{"id":1347,"date":"2010-03-03T19:19:25","date_gmt":"2010-03-04T02:19:25","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=1347"},"modified":"2020-02-18T14:59:55","modified_gmt":"2020-02-18T06:59:55","slug":"ikrar-setia-kami-kepada-keadilan-yb-nurul-izzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/ikrar-setia-kami-kepada-keadilan-yb-nurul-izzah\/","title":{"rendered":"Ikrar Setia Kami kepada Keadilan &#8211; YB Nurul Izzah"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\"><strong>Ikrar Setia Kami kepada Keadilan<\/strong><\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\"><strong>3 Mac 2010<\/strong><\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Pada 8 Mac 2008, kami dipilih warga Malaysia di kawasan kami yang mengundi untuk sebuah harapan dan perubahan menggantikan kejumudan. Rakyat mahukan politik baru yang menolak desakan perkauman, rasuah dan salah guna kuasa. Objektif yang kami terus usahakan apabila mewakili Parti Keadilan Rakyat ialah untuk membentuk \u201cmasyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu\u201d.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Namun, ada mereka yang berfikir bahawa dengan kemenangan, perjuangan ini sudah tidak perlu diteruskan. Mereka berhenti berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yang sepatutnya dan mahu menjadikannya sebagai \u201cmasa mengaut hasil rampasan perang\u201d. Apabila ini tidak dapat dilakukan, mereka menuntut \u2018pampasan\u2019 dari parti, membuat tuntutan di luar kewajaran demi kepentingan diri mereka sendiri.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Apabila dinafikan, mereka bertindak seakan mengugut dan kini meninggalkan parti. Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas sedangkan semua melihat mereka sedang bergantung dengan corak rasuah dan pendekatan kuno masa lalu. Ada yang mahu insiden ini dilihat sebagai perpecahan dalam Pakatan Rakyat, namun ia sebenarnya satu lagi usaha berterusan mereka yang mahu terus berkuasa.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Barisan Nasional menyedari bahawa cara politik usang yang mereka bawa kian tiba ke penghujung. Untuk melengahkan hakikat ini, mereka menggunakan strategi serampang dua mata. Pada satu sudut, mereka cuba menggambarkan bahawa mereka sedang menjuarai perubahan yang kami canangkan. Pada sudut lain, mereka merosakkan kepercayaan rakyat dan memanipulasi jentera kerajaan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, serangan perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dan tindakan memperlekehkan Tuan Guru Dato\u2019 Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin utama PAS di Kelantan dan Malaysia adalah sebahagian contoh jijik yang ada.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Dengan memilih untuk mendokong tindakan jahat ini, mantan pimpinan Keadilan yang bertindak keluar parti ini telah memilih untuk terus memandang ke belakang. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih untuk perubahan dua tahun lalu. Tindakan mereka membuktikan bahawa mereka tidak peduli malah sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Mungkin ada yang percaya bahawa ada lagi yang akan mengikuti mereka, tapi kami pimpinan muda dalam Pakatan Rakyat, yang dipilih oleh rakyat, berikrar bahawa kami akan kekal berjuang biarpun berdepan dengan cabaran, pujukan dan penindasan yang ada. Kami tidak akan berpatah balik. Kami mahukan perubahan untuk Malaysia, kami mahu berkhidmat kepada rakyat. Kami akan memenuhi kepercayaan yang diberikan rakyat. Kami tahu bahawa agenda Keadilan yang inklusif dan tidak bersifat perkauman adalah ruang terbaik untuk kami meneruskan agenda membawa negara ke hadapan. Selama ini semua anggota parti mempunyai ruang memberi pandangan terhadap agenda yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat, yang telah disepakati dengan semangat musyawarah.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Pakatan Rakyat telah mencipta sejarah dengan Kerangka Dasar Bersama yang memaparkan persetujuan tulen rakyat Malaysia untuk abad ke-21. Kami akan turun bersama rakyat untuk berbincang dan bertukar fikiran dengan seluruh masyarakat bagi merealisasikan prinsip ini. Berikan kami dokongan juga nasihat dan pandangan. Kami mahu belajar daripada anda, dan bersama anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Dengan cara ini, kami berharap dapat menggembeling rakyat yang perihatin untuk menghidupkan semula Perlembagaan dan semangatnya, menyatukan rakyat dan merealisasikan impian yang disebut oleh Bapa Kemerdekaan kita dalam Pemahsyuran Kemerdekaan \u201c\u2026menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa\u201d.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Ini adalah impian mereka dan kini kami. Ini adalah impian bersama kita rakyat Malaysia. Kami akan mempertahankan dan menghidupkannya dengan seluruh jiwa dan maruah yang ada.\u00a0<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Kami telah berikrar menyumbang usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara ini, dan kami akan menunaikannya.<\/span>\u00a0<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">Disepakati oleh<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Amran Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB S. Manikumar (Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN Bukit Selambau, Kedah)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves, Selangor)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang, Selangor)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau, Perak)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai, Perak)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Kesavan (ADUN Hutan Melintang, Perak)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Century Gothic; font-size: small;\">YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia, Selangor)<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Ikrar Setia Kami kepada Keadilan\u00a0 3 Mac 2010\u00a0 Pada 8 Mac 2008, kami dipilih warga Malaysia di kawasan kami yang mengundi untuk sebuah harapan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[65,60,77,62,83,136,55,38,104,53,61,1860,123],"class_list":{"0":"post-1347","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-anwar-ibrahim","8":"tag-dap","9":"tag-democracy","10":"tag-dsai","11":"tag-election-commission","12":"tag-keadilan","13":"tag-lembah-pantai","14":"tag-malaysia","15":"tag-nurul-izzah","16":"tag-pakatan-rakyat","17":"tag-pkr","18":"tag-politics","19":"tag-selangor"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1347","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1347"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1347\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1348,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1347\/revisions\/1348"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1347"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1347"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1347"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}