Archive for the ‘Bangsar’ Category

Program Gotong-royong bersama penduduk di Taman Lucky dan Taman Suria, Jalan Puchong.

Tuesday, August 17th, 2010

Program : Gotong-royong bersama penduduk di Taman Lucky dan Taman Suria, Jalan Puchong.

Tarikh    : 15 ogos 2010

Masa      : 9 pagi

Tempat  : Taman Lucky dan Taman Suria

Anjuran  : Kelab sukan dan sosial Puchong dengan kerjasama Persatuan penduduk Jalan Puchong

Jemputan : YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

15 Ogos 2010, YB Nurul Izzah telah turun ke program gotong royong yang dijalankan di Taman Lucky dan Taman Suria khas untuk membersihkan persekitaran Taman Lucky dan Taman Suria. Gotong royong mendapat sambutan daripada pengusaha kilang dan penduduk untuk membersihkan kembali persekitaran Taman Lucky.

YB Nurul Izzah juga sempat melihat keadaan sekitar kilang dan beberapa kemudahan yang perlu ditambah terutamanya sistem perparitan di kawasan sekitar kilang.

Beberapa penduduk juga sempat mengadu masalah yang dihadapi seperti Jalan Rizab yang diguna untuk kepentingan perseorangan dan memerlukan pemantauan DBKL.

YB Nurul Izzah sempat melawat ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang dimenempatkan seramai 15 orang kanak-kanak kurang upaya untuk pemulihan

Rabiatul Adawiah Binti Abdul Rahim

Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai

DBKL Buat Kerja Seperti Melepaskan Batuk Ditangga

Saturday, June 12th, 2010

Oleh Frederick Luccas

Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 12 Jun – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membuat perancangan pembaikan jalanraya yang lebih teratur dan untuk jangkamasa panjang dan bukannya sekadar menampalan jalan setiap kali ada aduan daripada orang ramai.

Bercakap kepada media semasa melawat Jalan Maarof semalam, beliau menyatakan DBKL perlu lebih efisyen dalam menangani masalah setempat, terutamanya berkaitan aduan daripada masyarakat.

“DBKL merugikan sumber yang ada dengan membuat tampalan ke atas jalan yang perlu diturap dan tampalan ini akan rosak dan terkeluar setelah beberapa hari digunakan,” tambah beliau lagi.

Jalan Maarof merupakan antara jalan besar yang sibuk dan digunakan oleh beribu kenderaan setiap hari dan keadaan jalan yang berlubang dan merekah di hampir setiap simpang menyebabkan pengguna jalan ini terpaksa menghadapi keadaan trafik yang perlahan setiap hari.

(more…)

Antara Maarof dan Tualang..

Saturday, June 12th, 2010

Saya dibawa ke Jalan Maarof hingga Jalan Tualang,Bangsar untuk meneliti aduan yang dibuat penduduk mengenai permasalahan jalan-jalan berkenaan semalam ,11 Jun 2010.

Masalah utama yang mengakibatkan aduan tersebut adalah kerumitan lalu lintas diakibatkan jalan-jalan tersebut berlopak dan berlubang.

Jalan-jalan bermasalah sebegini amat ketara dan merisaukan, dan harus dikendalikan sebelum membahayakan orang awam. Justeru itu, saya harapkan DBKL akan membuat tindakan segera dalam mencari penyelesaian secepat mungkin. Turut serta bersama saya adalah wartawan-wartawan dari Suara KeADILan, Nanyang Siang Pau dan Malaysiakini.

Kurau, oh kurau

Tuesday, May 11th, 2010

Pada 5hb Mei 2010 1100am aduan/masalah pembesaran jalan di OFF Jalan Bangsar(belakang NST) aduan dari salah seorang penduduk Jeremy Ng menyatakan bahawa laluan perumahan dijadikan laluan utama(short cut) sehingga lorry besar lalu dihadapan rumah.

Kerja -kerja pembesaran jalan yang dilakukan oleh kontraktor awam ini “memudahkan” kenderaan berat menggunakan laluan alternatif ke jalan Tempinis/Lucky Garden/amrai medical centre dan lain -lain destinasi.

Turut serta dalam lawatan ini  Supervisor Alam Flora En.Ravi untuk meninjau masalah kekerapan kutipan sampah.

Berita tersiar di sinar harian bth 10hb Mei 2010.

Objection against the KL Sentral Traffic Dispersal Plan

Monday, November 9th, 2009

Monday November 9, 2009
Traffic plan questioned
By BAVANI M

THREE Pakatan Rakyat MP’s of Kuala Lumpur are questioning some of the discrepancies in the RM110mil traffic dispersal plan proposed for Brickfields.

Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Bukit Bintang MP Fung Kui Lun and Seputeh MP Teresa Kok have been asked by some residents to help address certain issues up in Parliament regarding the traffic dispersal plan. The MP’s help were sought because their constituencies border areas that will be affected by the proposed plan.

Daily scene: The traffic congestion in Jalan Tun Sambanthan.
“The plan is only serving the needs of MRCB which is KL Sentral. Where are the traffic assessment reports and analysis done for the project?’’ asked Nurul Izzah.

“It would be pointless for us to put in our objections without having any data on the traffic volume,’’ she said.

Nurul Izzah is also questioning why MRCB was awarded the contract for the project instead of it being put through an open tender.

“RM110mil is a lot of money and it is the taxpayers’ money. There is no point in spending so much money for a system that does not work,’’ added Fung.

The MPs also asked why they were not consulted by the DBKL and that they only found out about the project from residents. “We will bring this matter up in Parliament,’’ Nurul Izzah said.

Meanwhile, the one-month deadline for residents and the business community of Bangsar and Brickfields to submit their feedback and suggestions on the traffic plan ends today.

On Oct 9, Kuala Lumpur mayor Datuk Ahmad Fuad Ismail gave the residents a month to put their views in and he had asked MRCB to make available details on the social impact and traffic assessment reports and analysis done on the project to residents.

Meanwhile, in a meeting with the Brickfields business community last week, Deputy Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk M. Saravanan had requested the DBKL to have another meeting with residents to address the security and safety concerns they might have on the project.

The proposed traffic solution under the RM110mil stimulus package, include Package 1: construction of flyover at Jalan Travers/Jalan Bangsar Intersection, Package 2: construction of flyover from KL Sentral to Jalan Damansara & the Mahameru Highway, Package 3: upgrading of Jalan Tun Sambanthan and its vicinity, Package 4: construction of pedestrian bridges & linkages, Package 5: upgrade and repair roads in KL Sentral and Package 6: construction of elevated road from Jalan Bangsar to Jalan Maarof.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/11/9/central/5068510&sec=central

Nurul Izzah kecewa tahap keselamatan di Bangsar

Saturday, March 21st, 2009

Ahli Parlimen kecewa tahap keselamatan di Bangsar 

BANGSAR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melahirkan rasa kecewa dengan tahap keselamatan di Bangsar yang disifatkannya sebagai mempunyai mutu pemantauan yang lemah. 

Nurul Izzah berkata, kejadian serangan ke atas seorang pensyarah warga asing, Dr Andelko Simic, Januari lalu masih belum meredakan kebimbangan di hati penduduk dan terbaru, Ahad lalu, kejadian alat pengangkut bahan binaan terjatuh dan menghempap dua pekerja warga Bangladesh hingga maut menambahkan kerunsingan di hati penduduk. 

Menurutnya, kejadian di tapak pembinaan sebuah projek pembangunan di Bangsar Utama itu tidak sepatutnya berlaku dan memanjatkan rasa syukur kerana tiada rakyat tempatan yang terbunuh. 

“Walaupun bukan warga kita tetapi setiap nyawa yang hilang itu amat bernilai. Sepatutnya kita sama-sama berusaha untuk mengelakkan kejadian spt itu berlaku. 

“Kita bernasib baik kerana semasa kejadian, tiada rakyat tempatan terbunuh kerana saya difahamkan kawasan pembinaan tersebut hampir dengan jalan raya dan banyak kenderaan yang menggunakannya,” katanya kepada Sinar Harian. 

Nurul Izzah berkata, pihaknya akan membangkitkan isu keselamatan ini di peringkat parlimen kerana ia merupakan isu dasar yang perlu diambil perhatian semua pihak. 

“Ia sepatutnya disokong oleh implementasi dan pemantauan. Maknanya di sini, undang-undang kita dah ada tapi pemantauan itu amat mengecewakan. Saya akan bawakan tuntutan ini bersama penduduk di Bangsar,” katanya. 

Nurul Izzah turut melahirkan rasa kecewa kerana isu keselamatan dipolitikkan ekoran ketidakhadiran Ketua Polis Daerah (OCPD) Brickfields atau wakilnya dalam satu majlis dialog bersama penduduk Bangsar di Damansara penghujung minggu lalu. 

“Kami agak kecewa kerana hari sebelumnya mereka menyatakan bahawa OCPD atau wakil beliau akan hadir, tetapi keadaan sebaliknya berlaku. 

“Ia membimbangkan kerana apabila wujud isu politik, akan kuranglah tekanan kepada profesionalisme. Walaupun saya Ahli Parlimen pembangkang, tapi saya bawakan isu rakyat bukan isu parti. Saya amat kecewa,” katanya. 

Menurutnya lagi, kempen ‘Crime Watch’ akan diteruskan yang mana penekanan terhadap keperluan aduan laporan polis penduduk terhadap kejadian jenayah. 

“Kempen ini akan menekankan keperluan yang mana satu salinan laporan polis berhubung kejadian jenayah di sini akan diserahkan kepada saya. Insya-Allah, saya akan bawa data tersebut kepada parlimen agar kita boleh lebih memberikan tekanan (urgency) kepada keperluan dan suasana keselamatan itu dapat diwujudkan. 

“Kita juga akan menghantar memorandum penduduk yang mengemukakan lima isu seperti senarai jalan paling bahaya di Bangsar dan cadangan supaya polis implementasikan kawalan di setiap laluan keluar masuk di kawasan ini,” katanya. 

Memorandum berkenaan dijangka akan dihantar kepada Ketua Polis Daerah Brickfields pada minggu depan.

 

sumber [http://www.sinarharian.com.my/archive/120309/selangor/story2538714.asp]

  • Recent Posts

  • Categories