Budaya politik hari ini dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, pembangkang boleh dianggap sebagai musuh kepada kerajaan. Namun begitu, peranan pembangkang amat diperlukan kerana pembangkang yang kuat mampu memberi implikasi positif kepada rakyat mahupun kerajaan.

Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu membuktikan betapa kerajaan dan pembangkang cuba memberikan manifesto yang terbaik buat rakyat. Pemberian air percuma, penurunan harga kereta, penghapusan hutang pembelajaran, pemberian bantuan rakyat dan sebagainya, malah mungkin hak-hak dan kebajikan yang sebelum ini terlepas pandang akan terpandang! Di sinilah pentingnya peranan pembangkang yang dapat menjaga dan menjamin hak rakyat.

izzahgif

Isu-isu yang diutarakan termasuklah ekonomi, pendidikan, wanita, demokrasi dan banyak lagi. Antara kandungan menarik ialah:

  • Novela Gadis Berambut Merah
  • Masa Depan, Masa Kita!
  • Mimpi Malaysia Di Korea Selatan
  • Main-Main Rugikan Negara
  • Memikirkan Tentang Pendidikan

Prakata “Masa Depan Masa Kita” dikarang oleh Sasterawan Negara A Samad Said.

“Saya yakin jawapan untuk membina masa depan yang lebih baik dan mengelakkan kemudaratan terletak pada pendekatan Fiqh Tawaqqu’ – melakar dasar bagi memenuhi keperluan masa depan dan mengelakkan keburukan daripada melanda. Sekiranya Nabi Yusuf A.S. punyai kebolehan mentadbir sehingga merangka dasar ekonomi masa depan hingga 7 tahun seterusnya; apa alasan kita untuk tidak berbuat demikian? Masa depan adalah milik kita jika kita bertindak sekarang un tuk mengatasi kemudaratan yang di bawa golongan yang leka tanggungjawab dan lupa akhirat. Maka, jadikanlah masa depan, masa kita!”

Cara Tempahan

  1. Buat Pembayaran RM12.90 + Kos Penghantaran (RM4 Semenanjung / RM10 Sabah dan Sarawak) ke akaun Maybank (5641 2834 5008 – Ahli Parlimen Lembah Pantai)
  2. Email slip pembayaran kepada masadepan.masakita@gmail.com bersama-sama maklumat berikut
    • Nama Penuh
    • Nombor Telefon
    • Alamat Penghantaran
  3. Penghantaran akan dibuat dalam masa 7 hari bekerja selepas tarikh penerimaan bukti pembayaran. Sila simpan bukti pembayaran dengan selamat.