Skip to main content
Jawapan Parlimen

3 April 2014: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [PERDANA MENTERI]

By 10 April, 2014February 18th, 2020No Comments

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 03 APR 2014 (Khamis)
SOALAN : No. 76

YB Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki sistem dakwat kekal semenjak Pilihan Raya Umum ke-13; dan

(b) perlindungan yang diberikan kepada Mejar Zaidi Ahmad dalam menjalankan tugas kewarganegaraan beliau dalam PRU lepas.

JAWAPAN: YB DATO SERI’ DR. SHAHIDAN KASSIM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR telah memperkenalkan penggunaan dakwat kekal buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) yang lalu dan ia sejajar dengan keputusan Dewan Rakyat yang telah meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki penggunaan dakwat kekal termasuklah cara penggunaan dan kaedah calitan dakwat kekal dalam semua Pilihan Raya Kecil (PRK) seleps PRU Ke-13 yang lalu. Ini dapat dibuktikan semasa PRK N.01 Kuala Besut di Terengganu, N.20 Sungai Limau di Kedah, N.25 Kajang di Selangor dan N.51 Balingan di Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mej Zaidi Ahmad mempunyai hak sebagaimana warganegara Malaysia yang lain. Namun begitu beliau selaku pegawai bertauliah dalam ATM adalah juga tertakluk kepada arahan-arahan dan peraturan-peraturan ATM yang berkuatkuasa dalam melaksanakan hak berkenaan.

Sekian. Terima Kasih.