KENYATAAN MEDIA

Alhamdulillah hari ini, 12hb November 2017, jam 9 pagi, ayahanda kami, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menjalani pembedahan ‘arthroscopic’ pada bahu kanan beliau, bertempat di Hospital Kuala Lumpur dan dijalankan oleh seluruh pasukan perubatan dalaman hospital.

Selepas dimasukkan ke dewan pembedahan sejak jam 9 pagi, beliau selesai dengan prosedur pembedahan sekitar jam 130 ptg,

Teman-teman yang prihatin beserta cucu cucu ayah harap bersabar kerana para doktor menasihatkan agar tiada pelawat lain dibenarkan untuk mengelakkan jangkitan.

Beliau kini telah sedar sepenuhnya walaupun masih dalam keadaan sakit, namun responsif dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kami merakamkan sepenuh penghargaan buat semua pihak yang mendoakan kejayaan pembedahan.

Pemenjaraan Ayahanda kami selaku tahanan politik menjadikan kecederaan bahu beliau lebih kronik, ditambah dengan kemalangan sewaktu beliau dalam jagaan pihak berkuasa lebih sebulan lepas.

Kami juga memohon agar semua teman-teman yang dihormati terus mendoakan pemulihan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Keluarga Datuk Seri Anwar

Kuala Lumpur
11 November 2017