{"id":1905,"date":"2010-06-12T11:41:50","date_gmt":"2010-06-12T03:41:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=1905"},"modified":"2021-02-05T23:15:03","modified_gmt":"2021-02-05T15:15:03","slug":"polis-sibuk-pantau-ceramah-politik-peragut-berleluasa-di-kawasan-bandar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/polis-sibuk-pantau-ceramah-politik-peragut-berleluasa-di-kawasan-bandar\/","title":{"rendered":"Polis Sibuk Pantau Ceramah Politik, Peragut Berleluasa Di Kawasan Bandar"},"content":{"rendered":"<p>Oleh Frederick Luccas<\/p>\n<p>Suara Keadilan<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/suara-keadilan.com\/system_files\/lib\/imgresize?src=system_files\/templates\/default\/pic\/publications\/thumb\/20100612025853_pix%20mangsa%20kena%20ragut.JPG&amp;h=120&amp;w=160&amp;zc=1\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>KUALA LUMPUR 12 Jun &#8211; Lawatan Ahli Parlimen Lembah\u00a0Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jalan Maarof, Bangsar\u00a0semalam bukan sahaja menjadi tumpuan penguna\u00a0jalanraya tetapi juga telah menarik minat peragut\u00a0yang menjadikan kumpulan wartawan yang membuat\u00a0liputan berita sebagai mangsa.<\/p>\n<p>Jurukamera akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang\u00a0Pau, Khor Meng Siang, yang sedang berjalan lebih\u00a0kurang 100 meter di belakang Nurul Izzah dan\u00a0wartawan lain sambil mengambil gambar Jalan Maarof\u00a0diragut oleh dua penyamun yang menunggang motosikal.<\/p>\n<p>Menh Siang yang cedera di bahagian lutut juga\u00a0kehilangan kameranya yang dianggarkan bernilai\u00a0RM20,000.<\/p>\n<p>&#8220;Ini satu kejadian yang serius, di mana jurukamera\u00a0diragut semasa bertugas dengan kehadiran sama\u00a0seorang ahli parlimen. Saya amat terkejut dan hampa\u00a0dengan pihak polis atas kejadian ini kerana apabila\u00a0kita mengadakan ceramah, banyak pula anggota polis\u00a0yang hadir,&#8221; kata Nurul Izzah berhubung kes ragut\u00a0tersebut.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/suara-keadilan.com\/news-section?t=3066\"><!--more--><br \/>\n<\/a><\/p>\n<p>Tambah beliau lagi, ini jelas menunjukkan betapa\u00a0lemahnya perondaan polis di kawasan Bangsar, yang\u00a0merupakan pusat perniagaan yang sentiasa sibuk\u00a0dengan kepadatan penduduk yang tinggi.<\/p>\n<p>&#8220;Polis patut meronda kawasan ini lebih kerap\u00a0memandangkan kepentingan ekonominya, tetapi\u00a0peristiwa malang ini hanya membuktikan kawasan ini\u00a0tidak dipantau sepenuhnya hinggakan peragut ini\u00a0berani bertindak di tengah bandar, tambah lagi di\u00a0siang hari.<\/p>\n<p>&#8220;Polis sentiasa meronda dan menghantar ramai\u00a0anggotanya untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan\u00a0oleh kita, yang jelas satu pembaziran sumber\u00a0sedangkan apa yang kita perlukan ialah lebih banyak\u00a0anggota ditugaskan di lapangan membantu dan dalam\u00a0masa yang sama mengembalikan keyakinan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Isu ini hanya berbalik kepada pemantauan tugasan\u00a0polis kerana saya percaya apabila adanya satu badan\u00a0untuk memantau institusi kepolisan, polis berpeluang\u00a0membaiki diri dengan menerima kritikan positif dan\u00a0secara langsung memberikan perkhidmatan yang lebih\u00a0baik,&#8221; kata beliau lagi.<\/p>\n<p>Nurul Izzah menegaskan, kejadian sebegini\u00a0mengukuhkan lagi desakan mewujudkan Suruhanjaya\u00a0Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang dapat\u00a0membendung polis daripada menjalankan tugasan yang\u00a0berunsurkan politik dan menggalakkan perkhidmatan\u00a0yang mengutamakan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sedih dengan kejadian ini, malah kini saya\u00a0sendiri tidak berasa selamat untuk berada di luar.\u00a0Jika peragut semakin berani hinggakan meragut\u00a0jurukamera yang mengikuti saya, apa jaminan saya\u00a0sebagai seorang Ahli Parlimen tidak diragut selepas\u00a0ini? Bagaimana saya hendak mempercayai kenyataan\u00a0badan kepolisan dan statistik yang dibentangkan di\u00a0Parlimen menyatakan kadar jenayah telah\u00a0berkurangan?&#8221; soal Nurul Izzah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Frederick Luccas Suara Keadilan KUALA LUMPUR 12 Jun &#8211; Lawatan Ahli Parlimen Lembah\u00a0Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jalan Maarof, Bangsar\u00a0semalam bukan sahaja menjadi tumpuan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[437,439,438,440,441,442],"class_list":{"0":"post-1905","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-mangsa-ragut","8":"tag-motosikal","9":"tag-nanyang-siang-pau","10":"tag-pantauan","11":"tag-perkhidmatan","12":"tag-tugas-polis"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1905","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1905"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1905\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6344,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1905\/revisions\/6344"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1905"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1905"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1905"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}