Posts Tagged ‘Home’

Dialogue with MP and Bangsar residents Today!

Saturday, May 9th, 2009

All residents of Bangsar are invited to a dialogue with me, your MP later today. Please take this  opportunity to discuss various issues that you wish me to highlight ito the relevant authorities. It is organised by the Bangsar Baru Business Council and I anticipate around 150 guests to attend. Details are as such:

Time: 8-10pm

Date: Sunday 10 May 2009

Venue: Bangsar Sports Complex, Jalan Terasek 3, Bangsar Baru

Hope to see you all there!

Tindakan KDN menangani PATI

Sunday, April 26th, 2009

Pertanyaan
Yang Berhormat Lembah Pantai juga minta Kerajaan menyatakan berapa ramaikah pekerja asing yang memasuki Negara ini sama ada berdaftar atau tidak dan apakah tindakan Kementerian bagi menangani masalah kebanjiran pekerja asing yang berlaku.
Jawapan dan Penjelasan
Sehingga kini terdapat seramai 2.1 juta orang pekerja asing yang berdaftar di Negara ini dan Kerajaan mengganggarkan pekerja asing tidak berdaftar atau PATI pula berjumlah dalam lingkungan satu juta orang. Dalam menangani masalah kebanjiran pekerja asing terutamanya dalam situasi ekonomi yang kurang stabil, Kerajaan telah mengambil tindakan membekukan kemasukan pekerja asing bagi sektor perkilangan elektrik/elektronik dan tekstil dan juga beberapa aktiviti berkaitan sektor perkhidmatan. Kerajaan juga telah mengarahkan majikan-majikan yang ingin menutup kilang atau mengecilkan saiz operasi agar menghantar pekerja asing mereka pulang ke negara asal.Langkah-langkah ini dijangka akan dapat mengatasi masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini.

Dasar Kerajaan Mengenai Isu PATI

Saturday, April 25th, 2009

Pertanyaan

Yang Berhormat Lembah Pantai pula minta Kerajaan menyatakan bilakah kali terakhir Kerajaan mengkaji dasar pengambilan pekerja asing dan mencadangkan supaya perlu ada dasar yang jelas untuk mengatasi masalah lebihan pekerja asing di Negara ini.

Jawapan dan Penjelasan

Kerajaan sentiasa mengkaji isu dan dasar berkaitan pekerja asing dari semasa ke semasa melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKK-PA). Dalam mesyuarat JKK-PA kali ke-36 tahun 2008, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan dasar pengurangan pergantungan Negara terhadap pekerja asing dan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal Antara Agensi Mengenai Pekerja Asing (JTAA-PA) untuk mengkaji lebih terperinci berkenaan pengurangan pekerja asing di Malaysia. Proses pengurangan ini perlu dilaksanakan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kesan langsung terhadap ekonomi Negara dan sektor industry.

Dasar kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKK-PA)

Saturday, April 25th, 2009

Pertanyaan

Yang Berhormat Lembah Pantai pula minta Kerajaan menyatakan bilakah kali terakhir Kerajaan mengkaji dasar pengambilan pekerja asing dan mencadangkan supaya perlu ada dasar yang jelas untuk mengatasi masalah lebihan pekerja asing di Negara ini.

Jawapan dan Penjelasan

Kerajaan sentiasa mengkaji isu dan dasar berkaitan pekerja asing dari semasa ke semasa melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKK-PA). Dalam mesyuarat JKK-PA kali ke-36 tahun 2008, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan dasar pengurangan pergantungan Negara terhadap pekerja asing dan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal Antara Agensi Mengenai Pekerja Asing (JTAA-PA) untuk mengkaji lebih terperinci berkenaan pengurangan pekerja asing di Malaysia. Proses pengurangan ini perlu dilaksanakan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kesan langsung terhadap ekonomi Negara dan sektor industry.

Isu Kad Hijau

Friday, April 24th, 2009

Pertanyaan

Yang Berhormat Lembah Pantai pula menyatakan terdapat kira-kira 17 ribu orang yang telah memohon mykad hijau di Sabah tetapi hanya 1000 orang sahaja yang diluluskan.

Jawapan dan Penjelasan

Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan JawatanKuasa Task Force pada 1 Novemeber 2008 bertujuan untuk menyelesaikan permohonan permit masuk dan kewarganegaraan yang tertunggak. Selain itu, penubuhan Jawatan Kuasa Task Force juga bertujuan untuk menangani masalah rakyat yang tiada sijil lahir dan kad pengenalan.

Dibawah Jawatankuasa Task Force ini, Jabatan Pendaftaran Negara telah mengadakan “Program MyDaftar” bagi seluruh Semenanjung dan “Program Unit Khas Bergerak” bagi negeri Sabah dan Sarawak. Tujuan kedua-dua program ini dilaksanakan adalah untuk menangani masalah rakyat yang tiada dokumen pengenalan diri dan “stateless person” di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai ramai penduduk yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Mulai 26 November 2008 hingga 14 februari 2009, program MyDaftar telah dilaksanakan di negeri Perak, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil daripada program tersebut, Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima sebanyak 150 Permohonan Daftar Lewat Kelahiran terdiri daripada 111 permohonan oleh kaum India, 37 Melayu, 1 Cina dan 1 Orang Asli. Jumlah Daftar Lewat Kad Pengenalan yang diterima pula adalah sebanyak 46 permohonan yang terdiri daripada 36 permohonan oleh kaum India, 9 Melayu dan 1 Cina. Jumlah keseluruhan permohonan Daftar Lewat Kelahiran  Daftar dan Lewat Kad Pengenalan yang diterima adalah 196 kes.

Permohonan daftar lewat kelahiran dan kad pengenalan yang diterima melalui Program MyDaftar sehingga 14 Februari 2009 akan selesai diproses pada akhir bulan April 2009. Kedua-dua program ini akan dijalankan secara berterusan.

Berhubung dengan isi stateless person, Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan semila Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (Kad Pengenalan Hijau) mulai 6 Oktober 2008 setelah ditamatkan pengeluarannya pada bulan Januari 2005. Jumlah Kad Pengenalan Hijau yang telah dikeluarkan sehingga tarikh tersebut adalah sebanyak 38,672.

Salah satu kategori pemohon yang layak memohon Kad Pengenalan Hijau adalah mereka yang berstatus stateless iaitu orang-orang yang dilahirkan di Malaysia dan memiliki Sijil Lahir Malaysia. Dalam Sijil Lahir tersebut tiada maklumat ibu/bapa dan tidak dicatatkan nombor dokumen kedua-duanya atau nama ibu/bapa dicatatkan tetapi nombor dokumen tidak dicatatkan.

Sehingga 25 Februari 2009, sebanyak 8,616 Kad Pengenalan Hijau telah dikeluarkan kepada stateless persons. Baki sebanyak 30,056 pemegang Kad Pengenalan Hijau belum lagi hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat pembaharuan.

Masalah pelarian Rohingya

Thursday, April 23rd, 2009

Pertanyaan

Yang Berhormat Lembah Pantai minta Kerajaan Menangani masalah pelarian Rohingya dan isu kemasukan warga asing yang banyak menimbulkan masalah dari segi sosial dan ekonomi.

Jawapan dan penjelasan?

Masalah ‘pelarian’ seperti warganegara Rohingya yang berlindung di bawah United Nations High Commisioner For Refugees (UNHCR) yang berada di Malaysia adalah ditangani secara teratur oleh agensi penguatkuasa. Masalah PATI di negara ini adalah terkawal hasil dari tindakan penguatkuasaan bersepadu dan berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Malaysia (RELA). Ini dapat dibuktikan bagi tahun 2008, seramai 73,097 orang PATI telah ditangkap melalui 7,707 operasi yang dijalankan seluruh negara. Dianggarkan terdapat seramai 1 juta orang PATI di negara ini.

  • Recent Posts

  • Categories