{"id":1755,"date":"2010-06-03T10:11:05","date_gmt":"2010-06-03T02:11:05","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=1755"},"modified":"2021-02-05T23:15:07","modified_gmt":"2021-02-05T15:15:07","slug":"kementerian-kewangan-perlu-bertanggungjawab-atas-kematian-pegawai-ptd","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/kementerian-kewangan-perlu-bertanggungjawab-atas-kematian-pegawai-ptd\/","title":{"rendered":"Kementerian Kewangan Perlu Bertanggungjawab Atas Kematian Pegawai PTD"},"content":{"rendered":"<h2><span style=\"font-weight: normal; font-size: 13.2px;\"> Suara-Keadilan<\/span><\/h2>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/suara-keadilan.com\/system_files\/lib\/imgresize?src=system_files\/templates\/default\/pic\/publications\/thumb\/20100603021549_pic-nurul.JPG&amp;h=120&amp;w=160&amp;zc=1\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Oleh Faizal Ezzany<\/p>\n<p>KUALA LUMPUR 3 Jun &#8211; Ahli Parlimen Lembah Pantai,\u00a0Nurul Izzah Anwar kesal dengan tindakan Kementerian\u00a0Kewangan yang tidak mahu bertanggungjawab atas\u00a0kematian Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Nor\u00a0Hashimah Wahid selepas menjalani kursus ala komando\u00a0di Jugra Kuala Langat.<\/p>\n<p>Beliau yang ditemui sewaktu melawat keluarga Nor Hashimah\u00a0Selasa lalu di Keramat, menjelaskan arwah bekerja di\u00a0bawah Kementerian Kewangan dan sepatut Menteri\u00a0terbabit perlu memikul tanggungjawab atas insiden\u00a0ini bukan hanya mendiamkan diri.<\/p>\n<p>&#8220;Saya melihat perkara ini berlaku kerana tidak ada\u00a0sikap tanggungjawab dari pihak yang mengendalikan\u00a0latihan tersebut, memang kita akui setiap kursus\u00a0atau latihan mesti timbul masalah tetapi yang\u00a0penting pihak yang telah diberikan amanah untuk\u00a0mengendalikan sesuatu latihan atau kursus perlu ada\u00a0sikap bertanggungjawab.<\/p>\n<p>&#8220;Bila sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas\u00a0peserta latihan, pihak terbabit perlu memaklumkan\u00a0kepada keluarga dan yang penting sekali tempat\u00a0latihan tersebut mesti ada panel doktor yang boleh\u00a0memberi rawatan awal kepada peserta sebelum dihantar\u00a0ke hospital.<\/p>\n<p>&#8220;Standard itulah yang diterima pakai oleh setiap\u00a0prosedur latihan bila dianjurkan sesuatu latihan,\u00a0kita bukannya menolak segala-galanya yang dilakukan\u00a0oleh kerajaan tetapi dalam hal ini jelas wujud\u00a0kepincangan yang tidak boleh dibiarkan lagi.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu juga arwah bekerja di bawah Kementerian\u00a0Kewangan, kenapa menteri terbabit tidak mengambil\u00a0serius perkara yang berlaku ke atas kakitangannya.\u00a0Sekarang kita lihat sikap diam diri dari kementerian\u00a0terbabit seolah-olah cubaan untuk menutup kes,\u00a0cubaan untuk meletakkan kesalahan ke atas arwah dan\u00a0juga untuk tidak menyalahkan agensi mereka,&#8221;\u00a0jelas Nurul Izzah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/suara-keadilan.com\/news-section?t=2957\"><!--more--><br \/>\n<\/a><\/p>\n<p>Beliau juga memberitahu persoalan yang jelas timbul\u00a0sekarang ini siapakan yang telah mengendalikan\u00a0latihan tersebut jika pihak Tentera Udara DiRaja\u00a0Malaysia menafikan latihan tersebut disediakan oleh\u00a0mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tahu kebanyakkan latihan yang dianjurkan oleh\u00a0kerajaan akan dikendalikan oleh syarikat yang\u00a0dilantik, persoalan yang perlu dijelaskan adakah\u00a0syarikat terbabit mempunyai kelayakkan untuk\u00a0mengendalikan latihan yang berkonsepkan ala komando\u00a0itu.<\/p>\n<p>&#8220;Siapa yang telah memberi kontrak, apakah kriteria\u00a0pemilihan untuk syarikat mengadakan latihan, itu\u00a0yang penting. Jangan hanya mementingkan kroni\u00a0sehinggakan soal prosedur latihan diketepikan begitu\u00a0saja.<\/p>\n<p>&#8220;Pakatan Rakyat akan membincangkan perkara tersebut\u00a0dan usul ini akan dibawa ke sidang parlimen yang\u00a0akan datang bagi mendapat penjelasan dari pihak\u00a0kerajaan terhadap kecuaian mereka. Kita mahu\u00a0kerajaan bertanggungjawab bukannya lepas tangan\u00a0begitu saja,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p>Kematian seorang pelatih Pegawai Tadbir dan\u00a0Diplomatik (PTD), Nor Hashimah Wahid, 30, ketika\u00a0mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di\u00a0Kem Latihan Jugra, Banting kelmarin merupakan\u00a0pertama kali berlaku sejak kursus itu diwujudkan\u00a0pada 1997.<\/p>\n<p>Disebabkan kecuaian pihak terbabit untuk mengambil\u00a0tindakan awal, Nor Hashimah telah meninggal dunia\u00a0sewaktu berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital\u00a0Tengku Ampuan Rahimah Klang dan meninggalkan seorang\u00a0anak perempuan, Nurhylda Daenia berusia dua tahun.<\/p>\n<p>Komen? Sila klik<a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/posted.php?id=37447942417&amp;share_id=128907360468351&amp;comments=1#s128907360468351\"> sini<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suara-Keadilan Oleh Faizal Ezzany KUALA LUMPUR 3 Jun &#8211; Ahli Parlimen Lembah Pantai,\u00a0Nurul Izzah Anwar kesal dengan tindakan Kementerian\u00a0Kewangan yang tidak mahu bertanggungjawab atas\u00a0kematian Pegawai&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[50,23,17,298],"tags":[371,372,373,374,370],"class_list":{"0":"post-1755","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-issues-rakyat","7":"category-politik","8":"category-undang-undang","9":"category-women","10":"tag-kematian","11":"tag-kementerian-kewangan","12":"tag-kes","13":"tag-masalah","14":"tag-ptd"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1755"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6460,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1755\/revisions\/6460"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}