{"id":1269,"date":"2009-11-09T23:30:04","date_gmt":"2009-11-10T06:30:04","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=1269"},"modified":"2020-02-18T15:00:30","modified_gmt":"2020-02-18T07:00:30","slug":"ucapan-perbahasan-belanjawan-2010-yb-nurul-izzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/ucapan-perbahasan-belanjawan-2010-yb-nurul-izzah\/","title":{"rendered":"Ucapan Perbahasan Belanjawan 2010 YB Nurul Izzah"},"content":{"rendered":"<p>Ucapan Perbahasan Belanjawan YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada 3 November 2009<\/p>\n<p>Tuan Yang di Pertua<br \/>\nPendahuluan<br \/>\nBagi mana-mana Menteri Kewangan, Bidang Pengukuran Prestasinya, atau Key Performance Indicator, dengan izin, adalah kejayaannya membentangkan satu belanjawan yang mampu menjana ekonomi negara. Justeru tidak hairanlah belanjawan sulung Menteri Kewangan selaku Perdana Menteri yang baru, begitu dinanti-nanti.<br \/>\nMalangnya, belanjawan sulung Perdana Menteri yang kononnya berasaskan satu model ekonomi baru ternyata menyimpang dan mengecewakan.<br \/>\nKalau tidak masakan akhbar The Edge Financial Daily bertarikh 26 Oktober 2009 telah dengan terang mengkritik  bahawa- \u201cBajet ini punyai defisit berterusan dan kesan penggandaan (multiplier effect) yang hambar ke atas perolehan keuntungan korporat. Tiada langkah radikal oleh kerajaan yang boleh menghasilkan kewujudan sebarang model ekonomi baru dalam masa pendek mahupun panjang. Bajet ini juga tidak menunjukkan bagaimana mahu mewujudkan sebuah masyarakat berpendapatan tinggi \u201c(terjemahan).<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nHalatuju dan Kelangsungan Belanjawan<br \/>\nKekuatan sesuatu belanjawan adalah adanya halatuju jelas dan pelaksanaan mantap serta kelangsungan dasar dan program.<br \/>\nPelaksanaan tentu tempang jikalau kuasa terlalu memusat pada Jabatan Perdana Menteri(JPM), di mana 52 agensi JPM merangkumi hampir kesemua kepentingan ekonomi politik (political economy interest). Implikasinya ialah pemusatan kuasa persekutuan.<br \/>\nKalau dilihat dari proses perancangan pembangunan Malaysia, Menteri sepatutnya mendapatkan mandat daripada Parlimen, tapi apa yang berlaku adalah tugas kita hanyalah selaku \u2018rubber stamp\u2019 kepada belanjawan ini. Justeru Menteri mesti membuktikan sebaliknya \u2013cadangan-cadangan dari ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mesti diambil kira.<\/p>\n<p>Keakraban Institusi-institusi Negara dengan Kerajaan Persekutuan<br \/>\nKritikan utama mengenai institusi-institusi di dalam negara kita adalah keakraban atau hubungan intim institusi-institusi seperti SPR, SUHAKAM dan SPRM dengan kerajaan persekutuan.<br \/>\nKita sepatutnya bergerak ke arah suatu sistem yang boleh memastikan kebebasan badan-badan tersebut, dan ini adalah penting demi memartabatkan dan melindungi sistem demokrasi kita.<br \/>\nLangkah ini lebih kritikal memandangkan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dalam sesi lepas tentang  Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>Tuan Yang di Pertua<br \/>\nInsititusi Polis \u2013 Apakah masalah sebenar?<\/p>\n<p>Saya boleh beri contoh jelas bagaimana institusi polis di negara kita disalahgunakan oleh kerajaan dalam menghasut mereka membenci pembangkang.<\/p>\n<p>Kita semua sedia maklum masalah peningkatan kadar jenayah yang merunsingkan semua pihak dan memberi kesan kepada tahap persaingan kita dengan ekonomi serantau.<\/p>\n<p>Mengenai isu polis \u2013 bukanlah kami hendak bermusuh dengan mereka, tapi kelihatannya, setiap kali ada program melibatkan pembangkang, pasti ada masalah dengan pihak polis. Jadi kami ingin bertanya, apakah masalah sebenar? <\/p>\n<p>Polis bertindak kasar terhadap pembangkang<\/p>\n<p>Contohnya, suatu insiden yang saya sendiri menjadi saksi, berlaku pada malam Sabtu lepas (31 Oktober 2009), di mana saya telah mengadakan program majlis makan malam di Sri Sentosa, kawasan saya, yang rata-rata penduduknya adalah majoriti kaum Cina. Majlis bertujuan untuk mengutip dana bagi memberi bantuan kepada rakyat miskin dan Persatuan Ibu Tunggal Lembah Pantai.<br \/>\n.<br \/>\nPada lebih kurang pukul 9 malam, tiba-tiba pihak polis yang diketuai OCPD dari IPD Brickfield telah menerpa naik ke pentas dan menghalang YB Tian Chua dari meneruskan ucapan dengan merampas mikrofon dari beliau. Polis juga telah merampas beratus-ratus naskah berita kawasan atau \u201cNewsletter\u201d kepunyaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Usaha kami untuk mendapatkan semula barangan tersebut gagal. Saya percaya semua insiden ini bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Lembah Pantai dan penyokong-penyokong serta para pegawai.<br \/>\nProgram makan malam tersebut telah menurut peruntukan undang-undang sedia ada; permit DBKL dan permit polis telah diperolehi. Saya tidak faham mengapa pihak polis bertindak melampaui batas. Tindakan polis telah menimbulkan suasana tegang walaupun para hadirin kekal sopan dan matang. <\/p>\n<p>Oleh kerana itu, saya pohon Yang Berhormat Menteri untuk merubah dasar \u2013pastikan pihak polis bertindak professional \u2013jangan bagi arahan yang anti pembangkang. Tugas utama jaga keselamatan awam, bukan memastikan kami melanggar permit hanya dengan menyebarkan risalah ataupun mengibarkan bendera parti.<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nPemusatan Kuasa oleh Kerajaan Persekutuan<br \/>\nSekarang, dibawa kepada program pengumuman Perdana Menteri bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan akan diperluas untuk membasmi kemiskinan bandar.<br \/>\nSaya setuju dengan kenaikan garis kemiskinan untuk memastikan kita mengambil kira bebanan rakyat bandar yang menunjukkan 56.8% daripada isirumah di negara ini yang berpendapatan seisirumah (household income) tidak melebihi RM3000, yang digelar sebagai miskin baru atau miskin bandar(\u201cnew poor\u201d or \u201curban poor\u201d).<br \/>\nAlhamdulillah, saranan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diambil kira setelah berbuih buih dinyatakan keperluan menaikkan paras garis kemiskinan untuk mengambil kira mereka yang hidup melarat di bandar-bandar.<br \/>\nNamun, persoalannya lagi adalah, kenapa perlu dipusatkan lagi tugas ini?<br \/>\nKita sudah pun ada Skim Bantuan Persekutuan yang telah diseragamkan di bawah semua negeri-negeri bermula Januari 2009, jadi mengapa harus dipusatkan pula pembasmian kemiskinan ini di bawah  Kementerian Wilayah Persekutuan?<br \/>\nSepatutnya kerajaan menekankan prosedur \u2013 hapuskan birokrasi remeh, amalan rasuah, ketirisan, bantuan terpilih terutama atas dasar ideologi politik. Bantuan terpilih ini amat menjolok mata.<br \/>\nSalah guna kuasa Menteri Wilayah<br \/>\nMenteri Wilayah yang terbaru, sebelum menjadi menteri , dalam kapasiti beliau sebagai telah memberitahu saya di hadapan pegawai-pegawai DBKL tidak ada salah bagi UMNO mengedarkan borang perumahan dengan cap dan logo UMNO tertera dengan jelas di kawasan setinggan \u2013di mana tidak ada jaminan pun pada waktu itu DBKL akan berikan perumahan \u2013memandangkan kawasan tersebut tanah persendirian.<br \/>\nMalah beliau telah dengan angkuh membuat pengakuan di hadapan pegawai-pegawai DBKL bahawa adalah amalan biasa bagi mengedarkan permohonan perumahan yang mempunyai logo UMNO.<br \/>\nSaya gesa PM memandang serius dalam hal ini dan pastikan sebarang program bantuan rakyat miskin tidak tidak akan disalahgunakan untuk mendapat sokongan kepartian. Inilah yang saya sebut sebagai pelaksanaan tempang yang merugikan rakyat yang memerlukan.<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nKelangsungan projek-projek yang diluluskan di bawah Belanjawan<br \/>\nBelanjawan bijak amat berkait rapat dengan kesinambungan satu-satu program dan perancangan. Contoh nyata ialah program PPSMI. Sudahlah kita dikejutkan dengan jumlah yang telah dibelanjakan lebih RM3 billion, ianya  gagal pula menggarap potensi anak-anak kita berbahasa Inggeris. Inilah akibat dari pelaksanaan gopoh tanpa kaji selidik yang rapi.<br \/>\nHasilnya satu generasi telah sah dijadikan tikus makmal atau \u2018guinea pigs\u2019, dengan izin, dan ramai ibubapa yang trauma dengan dasar kerajaan yang berubah-ubah mengikut selera pemimpin. Bila pemimpin berubah, tidak kedengaran lagi Bluprint Pendidikan Nasional yang diwawarkan Perdana Menteri terdahulu. Tiada kesinambungan. Yang pasti RM 3 billion hangus begitu saja. Banyak dasar terdahulu dibelakangkan demi menonjolkan imej Perdana Menteri baru. Belanjawan yang banyak pula akan diperuntukkan bagi penjenamaan atau  \u201crebranding\u201d, dengan izin, Perdana Menteri.<br \/>\nIni terbukti apabila Dewan diberitahu bahawa sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan kepada Apco Worldwide khusus untuk membaik pulih imej Perdana Menteri yang semuanya maklum tercalar teruk. Hampir keseluruhan ahli perunding Apco ini adalah perunding Yahudi dari Amerika Syarikat. Bagi menghalalkan kewujudan perunding Yahudi di dalam urusan kerajaan maka Apco telah membuka pejabat perniagaan pertamanya di Malaysia.<br \/>\nPerlu sangatkah wang ini dibelanjakan pada saat getir rakyat bergelut dengan krisis ekonomi yang sedang melanda? RM20 juta bukan sedikit dan banyak yang boleh dilakukan dengan duit sebanyak ini untuk membantu rakyat miskin. Namun demi membaiki imej Perdana Menteri, wang ini  disapu konsultan Yahudi!!<\/p>\n<p>Di mana sekolah-sekolah kluster sekarang?<br \/>\nBerbalik kepada isu kelangsungan: izinkan saya sentuh program sekolah kluster (kumpulan sekolah-sekolah cemerlang) yang menjadi strategi utama Bluprint Pendidikan Nasional yang mana sekolah-sekolah yang mencatat prestasi tinggi akan dijadikan pusat kecemerlangan.<br \/>\nPada 2007, Menteri Pelajaran mensasarkan 300 sekolah kluster diwujudkan dan akan dijadikan anak angkat kepada 20 universiti pilihan. Apakah perkembangannya sekarang?<br \/>\nPeruntukan RM500, 000 setahun diberi kepada sekolah kluster yang mana wang tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk meningkatkan infrastruktur dan mutu pembelajaran.<br \/>\nPersoalannya sekarang, di mana dia 300 sekolah kluster yang telah dikenalpasti dahulu? Atau 30 sekolah elit yang dijadikan perintis sekolah kluster ini? Berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk projek ini? Apakah jaminan kementerian bahawa projek ini tidak akan menerima nasib seperti PPSMI?<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nProjek PERMATA \u2013 bukankah kita sudah ada KEMAS?<br \/>\nKalau adapun projek yang memperlihatkan kelansungan ialah projek Permata yang mula-mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang mana isteri Perdana Menteri sendiri adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutifnya. Bajet kali ini memperuntukkan RM100 juta tambahan kepada RM150 juta bila mula diperkenalkan. Projek2 lain tiba-tiba hilang dari peta Blueprint Pendidikan Nasional..!!<br \/>\nSaya juga melihat penganugerahan projek PERMATA ini seolah-olah menganak-tirikan Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) kepunyaan kerajaan sendiri. Kenapa tidak dipertingkatkan sahaja kurikulum Kemas yang ditubuhkan sejak tahun 1961 semata-mata untuk pembasmian buta huruf. Kemas ada pendidikan pra sekolah tabika \u2013ini wang sejumlah 100 juta dibazirkan lagi \u2013untuk projek penjenamaan isteri Perdana Menteri ?<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nTeknologi Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharu-di mana Inovasi?<br \/>\nBelanjawan Perdana Menteri menegaskan bahawa inovasi merupakan agenda utama negara. Beliau begitu bersemangat bila menjanjikan satu proses transformasi dalam negara dan inovasi menyeluruh untuk lebih sebelas(11) sektor utama,<br \/>\nKita tidak mahu wang yang diperuntukkan kepada kementerian hilang melalui rasuah: Malangnya, kita dimaklum melalui akhbar The Star, \u201cBekas Setiusaha Agung Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan dengan kelulusan geran penyelidikan teknologi di Pulau Pinang berjumlah lebih RM10 juta.\u201d (terjemahan)<br \/>\nOleh itu kerajaan perlu peka kepada aspek pelaksanaan dan pantauan yang berkesan perlu dilakukan bagi memastikan pembaziran tidak berlaku lagi.<br \/>\nSelain daripada pembaziran melalui ketirisan dan disiplin perbelanjaan yang begitu lemah \u2013dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua iaitu Isu kehilangan sekurang-kurangnya 28 billion setahun-banyak lagi contoh yang dapat dilihat ; membuktikan bahawa dengan tiadanya pengurusan cekap dan baik atau  \u2018good governance\u2019, dengan izin, setakat itulah kita akan berhadapan dengan bencana.<br \/>\nMemang kita bertuah kerana Malaysia banyak sumber asli kurniaan Ilahi. Namun menurut laporan ekonomi 2009\/10, rizab minyak mentah negara dianggar akan bertahan selama 22 tahun sahaja lagi berdasarkan pengeluaran semasa.<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nPembaziran khazanah negara yang luarbiasa<br \/>\nSaya difahamkan bahawa berdasarkan pengeluaran semasa, bekalan cukup untuk kegunaan negara. Namun, laporan berita Reuters pada bulan Jun 2009 mendedahkan bahawa Petronas telah mengikat perjanjian untuk menjual 3.03 juta tan gas asli (LNG) setahun ke Shanghai LNG Co. untuk jangkamasa 25 tahun bermula 2009. YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri mengaku bahawa kerajaan rugi berbilion-bilion ringgit dari perlaburan asing disebabkan komitment kita kepada jualan jangka masa panjang, termasuklah kerugian RM6 bilion di Pulau Pinang seperti yang disebut YB Bagan, Ketua Menteri Pulau Pinang.<br \/>\nGas dan petroleum kita adalah sumber yang akan habis lambat laun, \u2018a depleting source\u2019, dengan izin.<br \/>\nBila kita eksport ke luar, ianya berdasarkan harga yang tetap dan tidak berubah dalam jangka masa panjang. Jadi bila harga minyak melonjak naik, kita tidak mendapat keuntungan.<br \/>\nPersoalannya, mengapa kita masih mengikat kontrak selama 25 tahun- sedangkan kita terpaksa mengimpot gas dari Indonesia? Malah 19% dari keperluan domestik gas negara dibeli dari Indonesia? Mengapa kita masih lagi mengekspot gas ke Korea dan Taiwan melalui pelabuhan Bintulu, walhal ada keperluan gas ini disalurkan untuk kegunaan Negara?<\/p>\n<p>Keuntungan hanya diraih pihak-pihak tertentu<br \/>\nKeuntungan ekspot ini diraih oleh golongan tertentu-, lebih dahsyat lagi- pada masa yang sama, Petronas memberi subsidi yang sangat tinggi kepada golongan ini iaitu penjana-penjana bebas (IPPs). Pada tahun 2009, jumlah subsidi yang ditanggung oleh Petronas bernilai RM19.5 bilion, dan 2008, RM19.7 bilion subsidi diberikan, tetapi kita membeli gas di harga pasaran!<br \/>\nMana logiknya?<br \/>\nTambahan lagi, tahukah ahli-ahli parlimen sekalian, sistem PGU(Peninsular Gas Utilization) dengan aliran paip dari Kertih hinggalah ke Johor Bahru adalah suatu pembaziran yang luar biasa oleh kerajaan kerana membelanjakan lebih RM11.5 bilion untuk pembinaan system, tapi kedengaran tiada gas yang disalur! Jadi saya mahu jawapan dari kementerian berdasarkan pasaran sekarang, apakah kehilangan peluang yang ditanggung oleh Petronas dengan ikatan kontrak tersebut?<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nKumpulan Wang Amanah Negara \u2013 simpanan wang yang dikikis oleh kerajaan pusat<br \/>\nTahukah hadirin semua, bahawa sejak PGU disiapkan pada tahun 1998, berapa banyak tabungan yang disimpan untuk generasi masa depan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Negara? Mengikut jawapan yang diberikan dalam Parlimen, pengiraan dalam bulan Disember 2006, terdapat hanya RM3, 785 juta yang tinggal!<br \/>\nLihat Norway, di mana mereka juga mempunyai suatu tabung yang dipanggil Tabung Pencen Kerajaan (government pension fund) yang ditubuhkan pada tahun 1990, setelah kejatuhan harga minyak antarabangsa pada tahun 1986. Sehingga kini, tabung itu sudah menyimpan lebih $350 bilion wang mereka. Wang ini tidak boleh disentuh dan suatu akta dibuat khas untuk melindungi wang tersebut, malah \u2018Statoil\u2019, syarikat petroleum kepunyaan Negara Norway, tidak dibenarkan mempunyai lebih 3% dari sebarang saham mana-mana syarikat supaya tidak mempengaruhi keputusan atau tindak tanduk syarikat berkenaan.<br \/>\nMengapa kita tidak boleh ikut contoh Norway?<br \/>\nKerana itulah laporan terperinci Petronas ini perlu diberikan kepada Parlimen. Kerana kita bercakap tentang khazanah Negara seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petronas. Saya nak ingatkan Perdana Menteri akta ini bukan merangkumi hanya pilihan Perdana Menteri untuk memutuskan siapa yang akan menjadi Pengarah Petronas, tetapi rasional keputusan yang dibuat yang perlu bertumpu kepada keuntungan yang dijana untuk Negara.<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nMonopoli oleh YTL<br \/>\nBerbalik kepada penjana-penjana bebas, IPP.<br \/>\nJadi di mana pendirian kerajaan di dalam hal subsidi kepada IPP?<br \/>\nBerdasarkan PPA(Power Purchase Agreement) bersama YTL yang dianugerahkan pada Oktober 1994, sepatutnya ia berlarutan 21 tahun \u2013ada lima tahun lagi sebelum perjanjian ini tamat. Pada Februari tahun ini, YB Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menyatakan kemungkinan perjanjian ini dikaji semula. Tetapi dalam pertanyaan saya minggu lepas, tiada jawapan pun diberikan.<br \/>\nBilakah kerajaan mahu menamatkan subsidi ini? Saya menunggu keikhlasan keluhan Perdana Menteri sewaktu di bangunan TNB\u2013yang konon nya bercakap tentang masalah IPP \u2013 jadi sekarang tunggu apa lagi \u2013tamatkan kontrak pembaziran sebelum rakyat menyoal PM lagi!<br \/>\nAkta Persaingan \u2013 hanya cakap semata-mata<br \/>\nTidak ada guna bercakap tentang Rang Undang-undang Akta Persaingan bila kerajaan sendiri membuat perjanjian yang merugikan Negara dan hanya menguntungkan segelintir individu.<br \/>\nLangkah pertama, pastikan bila ada ruang, tamatkan perjanjian ini. Bolehkah kerajaan membuktikan bahawa mereka benar-benar membela rakyat dan buat pertama kali dalam sejarah membelakangkan monopoli penjana-penjana bebas, IPP, oleh individu-individu tertentu ini?<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nLagi monopoli YTL<br \/>\nKalau ramai yang menyangka monopoli YTL ini hanya dalam bidang subsidi IPP, anda salah.<br \/>\nSaya ingin bawa perhatian semua di sini, tentang penjanaan tenaga alternatif dan boleh diperbaharu. Dalam \u2018energy mix\u2019, tenaga boleh diperbaharu didahulukan sebelum tenaga nuklear, namun tidak ada usaha serius dari pihak kerajaan untuk menjana \u201cKEUNTUNGAN\u201d daripada tenaga boleh diperbaharu.<br \/>\nKerajaan sudah tentu peka dengan Protokol Kyoto yang menggariskan mekanisma pembangunan bersih atau \u2018Clean Development Mechanism\u2019 (CDM), dengan izin, yang membolehkan negara-negara membangun layak menjual kredit karbon, (Certified Emission Reductions, CER) dalam pasaran komoditi global bila mereka mengurangkan pembuangan sisa bahaya dan pencemaran alam sekitar serta merendahkan \u2018greenhouse gas (GHG) emissions\u2019.<br \/>\nKita merupakan minyak sawit adalah potensi yang sangat besar di Malaysia, dan paradigma kini sudah berubah, daripada pengeluar sisa buangan kepada sebuah sektor yang akan menggunakan sisa tersebut. \tIndustri sawit mempunyai potensi yang meluas dalam banyak bidang dan ianya perlu dimanfaatkan sepenuhnya.  Sisa kilang sawit boleh mendatangkan hasil dalam sistem olahan bersepadu kerana pasaran carbon credit dan tenaga yang diperbaharui.<br \/>\nTetapi dalam belanjawan hanya ada pengstrukturan semula Pusat Tenaga Malaysia kepada Pusat Teknologi Hijau, dan inilah yang saya katakana tadi, lagi-lagi perubahan penjenamaan, serta perancangan pameran kesedaran tentang alam sekitar.<br \/>\nTuan Yang di Pertua<br \/>\nMengapa kerajaan tidak mahu membantu syarikat-syarikat lain?<br \/>\nLaporan oleh Aseam Bankers Malaysia Bhd tahun lepas menyatakan bahawa Pusat Tenaga Malaysia telah membuat anggaran bahawa Malaysia mempunyai kredit karbon mencecah 100 juta tan di antara tahun 2006 dan 2010, yang akan mendatangkan hasil keuntungan RM4.8 bilion untuk negara.<br \/>\nRakyat tentunya akan menyokong bila mereka melihat keuntungan yang dijana bila kita memelihara serta memulihara persekitaran alam sekitar \u2013iaitu melalui penjualan kredit karbon<br \/>\nKita hanya boleh menjual sehingga tahun 2012 bila protokol ini tamat dan dalam belanjawan tetapi tiada apa-apa perancangan untuk menjual kredit karbon. Malah, pada tahun 2007, hanya terdapat 18 syarikat berdaftar untuk menjual beli kredit karbon.<br \/>\nDan saya kembali kepada monopoli syarikat YTL. Pada bulan Mei 2008, YTL Corp. telah membeli \u2018majority stake\u2019 dalam syarikat SV Carbon dengan mengambil nama baru YTL-SV Carbon, yang dijangka akan mengendalikan 1,000 projek dalam jangkamasa 3 tahun untuk perniagaan kredit karbon ini.<br \/>\nBuat pengetahuan semua, SV carbon adalah satu syarikat yang dimulakan oleh seorang dari Denmark, bernama Soeren Varming, seorang teknokrat.  YTL telah membeli majority stake dalam SV carbon kerana melihat potensi ini.  <\/p>\n<p>Tetapi malangnya, pada masa ini, SV carbon tidak berkeupayaan untuk menjana projek tersebut kerana tidak benar-benar memahami aspek kredit karbon ini.<\/p>\n<p>Jadi persoalannya, apakah status insentif yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang terlibat dengan CDM?<\/p>\n<p>Tuan Yang di Pertua<br \/>\nKerajaan janganlah kasihkan syarikat-syarikat besar sahaja <\/p>\n<p>Syor saya adalah supaya kerajaan memberi insentif untuk syarikat-syarikat yang sudah sedia ada untuk memantapkan pengetahuan serta membantu mereka, kerana mereka terpaksa dikenakan peraturan dan \u2018evaluation\u2019 yang ketat di bawah CDM sebelum dapat memasuki pasaran kredit karbon ini. Sudahlah PPA \u2018Power Purchase Agreement\u2019 memesongkan pasaran tenaga, justeru memberi kesukaran kepada syarikat-syarikat tenaga boleh diperbaharu sedia ada daripada membangunkan industri ini, ini, syarikat-syarikat yang sudah sedia ada pun tidak dibantu, malah membuat perkara yang serupa dengan berkomplot dengan syarikat besar sahaja.<\/p>\n<p>Tahukah semua bahawa pakar industri memberitahu bahawa Malaysia mempunyai rekod yang rendah dalam pemasaran projek CDM ini kerana sistem yang digunapakai di Malaysia tidak pro aktif dan lemah tanpa sasaran kelulusan yang tertentu.  Jawatankuasa tidak mempunyai jadual bersidang dan banyak projek tidak sempat di bincangkan atas kesuntukan masa.<br \/>\nBuat masa ini, China yang jauh ke depan dengan 47% dari kesemua projek CDM sudah didaftarkan, diikuti oleh India (35%), manakala Malaysia hanya 4%.<br \/>\nKesedaran rakyat akan datang apabila mereka sendiri merasainya<br \/>\nCuba bayangkan sekiranya syarikat-syarikat ini boleh beroperasi di kawasan pedalaman dan kampung-kampung, betapa ramai rakyat yang akan beroleh keuntungan? Ini yang akan membawa kesedaran kepada orang awam, yakni apabila mereka sendiri merasakan faedah dan hasil keuntungan yang datang dari teknologi hijau.<br \/>\nTidak perlulah kerajaan membelanjakan sehingga 20 juta ringgit untuk mempromosikan teknologi hijau melalui pameran antarabangsa pada April 2010 hanya untuk menarik syarikat dunia. Rakyat yang taraf hidup mereka berubah dan bebas kemiskinan akan dengan sendiri menghargai budaya hidup mesra alam. <\/p>\n<p>Tuan Yang di Pertua<br \/>\nMeraih keuntungan dengan terlalu mudah <\/p>\n<p>Masalah dasar, sekali lagi berbalik kepada keuntungan. Seperti mana yang saya sebut pada hari Khamis, 23 Oktober 2009, para pengeluar tenaga tidak akan beralih atau mengambil insentif lain mengambil serius tenaga alternatif dan tenaga hijau apabila keuntungan diraih dengan begitu mudah, menggunakan tenaga arang batu dan gas.<\/p>\n<p>Jika kerajaan tidak menukar dasar pemberian subsidi minyak dab gas, maka tidak akan ada pasaran domestik bagi syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau. Di sini, sekiranya kerajaan serius, garis dasar yang jelas mesti dibuat. <\/p>\n<p>YTL lagi?<\/p>\n<p>YTL &#8211; SV carbon bukanlah syarikat ulung dalam industri karbon kredit dan tidak berhak kepada sebarang monopoli pasaran dalam negara.  <\/p>\n<p>Saya berharap, tindakan yang keras juga diambil terhadap 3 daripada 4 syarikat penerima lesen WIMAX yang gagal memberikan perkhidmatan. Yang jelas, YTL juga terlibat kerana gagal melaksanakan \u2018roll out\u2019 akhir Mac tahun ini. <\/p>\n<p>DIsaman 1.9 juta ringgit, itupun masih lagi tak mahu bayar, malah mahu merayu keputusan!  Berbilion billion ringgit dah untung, dah buat salah masih tidak mahu mengaku. <\/p>\n<p>Tuan Yang di Pertua<br \/>\nKesimpulan<\/p>\n<p>Justeru, saya berharap kerajaan mengambil serius isu-isu yang telah dibangkitkan. Model ekonomi baru yang diwarwarkan perlu mengambil kira reformasi struktur yang sudah sedia ada. <\/p>\n<p>Belanjawan yang hanya bercakap tentang inovasi tetapi masalah pokok, iaitu rintangan yang dihadapi oleh syarikat syarikat berskala kecil dan sederhana dengan kewujudan \u2018power purchase agreement\u2019 tidak diselesaikan.<\/p>\n<p>Belanjawan ini hambar, hanya kaya dengan retorik dan penjenamaan. Tiba masanya kerajaan ambil langkah yang serius, terimalah cadangan dari ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat , demi memanfaatkan rakyat terbanyak \u2013nak guna label 1 malaysia pun silakan, yang penting dasar untuk rakyat bukan selaku alat politik mana-mana pimpinan.<\/p>\n<p>Harus diingat, rakyat Malaysia telah menjalani proses pematangan politik. Rakyat mahukan Belanjawan yang mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat marhaen demi masa depan generasi akan datang. Gagalnya Menteri Kewangan membentangkan satu  Belanjawan yang mampu memberi nafas baru kepada rakyat adalah akibat dari kegagalan  Menteri menilai kemampuan dan tahap sebenar pencapaian kita. Dalam erti kata lain, gagal menilai dan muhasabah. Justeru, slogan Pencapaian diutamakan, Rakyat Didahulukan akan hanya menjadi bahan jenaka pihak kawan mahupun lawan.. !!<\/p>\n<p>Sekian. Saya tidak menyokong belanjawan yang dibentangkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ucapan Perbahasan Belanjawan YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada 3 November 2009 Tuan Yang di Pertua Pendahuluan Bagi mana-mana Menteri Kewangan,&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109,48,20,44,23,10,17],"tags":[],"class_list":{"0":"post-1269","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"category-lembahpantai","8":"category-parliament","9":"category-police","10":"category-politik","11":"category-sosio-ekonomi","12":"category-undang-undang"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1269","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1269"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1270,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1269\/revisions\/1270"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}