{"id":1081,"date":"2009-05-26T00:03:17","date_gmt":"2009-05-26T07:03:17","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=1081"},"modified":"2020-02-18T15:01:48","modified_gmt":"2020-02-18T07:01:48","slug":"soalan-soalan-yb-lembah-pantai-di-parlimen-sesi-jun09-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/soalan-soalan-yb-lembah-pantai-di-parlimen-sesi-jun09-ini\/","title":{"rendered":"Soalan-soalan YB Lembah Pantai di Parlimen sesi Jun&#8217;09 ini"},"content":{"rendered":"<p>Berikut adalah soalan-soalan yang akan saya tanya di Dewan Rakyat pada bulan hadapan:<\/p>\n<p><strong>Puan Nurul Izzah Binti Anwar [LEMBAH PANTAI]<\/strong>\u00a0:<strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong><\/strong><\/p>\n<ol>\n<li>Mohon <strong>Perdana Menteri <\/strong>menyatakan: Jumlah pampasan yang akan dibayar kepada RapidKL dalam pembatalan kontrak yang diberikan terdahulu oleh kerajaan serta perincian kos penyelenggaraan dan keuntungan (atau kerugian) yang dialami syarikat tersebut sepanjang tempoh operasi.<\/li>\n<li>Mohon\u00a0<strong>Perdana Menteri <\/strong>menyatakan bilakah kerajaan bersedia membatalkan sistem permit teksi sedia ada yang memberi ruang untuk rasuah berlaku dan membebankan rakyat terbanyak.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Pengangkutan<\/strong> menyatakan jumlah EMU yang dimiliki oleh KTMB berbanding dengan jumlah EMU yang boleh digunapakai sehari dari 1 Januari 2009 hingga 1 May 2009 serta perincian RM 10 juta yang akan dibelanjakan KTMB untuk memastikan rangkaiannya lebih mesra OKU, termasuk syarikat-syarikat yang dipilih untuk projek ini.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri<\/strong>\u00a0menyatakan persediaan dalam pemeteraian perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat dalam bidang:\n<ol>\n<li>Harta intelek: untuk memastikan tiada paksaan penerimaan akta dari AS yang mengakibatkan bayaran royalti berlebihan.<\/li>\n<li>Perubatan: supaya subsidi perubatan yang sedia ada tidak terkesan dengan monopoli besar AS.<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Kesihatan <\/strong>menyatakan apakah prosedur serta langkah-langkah yang diambil Pusat Krisis dan Pengawalan Wabak Malaysia (CPRC) dalam mengekang penyebaran wabak selsema A (H1N1) memandangkan penumpang-penumpang MH 091 dan AK 5358 tidak diwajibkan melapor diri untuk dikuarantin serta apakah skop kuasa CPRC dan adakah ianya bertindih dengan kuasa pihak Kementerian.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Perdana Menteri <\/strong>menyatakan apakah kewajaran Jabatan Perangkaan Malaysia (Malaysia Statistics Department) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengapa Kerajaan tidak meletakkan Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah bidang kuasa Parlimen atau Suruhanjaya bebas untuk memastikan badan ini bebas dari pengaruh pihak-pihak tertentu.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Perdana Menteri <\/strong>menyatakan apakah rasional meletakkan hakim-hakim Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di bawah kuasa Pejabat Peguam Negara (AG\u2019s Chambers) serta mengapa Kerajaan tidak meletakkan hakim-hakim Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di bawah Yang Di-Pertuan Agong sejajar dengan pelaksanaan doktrin pengasingan kuasa yang lebih berkesan.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Pengangkutan <\/strong>menyatakan apakah status serta maklumat lanjut tentang mereka yang terlibat dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta bagaimana Suruhanjaya ini akan berfungsi secara berkesan, memandangkan terdapat 13 agensi serta 8 Kementerian yang mengawal operasi pengangkutan awam negara.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Perdana Menteri <\/strong>menyatakan bagaimana kerajaan menjaga kepentingan rakyat terbanyak dengan memastikan kualiti perkhidmatan di hospital awam tidak terkesan dengan bertambahnya jumlah hospital swasta terutamanya yang dimiliki juga oleh kerajaan menerusi milikan saham seperti KPJ dan Sime Darby.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Perdana Menteri <\/strong>menyatakan berapakah jumlah pelaburan Petronas dan MISC di Myanmar serta adakah Kerajaan akan mengarahkan Petronas untuk menarik pelaburan di Myanmar sekiranya pihak junta terus mencabul hak asasi rakyat Myanmar dan menolak semua saranan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ASEAN.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Pengajian Tinggi <\/strong>menyatakan semua usahasama yang wujud di antara universiti-universiti awam atau institusi-institusi pengajian tinggi awam dengan syarikat-syarikat multinasional dalam merangka kursus-kursus yang menepati keperluan industri negara.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Kesihatan<\/strong> menyatakan jumlah hospital kerajaan di seluruh negara yang mengalami kekurangan doktor dibandingkan dengan nisbah 1:600 (WHO) serta sila nyatakan senarai ini mengikut nama hospital dan jabatan berkenaanm serta sebutkan secara terperinci insentif-insentif yang diberikan untuk menyelesaikan kekurangan ini.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Wilayah Persekutuan<\/strong> menyatakan senarai flat-flat yang akan dinaiktaraf di seluruh Kuala Lumpur, kos pengubahsuaian dan kriteria pilihan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri dalam lawatan beliau ke Vista Angkasa pada bulan April 2009, serta senaraikan nama-nama syarikat yang dipilih untuk melakukan kerja penaiktarafan serta justifikasi pilihan.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Pelajaran <\/strong>menyatakan adakah kajian terperinci dibuat berkenaan keperluan, buruk dan baik, kos serta matlamat sebelum penubuhan Institut Pendidikan Guru Sukan serta apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang diambil Kementerian bagi menjayakan institusi ini agar mencapai matlamat yang digariskan.<\/li>\n<li>Mohon <strong>Menteri Pengangkutan<\/strong> menyatakan bilangan penumpang tren transit aliran ringan (LRT) sehari dan adakah ianya bertepatan dengan kadar yang diterimapakai di peringkat antarabangsa serta rancangan Kementerian dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dalam memastikan tren transit aliran ringan (LRT) dapat menampung keperluan dan keselamatan penumpang.<\/li>\n<\/ol>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1082\" title=\"parliament-img7580\" src=\"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-content\/uploads\/2009\/05\/parliament-img7580-300x225.jpg\" alt=\"parliament-img7580\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-content\/uploads\/2009\/05\/parliament-img7580-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-content\/uploads\/2009\/05\/parliament-img7580-600x450.jpg 600w, https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-content\/uploads\/2009\/05\/parliament-img7580.jpg 640w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mohon Perdana Menteri menyatakan apakah rasional meletakkan hakim-hakim Mahkamah Majistret dan Sesyen di bawah kuasa Pejabat Peguam Negara (AG\u2019s Chambers) dan bukannya di bawah Yang Di-Pertuan Agong sejajar dengan pelaksanaan doktrin pengasingan kuasa yang lebih berkesan.<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[50,20],"tags":[104,147],"class_list":{"0":"post-1081","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-issues-rakyat","7":"category-parliament","8":"tag-nurul-izzah","9":"tag-parlimen-malaysia"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1081","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1081"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1081\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10485,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1081\/revisions\/10485"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1081"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1081"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1081"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}