Isu Laungan Azan di Masjid Al-Ikhlasiah

Kenyataan Media
14 Januari 2011

Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara. Oleh yang demikian, saya menjemput mereka yang sedang menunjuk perasaan bersama-sama dengan saya mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah.

Pertama: siapakah yang telah membuat aduan, dan adakah surat ini telah diteliti isinya untuk mendapat gambaran yang sahih lagi benar.

Kedua: jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato Seri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Mat Zain, jadi apakah respon mereka?

Ketiga: pihak mana yang telah memberi arahan kepada Jawatankuasa Masjid untuk merendahkan volume suara azan, dan

Terakhir, seandainya pihak JAWI yang mengeluarkan arahan tersebut, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis samada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid-masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah.

Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah jawapan mereka?

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

==========

Press Statement
14 January 2011

Islam bids us to seek the truth. Yet in seeking the truth, one must maintain civility. Moderation and harmony must be kept. Thus, I invite those who had protested today to join me in seeking the truth of the matter regarding the call to prayer (azan) issue at Masjid Al-Ikhlasiah.

Firstly: who was it that made the complaint, and has this complainant’s letter been thoroughly reviewed to get a clear and convincing picture of the complaint?

Secondly: if this letter was indeed officially submitted to and received by YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Non Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato Seri Koh Tsu Koon and the PM’s advisor for religious affairs, Datuk Seri Abdullah bin Mat Zain, what was their respective responses?

Thirdly: which party was responsible in ordering the Mosque Committee to reduce the volume of the azan, and

Lastly, if indeed it was JAWI that had ordered the action, we cannot but seek a written explanation if there exists guidelines regarding the azan for all mosques and suraus across the country, that enabled JAWI to issue the order to Masjid Al-Ikhlasiah.

The protestors must ask those who received the letter of complaint: what was their response?

YB Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai