG PANAS DAN SEMASA SUPAYA PENGUNDI FAHAM SEPERTI ADUN KEDAH YANG PONTENG SIDANG DUN KEDAH SEBANYAK DUA AKLI INI SUDAH PASTI AKAN MEMIKIRKAN PENGUNDI BAHAWA WAKIL BN NI JENIS PEMALAS DAN TIDAK MENGAMBIL BERAT MASAALAH RAKYAT UNTUK DIBAWA KESIDANG DUN. ISU MORAL CALUN UBN JUGA BOLEH DIMAINKAN DENGAN LEBIH TERATUR DAN BERDISIPLIN. OK LAH SELAMAT BERJUANG UNTUK KEADIALAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SALAM MANIS BUAT YB NURUL DAN FAMILY

  22. saya dapati hari ini kebanyakan wakil rakyat samada pembangkang mahupun kerajaan menghilangkan diri selepas pilihanraya. kalau dulu boleh kempen rumah ke rumah, lepas pilihanraya tangga surau pun tak pernah jejak. kena berjemput ke majlis tertentu baru nampak batang hidung. saya amat berharap ianya dijadikan pengajaran, bergilir-gilir berjumpa rakyat mengikut kawasan. paling mudah sama-sama berjamaah pada waktu solat. satu atau dua waktu sudah cukup. tak perlu dijemput. datang dengan rela hati. satu lagi hal bila diparlimen, jangan bangkitkan isu yang melalut-lalut. elok berbincang dengan rakyat diperingkat akar umbi barulah dibawa bersidang. jangan tangkap muat ikut hati sendiri. caranya selalu hadir ke surau dan masjid, berbincang dengan jemaah yang ada. mudahan mendapat perhatiabn sewajarnya, segala yang baik dari allah dan yang tak baik dari saya sendiri

  23. salam dan sejahtera semua. pada pendapat saya, semua pemimpin politik harus faham dan sedar kuasa mentadbir yang dipunyai adalah satu tanggung jawab dan amanah rakyat bermula dari fakir miskin sehinggalah yang kaya raya. pemimpin harus faham, rakyat yang dipimpin harus sejahtera di dunia dan akhirat, maksudnya pemimpin harus memikirkan bagaimana caranya untuk memberi sepenuh keadilan kepada rakyat miskin untuk diberi pembelaan dan sikaya raya menambahkan kekayaan. sikaya harus disedarkan bahawa simiskin juga perlukan bantuan untuk sama-sama merasa nikmat kemajuan. pemimpin politik pula harus sedar, kalau tidak dengan undi simiskin, mungkin mereka tidak berada di singgahsana dun mahupun parlimen kerajaan negeri atau pun negara. pemimpin politik harus sedar ‘” you are nobody ” kalau tidak disokong oleh simiskin ini. sikaya raya boleh bantu sumber kewangan, tetapi undi ditangan simiskin. janganlah membantu diwaktu sebelun election, tetapi biarlah membantu kerana sedar dan sedia memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat atau parlimen. bergelar yang berhormat bukan tiket untuk kaya cepat dan berlagak pandai. fikirkanlah…., kadang-kadang orang bijak pandai ini boleh jadi bodoh piang..kalau dah lupa diri. kepada simiskin, jangan lupa diri bila dapat habuan, jangan jadi resmi ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. saya hanyalah sipemerhati yang kurang pengetahuan dan akademik.maaf seandainya pendapat ini agak kekampungan. namun itulah isi hati saya yang sedang bersedeh dengan pergolakan negara tercinta malaysia. menjelang independent day ini cuba teman fikirkan apakah sumbangan anda kepada negara…..mempertahankannya atau menjahanamkannya..? Bukankah kita telah menjadi 1 malaysia sejak nega ini merdeka! bukankah negara ini telah memberikan keadilannya kepada keseluruhan rakyatnya sejak mula merdeka..! wahai Malaysiaku tercinta…kau harus sedar jangan jadi pelakon kepada filem yang hanya mementingkan ‘box office sahaja” dan jangan jadi pelakon kepada pengarah yang mementingkan keuntungan pribadi. adakah ahli politik ini layak kepada mereka yang berketurunan atau lebih jelasnya adakah bakat menjadi pemimpin ini hanya untuk diwarisi sahaja. bukankah negara tercinta ini harus layak mendapat pemimpin yang terbaik mengikut perlembagaannya. sudahkah lupa kandungan rukun negara?. teman seandainya anda sayangkan malaysia fahamilah benar-benar kata-kata di atas. tiada warganegara melayu,cina atau pun india seandainya Malaysia tiada. tiada nagara yang akan menerima kita kalau Malaysia tergadai…. kekayaan akan hilang atau habis kemudian …tiada nilai harga diri lagi..cubalah ubah minda dengan berfikir untuk mengelakkan kejadian ini ianyan sebelum berlaku daripada menyelesaikan masalah yang sukar diatasi. salam dan sejahtera semua temanku warganegara Malaysia. MERDEKA……….MERDEKA……MERDEKA

  24. Berfirman Allah Ta’ala:
    “Dan apakah mereka tidak memperlihatkan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya dan dia (pula) yang menyempitkannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.”
    [Ar Ruum ayat 37]

  25. salam semua

    itulah unit pemikiran orang2 Kelantan bermain politik..sekiranya kemenangan diberi kepada BN akan meringankan bebanan kewangan kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut. Cuba kita tengok praya kecil di Pengakalan Pasir 2004 awalnya PAS menang lepas tu BN menang kerana dijanjikan gate keretapi yang baru, kerajaan negeri tak payah keluar belanja buat gate tersebut. Habis je 2 tahun gate tersebut siap datanglah PRU 2008, maka BN pun kalah balik. itulah corak politik orang kelantan dalam membantu PAS memerintah selama 20 tahun. Keperluan prasana amat kritikal di seluruh Kelantan tetambah lagi dengan hilangnya duit royalti minyak yang dirampas oleh pusat…

    Saya orang Kelantan, segala tekanan & penipuan yang dibuat oleh BN ke atas kami setelah sekian lama menguatkan lagi azam & semangat kami bersama TGNA untuk melawan BN. Bersandarkan kekuatan itulah dan diiringi dengan munajat serta doa kepada Allah swt kami dapat bertahan. Visi kami sebelum mati ialah 1 sahaja iaitu hapuskan BN dimuka bumi Malaysia ini & tegakkan syiar Islam. Kenapa? kami orang PAS perjuangkan syiar Islam dan bukan ketuanan bangsa, kalau bangsa sendiri yang tolak hukum hakam agama maka WAJIB bagi kami memeranginya. (sejarah nabi mengembangkan syiar Islam pun pernah berperang dengan bangsa sendiri)

    Wallahualam . Takbir

  26. saya merupakan ahli umno generasi muda dan bersedia nak berbincang dgn YB..saya nak tanya kepada Pas sendiri sebagai parti yang memperjuangkan agama.memang saya tahu agama adalah lebih penting dari bangsa. dalam alquran pun ada menyatakan tetapi saya nak tny sejak bila melayu dan islam ini dipisahkan secara total dalam perjuangan pas..saya berpendapat mungkin pada pandangan pas sahaja yang melihat perjuangan bangsa yang dijuangkan umno dalam skop yang sgt kecil..bila kita sebut melayu sahaja seolah2 kita tidak benarkan bangsa lain lebih dari kita..sebenarnya pandangan yg sebegitu sgt sempit dan tidak demokratik bg saya..umno perjuangkan bagsa melayu adalah kerana org2 melayu terlalu jauh ,mundur,bodoh,tidak mampu bersaing tetapi dlm masa yg sama kita berikan juga bantuan pada bangsa lain.hal ini untuk melayu disamtarafkan dengan bangsa lain supaya tidak wujud iri hati org melayu kepada bukan melayu..barulah perpaduan dapat dilakukan..sya pun melihat tidak ada lansung menyentuh soal melayu dalam perjuangan keadilan..yang ada hanya samarata.keadilan pada semua bangsa..memg betul melakukan keadilan wajib untuk semua manusia,,tetapi kepada yang kurang,lemah,bodoh kita perlu memberikan lebih pertolongan kepadanya..inilah yg dilakukan oleh umno kepada Melayu..memg terdapat beberapa kesilapan..maklumlah bila dh lama jd pemerintah..tetapi untuk mengubah lebih baik perbaiki apa yang sudah ada..

  27. saya kalau dok sana pun x undi pas..sebab pas dah tersasar dari perjuangan asal sepatutnya pas menjadi parti dominan yang mengawal parti lain tanpa tunduk dalam apa jua polisi..dan oleh kerana terlampau banyak provokasi yg dilakukan dap maka org melayu beralih sokongan..oleh demikian pas segera la keluar dari pakatan dan bergerak sendirian..saya percaya ini lebih baik dari menjadi kuda tungangan pkr n dap..n for umno n bn lupakan lah hasrt untuk berkerjasama,kami tak hingin.

Leave a Response

Please note: comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.