Nurul Izzah Anwar

Member of Parliament for Lembah Pantai

Takziah, Beng Hock. SPRM bagaimana?

Dato’ Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa sebuah inkuest akan ditubuhkan.

YB Karpal Singh berhujah di sini bahawa sebuah Suruhanjaya Di-Raja lebih baik dari sebuah inkuest.

Nathaniel Tan pula menyatakan bahawa inkuest ini hanya untuk siasat prosedur SPRM, Bukannya mencari punca nahas Beng Hock.

Malaysian Insider berkata legasi Tun Abdullah dalam melaksanakan ‘reform’nya kini luput kerana SPRM yang dulunya BPR, kononnya akan lebih ‘taring’, lebih ‘garang’ dan lebih baik dalam menangani gejala rasuah, kini gagal menyeluruh.

Alahai, apa dah jadi sekarang? Seorang lelaki maut di tangan SPRM. Utusan memberi amaran kepada Pembangkang jangan mainkan isu rasis ini. Berita Harian membunyikan nada yang sama.

Apapun, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Beng Hock dan juga kepada tunangnya.

—–

Sila baca rentetan Hannah Yeoh (ADUN Subang Jaya) tentang kisah ini. Amat menyayat hati.

Tagged as: , , , , , , , , ,

6 Comments

  1. Sejak bertukar dar BPR kepada SPRM, pegawai2 disini menganggap mereka lebih berkuasa dari jabatan2 lain. Soal sisat orang yang disyaki menjadi lebih tegang dan keras. SPRM yang dipertanggungjawabkan untuk menghapuskan amalan rasuah di Malaysia kini menjadi sebaliknya.

    Apa dah jadi dengan SPRM?
    Seandainya suatu masa nanti telah dibuktikan SPRM bersalah, pegawai SPRM manakah yang akan dijadikan kambing hitam?

  2. Salam Keadilan YB Izzah,

    Takziah kepada tunang, keluarga, kawan-kawan Beng Hock dan seluruh Rakyat Malaysia.

    Good to hear that the Goverment is setting up a Royal Commission (“Suruhanjaya Di-Raja) as we all have wanted for late Beng Hock. Najib is trying his best to show he is a very good, fair and religious men. He said he also want to find the truth behind the death. Well done Najib. Keep in up. Sorry, two thumbs down for SPRM and PDRM.

    I really hope for those who are responsibble for Beng Hock will be bring to face the justice.

  3. Salam,

    Takziah kepada yang mengalaminya, perbuatan berselindung memakan diri, perlakuan atas garisan membinasakan diri. Berselindung disebalik bayang, orang pasti mengetahuinya umpama wangian yang dihidu oleh sipemakainya…

  4. secara logik nya…adakah pembunuh hendak membunuh org di tempat die sendiri…keje bodoh namenye

  5. Salam Keadilan YB Izzah,

    Takziah kepada tunang, keluarga, kawan-kawan Beng Hock dan seluruh Rakyat Malaysia

    Mohon Y.B komen tentang apa yang dipapar di blog ini. Sebagai Ahli Parlimen Y.B harus bertindak mencari kebenaran.

    http://whatsayoujohn.blogspot.com

    Terima kasih Y.B

  6. “Seorang lelaki maut di tangan SPRM”

    YB,
    Sudah ada bukti ke SPRM yang bunuh Mendiang Teoh. Boleh YB kemukakan dalam Blog YB. Kalau ada bukti baru kita semua boleh kata SPRM yang bunuh. Cakap kosong tak gunakan?

Leave a Response

Please note: comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.