Skip to main content
Jawapan Parlimen

8 April 2014: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [PERDANA MENTERI]

By 10 April, 2014February 18th, 2020No Comments

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 08 APR 2014 (Selasa)
SOALAN : No. 30

YB Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah langkah susulan kerajaan bagi memastikan kesemua pesakit dapat menikmati perkhidmatan perubatan yang berterusan susulan penggantungan Oratis Services Sdn. Bhd akibat bebanan hutang ke atas Pusat Perubatan Universiti Malaya; dan

(b) nyatakan juga sekiranya terdapat tunggakan hutang kepada syarikat tersebut.

JAWAPAN: YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSSIM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melantik Syarikat Oratis Services Sdn Bhd bagi menjadi perantara kepada Kerajaan untuk Persara Awam Persekutuan mendapatkan bekalan ubat serta peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan atau disediakan oleh hospital atau klinik Kerajaan. Syarikat ini membiayai ubat dan peralatan perubatan yang dibekalkan kepada Pesara Awam Persekutuan melalui penyampaian sistem Electronic Medical Automation Supply System (eMASS) mulai 15 Februari 2012 dan syarikat kemudiannya membuat tuntutan bayaran balik kos yang dibiayai syarikat kepada Kerajaan mengikut terma yang telah dipersetujui.

Walaupun perkhidmatan bekalan ubat dan peralatan dari farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dihentikan, Pesara Awam Persekutuan masih lagi menerima pembiayaan ubat dan peralatan perubatan yang masih dibekalkan melalui Agensi Pembekal lain iaity farmasi atau agensi pembekalan perubatan di Malaysia yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd., ataupun yang dibekalkan secara terus oleh pihak syarikat.

Buat masa ini, tiada tunggakan hutang antara JPA dengan pihak syarikat atau syarikat dengan PPUM.

Sekian. Terima kasih.