Skip to main content
Education

KEJUTAN IJAZAH DARI UNITEN

By 28 August, 2018February 18th, 2020No Comments

26 Ogos 2018 menjadi satu lagi hari bersejarah buat YB Nurul Izzah apabila beliau menerima  ‘ijazah’ dalam satu kejutan ‘Majlis Konvokesyen’ dari Naib Canselor UNITEN Datuk Prof Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha, 14 tahun selepas menamatkan pelajaran di UNITEN.

YB Nurul Izzah, selepas bersiaran langsung dalam rancangan Borak Kopitiam pada hari tersebut, mengucapkan terima kasih kerana ‘ijazah’ ini mengingatkan beliau saat hari konvokesyen UNITEN beliau dulu, yang mana beliau terpaksa pulang awal bagi meluangkan masa bersama DS Anwar Ibrahim yang akan dibebaskan beberapa hari sebelum itu. DS Anwar Ibrahim yang mempromosikan kempen ijazah pertama dari universiti tempatan telah  menjadi inspirasi bagi YB Nurul Izzah untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.


 

“Banyak universiti tempatan sewaktu itu keberatan menerima permohonan masuk saya atas sebab-sebab berkait dengan politik namun UNITEN telah memberi saya peluang untuk menyambung pelajaran, sebab itu saya rasa berbesar hati dan terus melanjutkan pelajaran di UNITEN sehingga tamat belajar,” ujar YB Nurul Izzah.

Selepas mendapat ijazah sarjana muda, YB Nurul Izzah meneruskan aktiviti akademik beliau dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang Perhubungan Antarabangsa di Universiti John Hopkins.