Archive for the ‘Police’ Category

PROTES kenaikan harga barang

Tuesday, August 10th, 2010

PROTES kenaikan harga barang bertempat di Flat 17 tingkat PKNS pada 9 Ogos bermula pukul 5:00 petang. 3 orang aktivis ditahan polis sebelum pelancaran protes bermula.

Saya bersama YB Dr.Hatta, YB Tian Chua, Arul (PSM), Ketua AMK Shamsul Iskandar, Haji Nahar (Jemaah Islam Malaysia (JIM),SUARAM, Saudara Sani (Ketua Pemuda PAS Kuala Langat), wakil-wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), GAMIS,JERIT dan beberapa teman prihatin lain yang turut serta dalam program pelancaran Bantah Pembaziran, Potongan Subsidi Rakyat dalam Usaha Menyelamatkan Wang Negara.

Program tersebut diadakan di pasar malam Kerinchi dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penjaja, penduduk sekitar serta pengunjung pasar malam.
Malangnya, tindakan pihak polis menahan 3 orang aktivis tanpa sebab menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman pihak mereka kerana PROTES tidak menganjurkan sebarang demonstrasi tetapi hanya melancarkan pengedaran risalah tentang kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini.

Walaupun kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen, akan tetapi janji kerajaan bahawa penstrukturan semula subsidi akan dilaksanakan, untuk memastikan rakyat termiskin dilindungi tidak dilaksanakan. Program penstrukturan semula yang dirancang dan diberikan kepada Maybank gagal, tetapi potongan subsidi diteruskan jua. Penjana-penjana bebas masih kebal tidak tersentuh. Sila rujuk keratan risalah yang diedar semalam.

Polis Sibuk Pantau Ceramah Politik, Peragut Berleluasa Di Kawasan Bandar

Saturday, June 12th, 2010

Oleh Frederick Luccas

Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 12 Jun – Lawatan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jalan Maarof, Bangsar semalam bukan sahaja menjadi tumpuan penguna jalanraya tetapi juga telah menarik minat peragut yang menjadikan kumpulan wartawan yang membuat liputan berita sebagai mangsa.

Jurukamera akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau, Khor Meng Siang, yang sedang berjalan lebih kurang 100 meter di belakang Nurul Izzah dan wartawan lain sambil mengambil gambar Jalan Maarof diragut oleh dua penyamun yang menunggang motosikal.

Menh Siang yang cedera di bahagian lutut juga kehilangan kameranya yang dianggarkan bernilai RM20,000.

“Ini satu kejadian yang serius, di mana jurukamera diragut semasa bertugas dengan kehadiran sama seorang ahli parlimen. Saya amat terkejut dan hampa dengan pihak polis atas kejadian ini kerana apabila kita mengadakan ceramah, banyak pula anggota polis yang hadir,” kata Nurul Izzah berhubung kes ragut tersebut.

(more…)

PKR Urges Govt to Scrutinize Cause of PTD Officer‘s Death

Thursday, June 3rd, 2010

Malaysian Digest

KUALA LUMPUR, 3 JUNE, 2010: Lembah Pantai MP, Nurul Izzah Anwar, urged the federal government and the Public Service Department (JPA) to carry out a thorough open investigation into the recent death of a PTD officer, to determine if it was due to negligence.

Nurul, in a press conference held at her office this morning, said that the death of 31-year old Finance Ministry’s PTD officer Norhashimah Wahid, after undergoing a ‘commando-style’ training module, is both “disturbing and regrettable”.

She expressed her disappointment with the response from the Finance Ministry which has refused o bear responsibility over Norhashimah’s death.

alt

“What are the criteria set for companies to manage the
training?” asked Nurul Izzah during the press conference.

(more…)

‘IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo’

Friday, April 30th, 2010

Apr 30, 10 8:14pm

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musaberkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu ‘hanya akan menjejaskan keselamatan negara’.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

Anwar’s Sodomy Trial Meant to Hurt Us, says Izzah

Tuesday, February 9th, 2010

(Malaysian Insider, 10th February 2010)

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/52634-anwars-sodomy-trial-meant-to-hurt-us-says-izzah

By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, Feb 10 — Today will be the seventh day of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s second sodomy trial as Nurul Izzah and family walk through the swarm of photographers and reporters to show support for their well-loved father.
Izzah was only 18 years old when her father was first implicated for sodomy in 1998 and 12 years later, Anwar is accused of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan at a posh condominium in the exclusive Bukit Damansara suburb in Kuala Lumpur.
Anwar’s eldest child is now a mother of two and a first-term MP for Lembah Pantai which she won in Election 2008.
She explained to The Malaysian Insider that her current situation is different from the last sodomy trial because she is now not only responsible for her family but also supporters.
“All of us are older now and I have my husband by my side and my two children. It was very much more complex having a constituency and you really carry the hopes and inspiration of our supporters including Pakatan Rakyat supporters,” Izzah said while sitting beside her husband Raja Ahmad Shahrir at the Kuala Lumpur High Court.
However, she admitted being angry that her family has to go through and witness her father on trial again.
“On a personal level, I would say it is very difficult and I am angry as well when I first heard his (Saiful) testimony in court to a point that it is almost unbelievable that we have to go through this again, are you kidding me? When the trial should have stopped immediately looking at the evidence.
“So it is harrowing and we just have to remain focused because they mean to do this, they mean to hurt us and basically make us feel that that there is no hope for the future,” she said.
Izzah said that the sodomy trial proves that her father is still a threat to Barisan Nasional.
“I think it is a continuation and it is better choreographed this time around but it still came as a shock to the family. We were focusing on the reform agendas especially the March 8 election results and it just reaffirms two things. The first is my father is still very much a threat to the ruling government and they will do whatever it takes to destroy his political career and the political future of Pakatan Rakyat.
“Second there is no way, you can get around unfinished reform; basically you need to implement reforms in the judiciary, in the police force and even parliamentary reforms because the same players who are responsible for ‘98 have been promoted, and again play a vital role in this episode so that is basically what my take is,” she said.
Izzah is still confident that her father would not be “put behind bars”.
“We shouldn’t assume that all hope is lost. We have a very very good case and a good team of lawyers basically almost all Malaysians know what is happening. They can see the transgression that has taken place but I believe it is also a wake-up call for Pakatan Rakyat to really strengthen the party. Our structure and position.
“I remain optimistic but of course now we are asking for the judge to recuse himself so as you can tell we are doing our best so that he is not put behind bars,” she said.
Izzah said that her family understand the situation better now and vow that her father will be “vindicated”.
“I would say that it is very difficult, because the kids have grown up so everyone understands the term conspiracy. So that is helpful. And my daughter can say ‘masalah politik’ (political problem) and ‘kesian papa tuk’ (poor grandfather). So I think we have more family support in that sense. But I think we do what we can to support him and we will not waiver in our resolve to vindicate my father,” she said.

KENYATAAN TERBUKA Y.B NURUL IZZAH ANWAR

Tuesday, February 2nd, 2010

KENYATAAN TERBUKA Y.B NURUL IZZAH ANWAR
BERHUBUNG PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM

Tarikh: 2 Februari 2010

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.
Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak.Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.

NURUL IZZAH ANWAR

  • Recent Posts

  • Categories