{"id":11405,"date":"2022-03-22T18:04:39","date_gmt":"2022-03-22T10:04:39","guid":{"rendered":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=11405"},"modified":"2022-03-22T18:04:39","modified_gmt":"2022-03-22T10:04:39","slug":"kementerian-wanita-wajib-lindungi-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/kementerian-wanita-wajib-lindungi-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"KEMENTERIAN WANITA WAJIB LINDUNGI KANAK-KANAK"},"content":{"rendered":"<p>TANGANI PERKAHWINAN BAWAH UMUR DENGAN LANGKAH KONKRIT REFORMASI PERUNDANGAN SEBAGAIMANA DIRANCANG DUA PENTADBIRAN TERDAHULU<\/p>\n<p>22 Mac 2022 | Selasa<\/p>\n<p>Pendirian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur dan hanya \u2018mengurus\u2019 isu tersebut melalui pendidikan, advokasi, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosioekonomi dalam masyarakat adalah bertentangan dengan usaha serta langkah yang telah diambil oleh mantan Menteri Wanita dan pentadbiran dua kerajaan terdahulu.<\/p>\n<p>Tambahan pula, Pelan Strategik Kebangsaan yang dimulakan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan gandingan kepada tindakan konkrit pindaan undang-undang bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur. Pelan tersebut mengandungi program tindakan membabitkan 61 agensi peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri.<\/p>\n<p>Blueprint strategik yang telah diwujudkan meliputi undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum syarak, perkahwinan dan adat negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa negeri dalam jadual Kesembilan, Bahagian Dua &#8211; Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan menerusi draf pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) yang bertujuan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.<\/p>\n<p>Pendirian Menteri Datuk Seri Rina Harun menggagalkan usaha sebelumnya &#8211; lebih lebih lagi di kala pandemik yang memangsakan lebih ramai anak gadis daripada keluarga kurang berkemampuan yang paling berisiko terjerumus dalam perkahwinan kanak-kanak. Statistik 2020 telah menunjukkan seramai 445 pelajar sekolah dikesan tidak menamatkan sesi persekolahan untuk berkahwin, melibatkan 411 pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki.<\/p>\n<p>Sewajibnya Menteri meneruskan usaha sebelumnya dan berunding dengan tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan iaitu Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan. Negeri Selangor telah bertindak meminda enakmen mereka manakala lima negeri lain telah menyatakan persetujuan untuk meminda perundangan &#8211; termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.<\/p>\n<p>Kami gesa Menteri Wanita agar kembali kepada langkah konkrit seiring dengan tanggungjawab serta amanah untuk melindungi wanita, kanak-kanak dan masyarakat rentan. Usaha melindungi dan membendung eksploitasi kanak-kanak perlu dimulakan dengan reformasi perundangan yang sudah pun bermula di dua negeri &#8211; dengan kesediaan lima negeri lagi. Jangan berdolak dalih dan menggagalkan usaha lampau.<\/p>\n<p>YB NURUL IZZAH ANWAR<br \/>\nAhli Parlimen Permatang Pauh<\/p>\n<p>YB DATO&#8217; SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL<br \/>\nAhli Parlimen Pandan<\/p>\n<p>YB FUZIAH SALLEH<br \/>\nAhli Parlimen Kuantan<\/p>\n<p>YB MARIA CHIN ABDULLAH<br \/>\nAhli Parlimen Petaling Jaya<\/p>\n<p>YB NATRAH ISMAIL<br \/>\nAhli Parlimen Sekijang<\/p>\n<p>YB NOR AZRINA SURIP @ NURIN AINA<br \/>\nAhli Parlimen Merbok<\/p>\n<p>YB RUSNAH ALUAI<br \/>\nAhli Parlimen Tangga Batu<\/p>\n<p>YB JUNE LEOW HSIAO HUI<br \/>\nAhli Parlimen Hulu Selangor<\/p>\n<p>YB SENATOR FADHLINA SIDEK<br \/>\nAhli Dewan Negara<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANGANI PERKAHWINAN BAWAH UMUR DENGAN LANGKAH KONKRIT REFORMASI PERUNDANGAN SEBAGAIMANA DIRANCANG DUA PENTADBIRAN TERDAHULU 22 Mac 2022 | Selasa Pendirian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":37,"featured_media":11406,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2020],"tags":[],"class_list":{"0":"post-11405","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-kenyataan-media-agenda-reformasi"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11405","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/37"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11405"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11405\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11408,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11405\/revisions\/11408"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11406"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11405"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11405"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11405"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}