KENYATAAN TERBUKA Y.B NURUL IZZAH ANWAR
KENYATAAN TERBUKA Y.B NURUL IZZAH ANWAR
BERHUBUNG PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM
Tarikh: 2 Februari 2010
Teman-teman seperjuangan sekalian,
Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.
Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.
Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!
Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.
Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.
Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.
Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?
Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.
Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak.Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.
NURUL IZZAH ANWAR


DSAI TIDAK melengah-lengahkan kes ini tetapi pemerintah yang sengaja melengah-lengahkan hak DSAI untuk excess kpd semua material & dokumen wajib. Kes DSAI ini adalah bukti nyata Pemerintah sedang memperkotak katikkan undang-undang dan berhasrat memenjarakan reformasi di Malaysia. Jika DSAI boleh diperlekehkan sebegini maka tidak hairanlah rakyat jelata akan dikoyak rabakkan oleh pemerentah yang zalim lagi dayus ini. HANCUR UMNO! HANCUR BN! HIDUP RAKYAT. KEADILAN UNTUK DSAI…..
InsyaALLAH kemenangan pasti ada utk yg teraniaya..
semoga saudari & famili di beri kekuatan olehNYA..
Salam Keadilan and Salam Reformasi YB Izzah,
We all are behind DSAI, DSWA and YB to give our support and prayers.
Saya amat bersimpati kerana sesungguhnya kezaliman yang dicipta adalah oleh manusia yang serupa maka dengan itu hanya doa senjata yang ampuh bagi orang yang teraniaya,
Ya Allah musnahkanlah kezaliman dan sesungguhnya kebaikan itu amat Engkau sukai ya Allah, Hamba mu ini bermohon kepada-Mu musnahkan dan hancurlah kepimpinan mereka dan tunjukanlah kehinaan kepada mereka seperti mana kehinaan yang mereka buat terhadap keluarga ini. Ya Allah ku pohonkan keampunan-Mu dan sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Amin
‘mahkamah tidak memihak kepada kami’ demikian puan yang cantik manis….ayahnda awak dibebaskan atas dasar teknikal dua tahun lalu, tu mahkamah mana yang buat? ayahnda menang saman malu terhadap nstp, mahkamah mana yang buat?
bersabar lah saudara anwar dan keluarga. sesungguhnya penindasan ini sudah diketahui ular dan racunnya. lawanlah dengan bangga kerana kami masih utuh dibelakang.
sabar-sabar dan sabar, allah maha tahu apa yang hambanya perbuat, pada hakikatnya kekuatan politik bisa di taklukan dengan kekuatan hati, tak harus segalanya dengan politik.
politik hanyalah jurang pemisah diantara manusia, maka seranglah hatinya dengan lembut, berikan kenyamanan kepada orang2 yang dzalim kepada kita, doa kan mereka agar diberi hidayah, berikan mereka senyuman yang manis kepada mereka, kunjungi mereka yang membenci kita, tanya apa masalahnya dan mintalah maaf kepadanya, serta berikan hidangan terbaik yang kita punya. begitulah sifat rasullah saw terhadap orang2 yang membencinya.
“Allah SWT tidak akan merubah nasib suatu kaum sebelum kaum itu mau merubahnya sendiri”.
” Allah SWT akan berbuat tergantung prasangka hambanya “.
Salam Perjuangan untuk Datuk Sri Anwar Ibrahim
By:
Novis Sugiawan
Sekertaris Jendral Forum Aktifis Kampus Indonesia (FAKI)
saya rasa awak perlu tanya bapa awak sendiri, dia buat atau tidak
I do wonder why Anwar thinks the ‘fabricated’ evidence would embarrass him or his family
since when is a lie told about you embarrassing
read it http://marahku.blogspot.com/2010/02/why-is-lie-embarrassing.html
Puan…assalamu alaikum
sehingga kini saya masih lagi mempercayai bahawa ayah puan memang melakukan perkara tersebut….
ada beberapa persoalan yang berbangkit….
1. Enggan bersumpah sepertimana saiful..
2. Sering membuat penangguhan kes untuk dibicarakan…
3. Sering menuduh pihak lain yang bersalah,ini mendahului mahkamah….
4. Membuat road tour semata-mata nak kelirukan rakyat dengan cerita ayah puan saja yang betoi….
5. Meminta simpati masyarakat/pemimpin dunia dengan melebelkan kerajaan cuba menjatuhkan beliau…
6.DNA afifa, sehingga sekarang tiada apa-apa komen dari pihak famili puan…
semua ini dibuat dengan licik seolah-olah ayah puan menegak benang yang basah….
kami nak tunggu keputusan mahkamah!!!!
insya allah, kebenaran akan terbukti jua…amin!!!!
bantu saya,rakyat tertipu….
Tuhan hanya melindungi..memberkati Doa hambaNYA yang menegakkan Kebenaran Dan Keadilan di
mana-mana di mata dunia…! Masa akan memberi Jawapan kepada sejarah moden dunia….Kebenaran pasti
memenangi setiap hati setiap jiwa insan sejagat..!Inshaallah
BERSABAR LAH YB NURUL,RAKYAT SENTIASA BERSAMA MU.
salam.doa dan rahmat allah sentiasa mengiringi YB Nuru Izzah dan sekeluarga. Saya sentiasa mengikuti perkembangan arena politik tanah air, terutamanya kes Dato Seri Anwar Ibrahim..penindasan , ketidakadilan menunjukkan kebobrokan dan pencabulan demokrasi di Malaysia. Walaubagaimapun rakyat marhaen tidak akan tertipu lagi dengan muslihat UMNO kali ini. Skrip filem 1998 diulang kembali sekalipun tidak mendapat anugerah skrin “tv3″,huhu.Oleh itu sama-sama berdoa mudah-mudahan keadilan berpihak juga pada YB sekeluarga. Firman Allah yang jelas menyatakan sesungguh Dia memberikan ujian itu mengikut kemampuan hambanya..Semakin berat ujian,semakin dekat kita padanya, semakin cinta Allah pada kita..-KUIS STUDENT
Saudari Izzah
Saya faham perasaan saudari. Memang dikala ini, saudari sekeluarga turut berasa sedia di atas kejadian yang menimpa. Saya turut berkongsi kesedihan saudari dan berharap agar keputusan mahkamah berpihak kepada saudari. Tetapi ini semua adalah politk. Saudari Izzah juga seorang ahli politik. Kerakusan dan keganasa DSAI berucap dan menghentam sekeras-kerasnya kerajaan memang bagus. Namun, peperangan dalam politik lebih dasyat daripada peperangan fizikal. Kesannya, pelbagai implikasi buruk bakal menimpa dan yang akan terjadi ini pasti ada hikmah. Harap2 selepas ini, DSAI dapat berundur dari arena politik dan terus bertaubat untuk kehidupan yang lebih aman dan tenteram.
Assalamualaikum,wm,wbt
Hendaknya Y.B sekeluarga dlm peliharaan ALLAH,kami teruskan munajat kpd yg ESA,ia jua pertolongan mutakhir dari segala kejahatan manusia bperangai iblis,pereka2 cerita utk kpetngan Bend
Assalamualaikum,
Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap ayah saudari. Malah, saya amat amat berasa terpanggil untuk mendoakan ALLAH memberikan kekuatan kepada ayah saudari.
Tetapi, kekuatan yang diminta ialah agar ayah saudari dapat kekuatan untuk bersemuka dengan isteri dan anak anak beliau bagi menamatkan ‘godaan syaitan’ yang memusuhi ayah saudari untuk terus menyembunyikan satu bala yang ALLAH beri kepada beliau.
Ayah saudari memang seorang yang amat istimewa. Beliau diberikan ALLAH bermacam macam anugerah dari segi kedudukan, pangkat dan kekayaan. Orang macam inilah yang akan dipergunakan syaitan untuk dijadikan mangsa untuk digoda.
Walaupun saudari merasakan semua tuduhan yang dibuat terhadap beliau merupakan satu fitnah, tolonglah fikir walau sekejap ‘bagaimana kalau ayah saudari betul betul telah melakukan kesilapan’.
Umur beliau telah mencapai 63 tahun, tolonglah bantu beliau untuk mendapatkan kehidupan akhirat yang berkekalan agar lebih baik. Masih belum terlambat. Ingat lah saudari, bukan semua yang dituduh seperti yang kita tahu itu sesuatu yang mustahil berlaku pada ayah saudari. Ayah saudari bukannya malaikat. Nabi dulu dulu pun diuji ALLAH.
Kalau saudari betul betul sayangkan ayah saudari, tolonglah untuk akhirat beliau. Memang sukar pada kedudukan ayah saudari untuk mengaku pada rakyat Malaysia. Tapi rakyat Malaysia tak penting. Saya cakap demi ALLAH, saya sayangkan ayah saudari. Beliau banyak berjasa pada saya. Beliau pernah mendirikan Yayasan Anda dan saya dapat manfaat dari usaha beliau.
Jangan anggap saya ada niat untuk memusuhi saudari atau ayah saudari. Tahukah saudari, betapa ibu saudari sedang menanggung bebanan dalam diri beliau atas perbuatan ayah saudari.
Mari ketepikan semua yang kita lihat dalam kancah politik. Kita lihat Anwar Ibrahim ketika beliau berseorangan dalam kubur. Kasihan beliau jika beliau mati dalam keadaan melakukan kesalahan kaum Lut. Sebagai anak, jangan fikir kedudukan dunia semata mata….ayah anda perlukan bantuan. Beliau perfect dalam semua segi tapi gagal dalam satu segi. Tolonglah saudari jangan fikir saya berniat jahat.
Kasihanilah beliau untuk menghadapi ALLAH nanti. Persetankan orang orang yang mengutuk beliau. Tolonglah duduk sejenak dan fikir. Macamana kalau ayah saudari benar benar ‘tersalah’ buat perbuatan terebut.
Saudari, ajaklah ibu saudari dan ayah saudari mulakan hidup baru tanpa politik, publisiti dan rakan rakan politik yang hanya mahu keuntungan politik dengan berada di keliling ayah saudari. Tahukah saudari, dalam kubur tak ada Karpal Singh, Nik Aziz, SN Nair atau Sivarasa untuk membela ayah saudari.
Kasihanilah Anwar Ibrahim……tolonglah ayah saudari dengan sebenar benar pertolongan….untuk akhirat beliau….masih belum terlambat …..duduk dan fikir apa yang saya sarankn.
Tolanglah…demi ALLAH.
As’kum YB!
Saya doakan YB tabah menghadapi ujian Allah s.w.t. Seperti YB sedia maklum segala yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang berlaku antara DSAI dengan Saiful sangat sukar saya bayangkan, malah kepercayaan orang ramai mula berubah-ubah.
Walaubagaimanapun, saya berpendapat kepercayaan orang ramai ini dapat diselesaikan segera sekiranya, DSAI bersumpah sejurus selepas Saiful bersumpah. Orang ramai mula tertanya-tanya kenapa DSAI liat untuk bersumpah. Kita semua tahu, takut kerana salah berani kerana benar.
Apa yang sangat membimbangkan orang ramai ialah DSAI bersalah tetapi tidak mahu mengaku, dahulu DSAI pernah berkata nyawanya di hujung tanduk kerana di racun sewaktu di penjara. Apapun, Alhamdulillah DSAI masih hidup. Orang ramai rasa tertipu dengan dakwaan DSAI yang menyatakan dia diberi arsenik.
Selain itu, orang ramai mula sedar bahawa amalan kroni sangat terserlah dalam Pakatan Rakyat, mana tidaknya dalam PKR ada tiga anak beranak dalam parti, sama juga dengan DAP. Saya harap YB boleh buat sesuatu.
Seingat saya di zaman Tun Mahathir tidak ada seorang pun anaknya yang dibenarkan terlibat dalam politik secara aktif.
Akhir sekali, saya doakan YB tabah.
Salam hormat,
Salam saudari Nurul Izzah.
Amat terharu membaca catatan saudari. Semoga keluarga terus tabah dan teruslah berdoa, kerana doa orang yang teraniaya adalah antara doa-doa yang dimakbulkan olehNya. Semoga kebenaran akan terserlah, smoga yang bathil dan kejam akan musnah, aamin!!.
Dear Izzah,
jangan lah anda cepat sangat melatah, apa kata biar saja proses undang undang diberi peluang untuk dilaksanakan. Saya percaya Saiful pun perlu diberikan keadilan yang sewajarnya. Saya faham akan kasih anda terhadap ayah awak dan sanggup melakukan apa saja untuk membantu ayah awak tapi usah awak lupa yang ayah awak juga seorang manusia dan bukannya malaikat.
Saya sebagai orang yang tidak berpihak kepada mana mana parti politik sememangnya turut ingin mengetahui akan kebenaran kes ayah awak ini dan percaya ramai lagi yang ingin tahu kebenarannya.
Kebenaran tidak dapat disembunyikan walaubagaimana sekali pun kita cuba menyembunyikan nya justeru itu saya harap anda berikan peluang proses undang undang negara menentukan kebenarannya. Jangan hanya membuat tuduhan membabi buta terhadap undang undang negara semata mata kerana ianya tidak menyebelahi ayah awak. Berlaku adil lah kepada semua bersesuaian dengan penubuhan parti Keadilan oleh ayah awak.
Sekian terima kasih
Istimewa untuk semua.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Terima kasih.
nurul, sya pening dgn keadaan skrg. Tak tau pihak mana yg betul. Sbg rakyat biasa yg x nak brpihak pd mana2 nama, sya hanya brdoa dn brharap agar kebenaran ditunjuki. Satu cara ialah sumpah laknat. Sya percaya ramai kalangan yg seperti sya trtanya2 kenapa ayah nurul x mau membuat sumpah laknat ini. Stkt ini sukar utk menolak dakwaan saiful. Klu lah ayah nurul brsedia membawa isteri dn anak2nya dlm sumpah laknat ini, mungkin kebenaran akan ditunjuki allah swt. Sehingga kini tiada apa laknat yg menimpa saiful. Mungkin satu pihak saja yg brsumpah laknat tidak mncukupi utk kita semua mndpt petunjuk. Hrp ayah nurul sahut cabaran ini dan selamatkan umat islam dr trjerumus ke dlm kancah fitnah memfitnah. Biar si penjahat dlm kes ni dilaknat dan diazab dunia dan akhirat, baik saiful ataupun anwar. Sekian
Salam YB Nurul Izzah sebagai saudara se Islam mari kita pasang niat utk kerahmatan illahi, keredhaan nya dan keselamatan melalui pembacaan surah yassin [jantung alqur'an], surah al -munafiqqin dan at-thaghabuun supaya fitnah ini dapat penyelesai yg seimbang dari Allah melalui tangan2 yg d pertanggungjwabkan pelaksaan perundangan Malaysia. Allah tetap melaknaat makhlok yg tukang fitnah, waimma hakim sekalipun atau yang berkuasa. Mana depa mau lari; d dunia skrg……d alam barzakh…..d alam qiamat…….d padang mahsyar!!!!!!!!!! Amin ya rabbalamin.
Menangguh2kan kes liwat hanya kerana perkara remeh temeh…anuwar & co memang KURANG AJAR…
Nurul : tak perlu berdusta semata-mata menegakkan benang yang basah!
Jangan salahkan pihak lain, salahkan OKT itu sendiri. Tiada konspirasi hanya nafsu serakah memakan diri. Tiada fitnah hanya biar keadilan tegak berdiri. Keadilan adalah juga untuk Sepol.
Ibarat gembala kambing yang sering menipu, lama kelamaan tiada siapa yang percaya lagi.
Allah bersama orang-orang yang benar…… Kebenaran akan terbukti….
Wahai Sang Putri Anuar,
apa yang dialami dan dilalui oleh sang putri adalah benar dan betul dan tak siapa pun meraguinya tetapi kalau sang putri nak tahu kisah sang ayah ..cari- cari lah teman persekolahan nya terutama rakan sebilik rakan seperjuangan dan minta lah mereka cerita kan hal sebanar siapa sang ayah..
Untuk kes si saiful kita tidak tahu siapa benar atau betul.. tetapi kalu dilihat dari sikap dan bidalan orang orang tua..”anjing atau kucing selaps berak akan tetap mengihidu bau taik nya , tak makan cium pun jadi. Itu lah sifat sang ayah si Putri..
Jadi tak perlu lah membuat penafian atas dasar kekeluargaan tetapi dalam mainan politik teruskan lah kerana itu merupakan survival dalam politi sang putri.
Ntah mengapa yang aku memang percaya yang BAPAK hang memang meLIWAT..dan mangsa sebenar adalah SAIFUL… kenapa? kerana kalau lah BAPAK kamu itu dipihak yang BENAR..minta dia junjung AL-Quran dan BERSUMPAH dengan nama ALLAH…
KEnapa tak buat??
1. org yg meliwat sepatutnya bersumpah, peliknya org yg diliwat bersumpah…
2. kalau saiful tidak mahu… umur awak 23 waktu tu..anwar dah 61 thn dan sakit tulang belakang..u hanya boleh bagi satu penumbuk….atau take cover dlm bilik air.. badan anwar bukan mcm malik nor..
3. kenapa saiful bawa jelly tunjukkan tuan hakim..sepatutnya anwar yang pegang jelly tu..pandai buat cerita…
4. saiful kata anwar guna jelly… tapi .kenapa 2 hari tak boleh berak…bodohnya saiful!!
5. sepatutnya kalau diliwat senang berak…ini tidak sakit tak boleh berak…lain lah kalau masuk lubang telinga atau lubang hidung..!!
6 apa pasal saiful jumpa najib/rosmah sebelum buat laporan polis..mahu negotiate harga ke?
7. apa pasal saiful jumpa ketua polis melaka rodwan sebelum buat laporan polis? itu rodwan sudah terlibat sodomy part 1…!!
8. saiful boleh melanjutkan pelajaran ke oxford..najib mahu kasi dia biasiswa…
ASSALAMMUALAIKUM……
YB Izzah….sy sejak mula DSAI dipecat,sy bsama dgn beliau.sy jg sering berada di rumah DSAI.sy sering bsama dgn para re4masi dlm demontrasi jalanan.pernah dikejar fru celaka itu.
tapi….rata2 rakyat tdk mpcayai DSAI mlakunya.sy sndri tdk akan pcaya sampai kiamat waima sampai ke surga sekalipun.
wahai rakyat sekalian….fikirkanlah….rata2 ulama,bijak pandai,pmimpin2 islam negara luar myokong DSAI.mengapa???? kerana mrk org yg bpikir dan mbt analisa sebelum mpcyai sst.
org yg mbc utusan dan berita harian semata2 shj yg pcya bulat2 kerana phm2 sendri lah.
lg satu….yg pelik org yg kuat solat dan insan soleh tdk pulak tergesa2 mpcyai bulat2 seolah2 org yg pcya anwar melakukan liwat ini dah ada bukti kukuh.dari mana dapat bukti anwar ada melakukan benda tu??? kamu semua tuhan kaaaa???? kalau betul2 DSAI tdk melakukan benda tu, kamu semua nk tanggung dosa tu sampai ke neraka ker?????
mgapa DSAI dtuduh buat benda ini :
1. kerana DSAI satu2nya insan yg blh mjahanamkan umno.tiada satu org dlm umno mcm DSAI.semua
pura2.siapa yg sanggup dipenjara percuma selama 6 tahun?
2. DSAI sahaja yang mampu jadi PM sekiranya pakatan rakyat menang.pru 12 da separuh menang.
mungkin pru 13 nanti 3/4 mng pula.mana tau. kun fayakunn
3. si saiful dn bapak dia nak duit…tu jer
byk2 b’sabarlah YB Nurul………. K’benaran pasti milik kita……………….
adakah anda berada dimasa yg sama ayah anda menuntut di MCKK many many years ago?? Klu anda ada masa tu, anda akan tahu siapa anwar ibrahim sebenarnya.But sad to say, anda blm ada didunia dimasa tu.And very sad to say, your loyalty to him is very much expected that of a daughter/father. Tak leh nak ckp ape pun!
innal batila kana zahuqa…
bersabarlah wahai puteri anwar…
sy n keluarga sentiase mendoakan kebenaran pihak ayah n keluarga puan
Saya berdoa agar Allah S.W.T menunjukkan kebenaran. Baik berpihak kepada DSAI mahupun Kerajaan Malaysia. Sama2lah kita berdoa. AMIN
Assalamualaikum.
Saya dapati, ada juga yang mempercayai tuduhan ke atas DSAI. Fitnah yang dilakukan secara terancang, memang boleh mempengaruhi beberapa orang. Harap bersabar, dan renungkan peristiwa bagaimana isteri nabi difitnah sehingga nabi tidak menegur isterinya beberapa hari.
bodoh punya Hisham Kamil Ibrahim. kalau bapak ko kena tuduh meliwat ko percaya aje ke? ko nasihat kan bapak ko suruh taubat ke? apa la punya pak turut ko ni macam saiful tu jugak. suruh tonggeng dia pun tonggeng.
Kami tetap berpegang pada ajaran islam, bukan ajaran umno…
yb n izzah…
berkata benarlah walau pon pahit..
bersihkan lah diri mu..
janganlah bersubahat …andaikata memang kamu tahu…
janganlah bpura2…
Salam Puteri Anwar…..
Bersabarlah…..Allah sentiasa di pihak yg benar….
salammm…
1] yb izzah…sabar, doa n tawakal senjata org teraniaya…org mukmin
2] apa anuwar buat kat MCKK many many years ago? buktikan! jan skadar bcakap…jd fitnah je. kalo da sekolej dgn anwar, bmakna SEUMUR DAN SETUA ANWAR, 50+++ TAHUN…xkan x tau maksud fitnah..so maju kdepan n buktikan.
3] apapun dia buat, adakah bererti dia buat kat saiful?
4] walaupun TIADA SUMPAH LAKNAT untuk kes liwat…jd x payahla pbesarkan hal sumpah2 ni…tp x salahkan dan x dosa puaskan hati makhluk2 yg minta sumpah ni?….so, buat ja la anwar..x luaknyeee.
5] delay? ni lg bangang! of course la delay kalo dia belum dpt dokumen yg bkaitan…peguam dia mmg bhak dpt salinan dokumen tu untuk pembelaan..fikir n kaji sebelum hentam org…delay bukan bmakna bsalah…aduyai bengapnye!!!
6] saiful bawa jelly? sempt ye, ambik n simpan cenderamata..hehe. fikir bro…guna otak sist!!! alangkah ‘terseksanye saiful di balun tp anehnyee sempat bw cenderamata tu…hmmm
7] nak bagi biasiswa???? hmm pelik tp benar, da gagal kat U lain..layak ke dpt tajaan..hmmm hmmm hmmm hmmm
Bersabarlah….balasan Allah tetap akan sampai…. if kau bersumpah atas nama allah 100000 kali pun allah maha mengetahui….tak guna berlawan2 sumpah atas nama Allah..ikutlah cara Nik Aziz…bersabar,banyakan sembahyang hajat,berdoa insyallah allah tak akan menyusahkan hambanya lebih dari kemampuan dirinya sendiri…(sampai orang pun takut dengan doa Nik Aziz,nampak tak begitu dekatntya dia disisi Allah) sebagai anak sokonglah ayah anda selama mana…buat saiful tu andainya dia betul teruskanlah..if dia sengaja bersubahat ingatlah balasan allah besar itupun kalau kau sembahyang tau hukum tuhan….sekiranya ada @ tidak anwar ibrahaim malakukan dosa dia dah terima mcm aibnya dimalukan..takanlah begitu bodoh benar untuk dia mengulangi kesilapan yang sama….disini pun dah nampak ada yg tak kena…..mainan politik ..sesungguhnya siapa yang bersubahat adalah manusia yang betul2 menjijikan…..kalau nak tau balasanya cari balik manusia2 yang bersubahat atas kes anwar dulu….