YB Nurul Izzah telah hadir di surau Nur Hidayah Pantai Permai pada 3hb Sept 2010 kira-kira pukul 6pm. Sumbangan berupa duit zakat serta barangan dapur seperti beras gula,minyak dan lain-lain di agihkan.

.

Diantara penerima-penerima sumbangan adalah warga-warga dari Abdullah Hukum, Pantai Permai, Putra Ria PKNS, dan Kondo Rakyat Blok 1. Kesemuanya dalam 78  fakir dan orang kurang upaya serta ibu tunggal.

Diharapkan usaha seperti ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang lama mereka tempuhi, termasuk dengan kadar kenaikan harga barang baru-baru ini.