PM dipelawa lagi sertai meja bulat Pakatan
Thursday, June 3rd, 2010Abdul Rahim Sabri
Jun 3, 10 2:44pm
Malaysiakini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipelawa untuk menyertai meja bulat untuk membincangkan isu serangan Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza Isnin lalu.
![]() |
Meja bulat anjuran Pakatan itu akan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibunegara mulai jam 11 pagi esok.
Pelawaan tersebut dibuat oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.
Perbincangan tersebut akan disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Mereka akan bercakap atas tajuk “Keamanan dan Keadilan untuk Gaza”.
“Ia (supaya) dilihat kebersamaan menentang isu ini kerana ia melibatkan isu ummah bukannya isu kepartian,” katanya.
(more…)













