Nurul Izzah Anwar merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal kedua. Karier politik Nurul Izzah bermula dengan penubuhan Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pada tahun 1999 , di mana beliau memainkan peranan penting dalam penubuhannya, dan kini memenangi jawatan Naib Presiden Parti undi tertinggi buat kali kedua, dan juga dilantik sebagai Pengarah Bersama Jawatankuasa Pilihanraya Pusat KEADILAN – jawatan yang dikongsi bersama Dato Saifuddin Nasution (mantan Setiausaha Agung KEADILAN).
 
Sebelum berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, beliau merupakan dan masih lagi seorang pendokong hak-hak asasi manusia dan sivil, dengan mengutamakan hak-hak tahanan politik; memperjuangkan agenda reformasi yang holistik demi mempertahankan ruang lingkup demokrasi di Malaysia.
 
Beliau berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi dalam kerja-kerja sokongan masyarakat, antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women Leaders International Forum (WILF) dan Freidrich-Ebert Stifung (FES). Beliau telah memperjuangkan hak tahanan-tahanan politik Malaysia dan gerakan-gerakan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa, antara pencapaian penting ialah penglibatan dalam sesi utama di Suruhanjaya Hak Asasi Manusi ke 55 di Geneva.
 
Beliau mengasaskan Kaukus Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan juga memegang jawatan sebagai ahli Kaukus Wanita. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa untuk Kesatuan Antara-Parlimen Malaysia (IPU). Beliau bertanggungjawab mengusulkan Rang Undang-undang Parlimen bagi memansuhkan Deklarasi Darurat di Malaysia, termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kedua-dua usul ini digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia enam bulan kemudian, walaupun pelbagai undang-undang baru kemudiannya diperkenalkan demi mempertahankan rejim separa autokratik Malaysia.
 
Sebelum aktif bidang politik, Nurul Izzah lulus Ijazah Sarjana daripada Universiti Johns Hopkins dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional, dua hari selepas bapa beliau, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara selama 6 tahun.
 
Nurul Izzah menulis secara aktif dalam ruangannya sendiri dengan akhbar Malaysiakini dan akhbar Sinar – yang dijadikan madah penerangan dan cetusan idea kepada rakyat.
 
 
Nurul Izzah Anwar is the current, second-term Member of Parliament for Lembah Pantai. Her political career began with the creation of the People’s Justice Party (KEADILAN) in 1999 where she played a vital role in its establishment. She currently is on her second term as highest ranking Vice President Elect, as well as the party’s Election Director – a post she holds jointly with Dato Saifuddin Nasution (former Party Secretary General).
 
Prior to being an MP, Nurul Izzah was and still is a strong proponent of human and civil rights with a special interest in prisoners of conscience; bent on pursuing a holistic reform agenda to expand Malaysia’s democratic space.
 
She has worked with a number of agencies and institutes on advocacy work, among them are the Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women Leaders International Forum (WLIF) and Friedrich- Naumann Stifung (FNS). She has in the past advocated on behalf of Malaysian political prisoners and Malaysian human rights movements at the international level, most notably being an intervention in the main session at the 55th Commission on Human Rights, Geneva.
 
She is the founding member for the Trans-Pacific Partnership Agreement Caucus and member of the Women’s Caucus. She is a committee member of the Inter-Parliamentary Union Malaysia. She has also moved the Parliamentary Bill in Malaysia’s Parliament to Revoke Emergency Declarations in the country; including the eventual abolishment of the draconian Internal Security Act – all of which were adopted by the Prime Minister six months later. Unfortunately, other laws were then re-introduced; in line with Malaysia’s semi autocratic regime.
 
Prior to entering politics, she earned her Masters’ Degree from the School for Advanced International Studies – Johns Hopkins University studying International Relations (with specialization in Southeast Asia Studies). Her Bachelors’ Degree was in Electrical and Electronics Engineering from University Tenaga Nasional; she graduated then in 2004, 2 days after her father, Anwar Ibrahim, was released from 6 years of politically-motivated imprisonment.
 
She actively contributes to Malaysiakini and the Malay publication Sinar – continuously provoking the electorate with dangerous thoughts on reforming status quo.