ANALISA MENDALAM PAKATAN HARAPAN: KEMASUKAN 28,416 PENGUNDI TENTERA
SELEPAS TEMPOH BANTAHAN RDPT S1/2017

Sekali lagi negara dikejutkan dengan tindakan terbaru SPR yang cukup bobrok dan
memusnahkan sistem pilihanraya negara.

Ini terjadi pada Jumaat minggu lepas apabila SPR melalui portal online Bernama (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1359430) memaklumkan akan diadakan buat kali pertama dalam sejarah, “Pameran Senarai Tuntutan Daftar Pemilih Suku Pertama 2017”. Tiada makluman lain diterima oleh parti politik atau di
media lain berkaitan perkara tersebut.

Langkah mengejut SPR ini tidak pernah dilaksanakan sejak penggunaan RDPT dimulakan 15
tahun lepas. Namun secara mengejut SPR menyatakan pameran Senarai Tuntutan ini mahu
dilakukan berdasarkan Perkara 14(3) Peraturan Pilihanraya 2002.

Sebaik dimaklumkan berkaitan pameran tersebut, Pakatan Harapan melalui wakilnya telah
berhubung dengan SPR Selangor pada 26 Mei 2017 untuk mendapatkan penjelasan lanjut
berkaitan kekecohan tersebut. Namun Pegawai Kanan SPR Selangor tersebut
memaklumkan bahawa pemeran kali pertama ini terpaksa dilakukan kerana seluruh
pejabat SPR Negeri di seluruh Negara telah tercicir beberapa nama ketika pameran rasmi
RDPT pada 9-22 Mei 2017 yang baru berlalu.

SPR Selangor juga mengakui sejak sekian lama pameran RDPT dilakukan, Pameran
Tuntutan itu tidak pernah dilakukan kerana jumlah kesilapan atau keciciran data oleh
kakitangan SPR adalah sangat minima, contohnya hanya 5-10 nama sahaja bagi setiap
sukuan, atau kebiasannya tiada keciciran langung dilaporkan.

Namun pada Januari hingga Mac 2017 lepas, yang merupakan Suku 1/2017 keciciran yang
telah dituntut oleh penduduk Selangor yang baru mendaftar adalah tersangat tinggi iaitu
1,177 yang memaksa mereka melaksanakan semakan kali kedua tersebut bermula 25 – 31
Mei 2017.

Wakil parti Pakatan Harapan tersebut membangkitkan bahawa berdasarkan perbincangan
dengan Pengarah SPR Selangor pada sehari akhir pameran RDPT baru ini, Tuan Ikmalrudin
Ishak sendiri mengakui tidak menerima sebarang tuntutan (tiada Borang B diterima) oleh
pejabat SPR Selangor. Pegawai Kanan tersebut mengakui perkara yang sama, tetapi
menyatakan untuk kali ini kesemua Pejabat SPR Negeri seluruh Malaysia menerima secara
langsung senarai pengudi baru yang perlu dimasukkan terus daripada Ibu Pejabat SPR
Putrajaya.