Nurul Izzah Anwar

Member of Parliament for Lembah Pantai

KUTUKAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP SERANGAN KE ATAS MASJID-MASJID

JANGAN JADI MANGSA KEPADA AGEN PROVOKATOR!
KUTUKAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP SERANGAN KE ATAS MASJID-MASJID

Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.
Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Saya menyambut baik kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PDRM pagi tadi yang hadir bersama saya, dan menggesa agar pemantauan dilakukan bukan sahaja di sekitar Masjid At-Tirmizi tetapi juga semua masjid-masjid serta rumah ibadat lain yang berdekatan. Siasatan terperinci wajib dilakukan oleh PDRM, dan menjadi harapan saya agar tumpuan dirubah daripada memantau ahli politik pembangkang kepada provokator-provokator jahat sebenar yang bertanggungjawab dalam serangan-serangan sebegini.

Saya juga menggesa Kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesemua serangan jahat terhadap rumah ibadat yang dilakukan untuk menggugat kesejahteraan dan keharmonian awam. Kita berhadapan dengan kemungkinan adanya dalang di sebalik serangan-serangan ini yang memaksa sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dan meneliti sebarang kemungkinan siapa pelaku serta penyebabnya.

Saya ingin menyeru semua pihak terutamanya rakyat Lembah Pantai agar bertenang dan bersabar dengan apa yang berlaku. Kita harus sentiasa bersatu hati dan saling percaya mempercayai antara sama lain demi memelihara ukhwah antara kaum. Saya akan turut serta dalam majlis kuliah Marghrib malam ini bertempat di Masjid At-Tirmizi untuk bersama dalam usaha memelihara ketenangan sesama kita. Sama-samalah kita berdoa untuk perlindungan dari Yang Maha Esa.

Tagged as: , , , , , , ,

5 Comments

  1. Astaghfirullah…semakin menjadi2 sekarang ni. Bermula dengan isu perkauman, dihangatkan lagi dengan isu penggunaan nama Allah oleh gereja dan kemudian serangan ke atas rumah2 ibadat. Sesungguhnya ada rancangan dari pihak tertentu yang bertopengkan manusia berhati syaitan mahu menimbulkan huru hara dinegara ini. Semoga malapetaka ini dapat diatasi secepat yang mungkin. Marilah kita sesama umat islam memanjatkan doa kepada Ilahi agar diselamatkan dari sebarang anasir kejahatan yg mahu menghancurkan negara dan memecahbelahkan keharmonian antara kaum. Marilah kita, umat islam bersatupadu berjuang untuk mempertahankan agama, negara dan hubungan baik antara kaum2 di Malaysia. Semoga usaha YB dan pihak berkuasa dapat membendung malapetaka ini dari berpanjangan.

  2. yela 2 izzah oi…suruhanjaya ye?bijak gak ye awak ni…provoknya klu anda dan puak2 anda bersatu dlm isu kepentingan islam..bukan duk sibuk mempertahankan sentimen sesuatu isu demi politik semata-mata!u r loser!

  3. Salam…….apa yang hendak disebutkan di sini mungkin suatu yang amat kasar dan biadap tetapi saya rasa perlu..kerana dengan nasihat dan pandangan golongan ini menjadi semakin PEKAK dan BUTA PERUTNYA.

    Gambaran yang boleh diberikan kepada golongan ini samada meletakkan kepala babi di masjid kerana motif politik … untuk mewujudkan suasana provokatif atau tidak….golongan pelaku ini

  4. Salam…….apa yang hendak disebutkan di sini mungkin suatu yang amat kasar dan biadap tetapi saya rasa perlu..kerana dengan nasihat dan pandangan golongan ini menjadi semakin PEKAK dan BUTA PERUTNYA.

    Gambaran yang boleh diberikan kepada golongan ini samada meletakkan kepala babi di masjid kerana motif politik … untuk mewujudkan suasana provokatif atau tidak….golongan pelaku ini LEBIH TERUK DARIPADA TARAF BABI TERSEBUT.

  5. may Allah put us in stronger iman to face this situation!
    allahuma amen!

Leave a Response

Please note: comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.