Skip to main content
Issues Affecting the RakyatSosio Ekonomi

ALIRAN KELUAR WANG HARAM: KEDUDUKAN MALAYSIA BUKTI LEMAHNYA TATA KELOLA DAN BERLELUASANYA RASUAH

By 20 December, 2012February 18th, 2020No Comments

ALIRAN KELUAR WANG HARAM:

KEDUDUKAN MALAYSIA BUKTI LEMAHNYA TATA KELOLA DAN BERLELUASANYA RASUAH

Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. Walaupun ini sudah diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2010 tetap mengejutkan negara.

GFI memantau aliran keluar wang haram dengan menggunakan kaedah ekonomi yang diterimapakai di seluruh dunia. Kajian GFI adalah satu-satunya kajian seumpamanya yang dijadikan kayu ukur di seluruh dunia. Makanya, dapatan kajian GFI yang meletakkan Malaysia di kedudukan tercorot sewajarnya diambil serius oleh semua pihak di Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Kegiatan eksport dan import melibatkan aliran wang keluar masuk dan perpindahan dana pelaburan yang saban hari menjadi lebih rumit. Oleh itu, dapatan kajian GFI ini memberi gambaran besarnya ketirisan ekonomi dalam negara dipindahkan ke luar negara yang akhirnya merugikan rakyat.

Sebab itu saya memulakan siri sidang akhbar mingguan saya menjelang Pilihanraya Umum 13 (PRU13) ini dengan memberi fokus kepada krisis aliran keluar wang haram. Ia menjadi bukti bahawa rasuah, penyelewengan dan tiadanya disiplin tata kelola yang telus akhirnya akan meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini.

Dalam laporannya, GFI menggariskan tiga aspek utama yang mempengaruhi jumlah aliran keluar wang haram sesebuah negara, iaitu:

1.      Isu-isu makroekonomi sesebuah negara yang bersabit rapat dengan persepsi rasuah dan berleluasanya rasuah;

2.      Saiz ekonomi haram dari kegiatan-kegiatan haram seperti kongsi gelap, perjudian tanpa lesen dan lain-lain; dan

3.      Penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh institusi yang dipertanggungjawabkan menyebabkan tiadanya disiplin tata kelola pentadbiran ekonomi yang baik

Oleh itu, jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010 adalah bukti kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam menguruskan ekonomi negara.

Jika dibandingkan dengan negara-negara yang sama-sama menduduki tempat tercorot dari segi jumlah aliran keluar wang haram iaitu China, Mexico dan Arab Saudi (selain Malaysia), Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyaksikan jumlah aliran keluar wang haramnya meningkat satu kali ganda dalam tempoh setahun antara 2009 hingga 2010.

Tempoh 2009 dan 2010 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan. Justeru, peningkatan satu kali ganda aliran keluar wang haram di dalam tempoh ini membuktikan bahawa dasar dan pendekatan ekonomi beliau gagal membanteras rasuah, gagal menyekat aktiviti jenayah yang menjadi dalang ekonomi haram dan gagal memperkuatkan institusi negara untuk membudayakan tata kelola yang baik.

Oleh sebab itu, saya melontarkan jemputan yang tidak putus-putus kepada beliau untuk berdebat mengenai pengurusan ekonomi negara demi kebajikan rakyat. Saya yakin isu yang paling menarik minat rakyat dalam PRU13 ini adalah tata kelola pengurusan ekonomi yang baik, makanya Dato’ Seri Najib Tun Razak harus mempertahankan rekod pengurusan ekonomi beliau.

Setakat ini, rekod pengurusan ekonomi beliau tidak memberangsangkan. Selepas empat tahun menjadi Menteri Kewangan, beliau masih belum menyelesaikan masalah pokok ekonomi rakyat seperti kenaikan harga barang, perumahan rakyat yang tidak mencukupi, gaji yang tidak meningkat dan rasuah yang berleluasa. Pada peringkat pengurusan ekonomi makro pula, beliau masih gagal menyelesaikan masalah hutang negara, defisit belanjawan yang berpanjangan dan terkini, aliran keluar wang haram yang meningkat satu kali ganda di bawah pentadbiran beliau.

Jika prestasi ini tidak berubah, ia akan membawa musibah besar kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Sebab itu, saya memandang serius sikap acuh tidak acuh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan pentadbiran beliau dalam menangani masalah aliran keluar wang haram ini. Sehingga kini, masih belum ada jawapan dari beliau mengenai kegagalan dasar ekonomi beliau hingga melonjakkan Malaysia ke tempat kedua paling corot dalam tahun 2010 dari segi jumlah wang haram.

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan mengambil inisiatif untuk membawa pihak-pihak terbabit ke meja rundingan untuk mendalami masalah ini dan memuktamadkan pelan tindakan membanteras aliran keluar wang haram.

Hari ini, saya akan menulis kepada Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara, GFI dan Menteri-menteri Besar/Ketua Menteri Pakatan Rakyat untuk menjemput mereka menganggotai wacana membanteras aliran keluar wang haram yang dijangka diadakan dalam bulan Januari 2013.

Saya percaya negara memerlukan pendekatan membina untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah segera perlu diambil dengan memuktamadkan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan, bukannya dengan mengelak dari menjawab isu seperti mana gelagat Dato’ Seri Najib Tun Razak setakat ini.

 

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG

20 DISEMBER 2012 

———–


MEDIA RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

ILLICIT FINANCIAL FLOWS: MALAYSIA’S RANKING PROVES POOR GOVERNANCE AND WIDESPREAD CORRUPTION
The latest report by Global Financial Integrity (GFI) positions Malaysia as the second worst among developing countries on the matter of illicit money outflows for the year 2010. Although this was somewhat expected, the quantum of money illegally transferred out of Malaysia between the years 2000 to 2010 is very alarming.

GFI monitors the outflow of illicit money by employing globally accepted economic methodologies and its reports sets the global benchmark on this matter. As such, its appraisal and analysis of Malaysia’s dire situation should be taken seriously by all parties.

Malaysia’s economy is highly dependent on international trade. The movement of money from trading activities and investments are intricate and complex. The GFI study offers a big picture analysis of such money outflows; these leakages ultimately harm the people of Malaysia.

I’m starting my series of weekly press conference ahead of the 13th General Election by focusing on this crucial mater.

In its report, GFI has outlined three key issues that affect the flow of illicit money out of a country, namely:

1. Macroeconomic issues and the perception of widespread corruption and bribery;

2. Size of the illegal economy, namely criminal activities, illegal gambling  etc., and;

3. Weak law enforcement institutions on matters of public and economic governance

The amount of illicit money outflows increased 111% from US$30.41 billion (equivalent to RM94.27 billion) in 2009 to US$64.38 (equivalent to RM199.58 billion) in the year 2010. This fact clearly underlines the failure of transparent and clean management of the economy by Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak, who is also Finance Minister.

Compared to other nations at the bottom end of the ranking; China, Mexico and Saudi Arabia, Malaysia is the only country that saw its illegal money outflow doubled in the year between 2009 and 2010.

The year 2009 to 2010, was the critical beginning of Najib’s administration with his new economic policies and approach. Hence, the doubling of illicit money outflow during that period proves that his so called new economic policies and approach have failed to immediately stem corruption and criminal activities.

I would like to take this opportunity, to invite the Prime Minister to debate on his economic management. I believe the most important issues in this coming 13th General Elections are about governance good and economic management. I sincerely hope Dato ‘Seri Najib Tun Razak will accept my invitation and defend his record of economic management.

So far, his economic management record is not encouraging. After four years as Finance Minister, he has yet to solve the problems of rising food prices, inadequate housing, low salaries and widespread corruption. At the level of macro-economic management, he has failed to solve the problems of the looming national debt, budget deficits and illicit money outflows.

The Najib administration must be more committed in tackling and addressing this issue. To date, there is still no answer from him.

My Pakatan Rakyat colleagues and I, are ready to take the initiative to bring all parties to a roundtable to pursue this issue and come up with a strong action plan.

Today, I will write to Bank Negara Governor Tan Sri Zeti Akhtar, GFI and the Mentri Besars/Chief Ministers of the Pakatan Rakyat states, inviting them to a roundtable, which we intend to hold in January 2013.

I believe the country needs a united stand to address this problem. Immediate steps should be taken to finalise an action plan for implementation. The Prime Minister cannot lead the nation by avoiding the issue.

ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION

December 20, 2012