Posts Tagged ‘Influenza A’

Mulut Masin -in the works!

Sunday, June 21st, 2009

Mulut masin, in the works!

My question on the government’s actions  in combating the rise of swine flu in Malaysia came up yesterday. You can view the follow up question and the answer given -which was basically not much of an answer considering Malaysian government’s knee jerk reaction of declaring us free of swine flu one day, only to find out, several hours later about another five new cases! Honestly, it is very worrying. And as soon as this question was raised, we are faced with our very first local infection. Unfortunately, the kind mainstream media did not think a question raised in parliament on this very issue the very same day warranted publication. Be careful dear friends. Take precautions and don’t take your flu too lightly!

Read the Parliament hansard (h e r e)

Thursday June 18, 2009

Infected teen girl has unwittingly exposed 20 people to A (H1N1) virus

By DHARMENDER SINGH

PUTRAJAYA: Malaysia has recorded its first locally-transmitted A(H1N1) case – a 17-year-old girl who had contact with a patient. She is the country’s 23rd confirmed case.

However, she was not identified earlier and had exposed 20 other people to the flu virus before she sought treatment at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC).

Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the girl had flu symptoms on Sunday and sought treatment the following day after developing a fever.

Investigations revealed that the girl had contact with the 12th patient, he said in a statement yesterday.

She was not placed under quarantine earlier as she was not among those identified as having contact with the 12th patient and consequently exposed 20 others to the virus.

Dr Ismail said it was vital that all those confirmed as having the A(H1N1) flu give their fullest co-operation by providing complete information on people who had contact with them as this was the only way to avoid local transmission.

“Action can be taken under the Disease Prevention and Control Act 1988 if they fail to provide complete information to us,” he said.

Dr Ismail said four more confirmed cases were also reported in the 24 hours up to 9am yesterday including a 23-year-old local university student who was part of a group of 12 students and lecturers that went on a seven-day visit to Australia from June 7.

The male student had been on the same flight as another confirmed case, who was on the AirAsia X flight D7 2723 (seat 37J) that landed at the Low-Cost Carrier Terminal at 7.15am on June 14, he said.

The student developed fever about five hours after landing and sought treatment at a private clinic at 9am the next day before being referred to Tuanku Jaafar Hospital in Seremban.

He was confirmed as having the flu at 6pm on Tuesday and the Health Ministry is now tracing 37 contacts including flight passengers, members of the group, relatives and staff at the private clinic where he first sought treatment.

Dr Ismail said the 21st confirmed case involved a 20-year-old studying in Melbourne, Australia, who travelled home for the holidays on board Malaysia Airlines flight MH128 (seat 20K) that landed at KL International Airport at 6am on Tuesday.

The 22nd case was a 54-year-old who had returned from Manila on board the Malaysia Airlines flight MH 705 (seat 32H) that landed at KLIA at 8.25am on June 12.

Soalan saya di Parlimen berkenaan H1N1

Sunday, June 21st, 2009
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-
(a) apakah prosedur serta langkah-langkah yang diambil Pusat Krisis dan
Pengawalan Wabak Malaysia (CPRC) dalam mengekang penyebaran
wabak Influenza A (H1N1) memandangkan penumpang-penumpang
MH091 dan AK5358 tidak diwajibkan melaporkan diri untuk
dikuarantinkan; dan
(b) apakah skop kuasa CPRC dan adakah ianya bertindih dengan kuasa
pihak kementerian.
Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah bte Haji Abdul Rashid Shirlin]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk menjawab
Bahagian A, soalan Yang Berhormat Lembah Pantai,
Kementerian Kesihatan melalui Pusat Kesiapsiagaan dan respons ataupun
Crisis Preparedness and Responds Centre dengan izin atau CPRC telah melaksanakan beberapa
langkah untuk mengekang penularan jangkitan tempatan influenza A (H1N1) akibat penumpang
kapal terbang yang tidak melaporkan diri.
Akta 32, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 di mana di bawah
seksyen 18 subseksyen 1 “seseorang pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan supaya manamana
contact menjalani pemerhatian ataupun di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh
yang difikirkan patut atau menjalani kuarantin ataupun pengawasan sehingga dia boleh
dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai”.
Di bawah akta yang sama pada seksyen 18 subseksyen 2 bagi maksud-maksud
subseksyen 1 “seorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk
memastikan perintahnya dipatuhi”. Di bawah seksyen 6 subseksyen 1 “jika semasa pemeriksaan
perubatan seseorang pegawai diberi kausa mendapati atau mempunyai sebab untuk percaya
bahawa mana-mana orang yang telah dijangkiti atau adalah seorang contact, dia boleh
memerintahkan orang itu;
(i) dipindahkan ke suatu stesen kuarantin d ditahan di sana bagi
pengasingan atau pemerhatian
(ii) diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu tidak dijangkiti
orang lain.”
Di bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 ataupun International Health
Regulation 2005 dengan izin adalah menjadi tanggungjawab negara ahli termasuk Malaysia
untuk melaporkan secepat mungkin segala kejadian yang memberi kesan terhadap kesihatan
awam.
Para penumpang penerbangan yang melakukan perjalanan yang sama dengan kes
positif influenza A H1N1 akan dimaklumkan kepada IHR Focal Point di negara terbabit untuk
mengesan para penumpang ini. Dengan itu semua contact akan dapat dikesan dengan lebih
sempurna.
Sehubungan dengan ini Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah tertentu untuk
mengesan penumpang-penumpang yang mempunyai contact kepada kes positif influenza A
H1N1 dan di antara langkah-langkah yang diambil adalah;
(i) mendapatkan senarai penumpang dan krew kapal terbang yang terbabit
terus daripada syarikat penerbangan terbabit; dan
(ii) mendapatkan senarai penumpang dan krew berdasarkan borang
deklarasi kesihatan ataupun health declaration form dari Pejabat
Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA.
Berdasarkan senarai penumpang yang mengandungi nombor telefon dan alamat tempat
tinggal penginapan yang diperolehi daripada kedua-dua sumber tersebut pihak pejabat kesihatan
daerah akan menghubungi dan mencari penumpang-penumpang tersebut dan perintah-perintah
kuarantin di rumah akan diberikan kepada mereka. Proses ini akan memastikan lebih ramai
contact dapat dikenal pasti dan seterusnya penularan ataupun jangkitan tempatan influenza A
H1N1 dapat dikekang.
Untuk menjawab bahagian B, Pusat Kesiapsiagaan dan respons ataupun Crisis
Preparedness and Respond Centre (CPRC) ditubuhkan dan diletakkan di bawah bahagian
kawalan penyakit yang sememangnya di bawah Kementerian Kesihatan yang bertujuan antara
lainnya untuk;
(i) menyelaraskan semua aktiviti kesihatan awam, berkaitan dengan
kesiapsiagaan, tindakan cepat dan pemulihan sebelum, semasa dan
selepas berlakunya krisis ataupun bencana;
(ii) mewujudkan koordinasi dan kolaborasi, mengekalkan jaringan
komunikasi dengan organisasi serta institusi lain sama ada di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa semasa krisis dan juga bencana berlaku;
(iii) merancang dan memastikan kewujudan sumber sama ada tenaga
manusia, latihan anggota, peralatan, peruntukan, simpanan ubat-ubatan
serta vaksin serta lain-lain keperluan yang penting;
(iv) mewujudkan dan mengekalkan pusat maklumat ataupun information
centre dan database berkaitan dengan krisis dan bencana yang
berhubung kait dengan kesihatan awam;
(v) menyediakan dan juga menyebarkan maklumat berkaitan dengan
pengurusan krisis kepada pihak atasan KKM dan lain-lain state holder
untuk tindakan cepat;
(vi) mewujudkan polisi, garis panduan serta SOP berkaitan dengan
Kesiapsiagaan tindakan cepat dan tindakan yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak semasa krisis dan juga bencana;
(vii) mewujudkan program latihan secara berterusan bagi meningkatkan
kemahiran ataupun skill dan pengetahuan anggota dalam menghadapi
krisis serta bencana;
(viii) menjalankan risk assessment dan analisa situasi anggota dalam
menghadapi krisis serta bencana;
(ix) menjalankan risk assessment dan analisa situasi ke atas krisis dan juga
bencana yang berlaku bagi merancang aktiviti pencegahan, kawalan dan
rawatan serta pemulihan selanjutnya; dan
(x) menjalankan latihan stimulus dan drill bagi menghadapi dan menangani
krisis serta bencana.
Oleh itu Yang Berhormat, tiada sebarang pertindihan skop kuasa pusat ini dengan
Kementerian Kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya Yang
Berhormat Lembah Pantai, ada soalan lagi? Itu dissertation daripada crisis management sudah
keluar.
Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh
tanya? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya hargai semua
tindakan, langkah-langkah yang diambil dan penjelasan tersebut.
Saya terus pada isu penyaluran maklumat. Saya agak resah kerana pagi semalam
semasa saya pergi ke laman web kementerian diumumkan bahawa Malaysia sudah bebas
daripada wabak Influenza A H1N1. Mengajak ramai pelancong datang tanpa rasa ragu-ragu.
Akan tetapi hanya beberapa jam selepas itu, kita dikejutkan dengan lima kes baru yang
berjumlah 18 semuanya di Malaysia setakat ini.
Bukan saya mahu gembar gemburkan untuk mewujudkan rasa takut,
tetapi amat penting saya kira kalau kita rakyat terbanyak diberikan
maklumat tepat supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil.
Soalan susulan saya, memandangkan hampir kesemua kes wabak Influenza ini
merupakan kes import, kenapakah begitu cepat kita isytiharkan Malaysia bebas daripada wabak
ini, justeru mengajak pengunjung luar datang beramai-ramai, mereka yang merupakan
berpotensi menghadapi penyakit ini? Adakah kementerian merancang langkah lebih serius untuk
mengembalikan kredibiliti dalam penyaluran maklumat kepada masyarakat umum? Terima
kasih.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Ahli Yang Berhormat
Lembah Pantai. Sebenarnya, kementerian sentiasa mengambil langkah-langkah positif dan
cepat di dalam menangani kes Influenza H1N1 ini.
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya setiap hari kita menyediakan
siaran akhbar khususnya daripada Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan setiap tindakan
yang sedang dan akan diambil oleh kementerian berikutan dengan situasi semasa dan
memberi juga khidmat nasihat kepada public ataupun
umum mengenai keadaan atau pun langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi H1N1.
Sebenarnya Ahli Yang Berhormat, memandangkan wabak penyakit di Malaysia setakat
ini yang melibatkan H1N1 belum melaporkan kes tempatan, pihak WHO tidak menyarankan
sebarang tindakan dari segi perjalanan, ekonomi ataupun penutupan sempadan. Untuk
pengetahuan Ahli Yang Berhormat juga, pihak Kementerian Kesihatan akan melaksanakan
tindakan social distancing untuk membanteras penularan penyakit sekiranya terdapat penularan
penyakit secara tempatan dalam scale yang besar.
Namun ini belum berlaku dan diharapkan
sebenarnya selepas ini juga pihak kementerian akan melaksanakan beberapa langkah yang
memastikan bahawa penularan penyakit H1N1 ini tidak berlaku secara tempatan.
Jadi, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat juga, di negara kita, kita mempunyai
sebanyak 28 hospital yang mempunyai kemudahan sebanyak 168 buah katil, mempunyai
facilities untuk merawat kes Influenza ini. Jadi, secara dasarnya, di pihak kementerian ataupun
kerajaan sendiri kita sebenarnya mempunyai langkah-langkah yang cukup positif dan insya-Allah
kita tidak mencapai tahap di mana kita memerlukan, mengamalkan social distancing. Terima
kasih Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, sudah habis Yang Berhormat. Sebelah sini. Saya hendak bagi women and fair lah
pagi ini. Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, sebagai tambahan di sini ialah mengenai prosedur untuk mengisi borang deklarasi
kesihatan. Apabila kita pergi ke lapangan terbang, ada kalanya kita diminta untuk mengisi
borang deklarasi kesihatan sebelum kita berangkat.
Akan tetapi, ada juga kalanya kita mengisi borang deklarasi kesihatan setelah kita tiba di
airport dan tidak ada konsistensi dalam prosedur untuk membenarkan untuk mengisi borang ini.
Apabila kita tiba di airport, diminta untuk mengisi borang, nampaknya kelam kabut sedikit sebab
kita tidak bersedia mengisi borang pada masa itu. Tidak dapatkah kementerian menyelaraskan
supaya sebelum kita berangkat, kalau boleh masuk dalam kapal terbang, kita diberikan borang
untuk mengisikannya. Apabila kita tiba, kita menyerahkan borang tersebut. Sekian, terima kasih.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Selalunya, pihak kementerian akan meminta penumpang-penumpang kapal terbang di pusatpusat
utama atau bandar-bandar utama seperti Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur untuk
mengisi borang deklarasi. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat apabila Yang Berhormat
diminta untuk mengisi borang selepas turun daripada kapal terbang itu hanyalah di atas points di
daerah-daerah yang kecil.
Namun, insya-Allah kita akan ambil maklum cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh
Ahli Yang Berhormat dan kita akan bincangkan secara terperinci. Insya-Allah, kita akan
mengambil langkah supaya ianya lebih memudahkan penumpang-penumpang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sepatutnya
Yang Berhormat, borang-borang ini diberi dengan syarikat kapal terbang Yang Berhormat.
Dalam kapal terbang itu boleh diisi dan diserah apabila sampai. Ini kerana saya ada
berpengalaman. Saya disuruh isi borang, isteri saya tidak isi borang Yang Berhormat. Selepas
itu, dia tanya dengan saya kenapa saya yang isi, isteri saya tidak isi? Datang daripada tempat
yang sama. Terima kasih Yang Berhormat.

  • Recent Posts

  • Categories