{"id":1914,"date":"2010-06-12T12:08:15","date_gmt":"2010-06-12T04:08:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=1914"},"modified":"2021-02-05T23:15:02","modified_gmt":"2021-02-05T15:15:02","slug":"majlis-pecah-tanah-little-india-pinggirkan-ahli-parlimen-lembah-pantai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/majlis-pecah-tanah-little-india-pinggirkan-ahli-parlimen-lembah-pantai\/","title":{"rendered":"Majlis Pecah Tanah &#8216;Little India&#8217; Pinggirkan Ahli Parlimen Lembah Pantai"},"content":{"rendered":"<p>Oleh Frederick Luccas<\/p>\n<p>Suara Keadilan<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/suara-keadilan.com\/system_files\/lib\/imgresize?src=system_files\/templates\/default\/pic\/publications\/thumb\/20100612025023_littleindia.jpg&amp;h=120&amp;w=160&amp;zc=1\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>KUALA LUMPUR 12 Jun &#8211; Tindakan Menteri Wilayah\u00a0Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja\u00a0Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak menjemput Ahli\u00a0Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semasa\u00a0upacara pecah tanah Projek &#8216;Little India&#8217; 9 Jun lalu\u00a0dilihat sebagai satu tindakan yang tidak profesional\u00a0dan hanya memperlihatkan sikap dendam Umno-Barisan\u00a0Nasional yang kalah kerusi tersebut pada pilihan\u00a0raya umum 2008 lalu.<\/p>\n<p>Menurut Nurul Izzah, jika kerajaan Umno-BN ikhlas\u00a0berpegang kepada slogan 1Malaysia yang dibanggakan\u00a0oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, maka\u00a0mereka perlulah menjemput ahli parlimen tanpa\u00a0mengira parti sebagai mencerminkan semangat bersatu-padu.<\/p>\n<p>Tambah beliau, projek ini diberikan secara\u00a0perundingan terus kepada MRCB Bhd, dan upacara pecah\u00a0tanah Rabu lalu telah diadakan di Brickfields yang\u00a0dihadiri oleh Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah\u00a0dan Kesejahteraan Bandar tanpa Ahli Parlimen kawasan\u00a0itu.<\/p>\n<p>&#8220;Seperti biasa, saya sebagai Ahli Parlimen Lembah\u00a0Pantai mahupun Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok\u00a0yang berjiran juga tidak dipanggil untuk upacara\u00a0tersebut,&#8221; kata Nurul Izzah lagi.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/suara-keadilan.com\/news-section?t=3064\"><!--more--><br \/>\n<\/a><\/p>\n<p>&#8220;Walau bagaimanapun, saya mendesak Nong Chik supaya\u00a0pastikan projek ini dihabiskan dan jangan\u00a0meninggalkan projek ini terbengkalai separuh jalan.\u00a0Adakan dialog dengan penduduk setempat dan terapkan\u00a0dalam proses pembangunan,&#8221; desak Nurul Izzah lagi.<\/p>\n<p>Beliau menekankan agar kerajaan mengambil serius\u00a0kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tinggal dan\u00a0bekerja di kawasan Brickfields.<\/p>\n<p>&#8220;Kepadatan OKU di Brickfields adalah lebih tinggi\u00a0dibandingkan dengan kawasan lain dan saya mendesak\u00a0kerajaan Umno-BN untuk pastikan projek ini\u00a0menitikberatkan kebajikan dan keselamatan OKU yang\u00a0tinggal dan bekerja di sini.<\/p>\n<p>&#8220;Satu lagi perkara yang saya ingin tekankan ialah\u00a0bilangan premis yang menjual arak di Brickfields.\u00a0Kerajaan Umno-BN perlu membuat sesuatu, samada\u00a0memberikan tempat lain yang jauh daripada &#8216;Little\u00a0India&#8217; atau menutup kedai berkenaan kerana tempat\u00a0ini bakal menjadi tempat tumpuan remaja dan kita\u00a0tidak mahu remaja dan belia Brickfields terjebak\u00a0dengan amalan buruk ini. Kesan sosial dan\u00a0kemasyarakatan projek ini mesti diambil kira dan\u00a0dinilai sewajarnya.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mengalu-alukan niat baik Kementerian Wilayah\u00a0dan Kesejahteraan Bandar untuk memajukan\u00a0Brickfields, tetapi sehingga kini, masyarakat\u00a0Brickfields tidak dimaklumkan langsung butiran\u00a0projek ini dan apa kesannya terhadap kehidupan\u00a0seharian mereka disini. Mereka diletakkan dalam\u00a0keadaan pasif, tanpa memberikan ruang untuk memberi\u00a0pendapat dan maklumbalas.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mendesak kementerian untuk mendengar dan\u00a0menerima maklumbalas dariapda masyarakat Brickfields\u00a0kerana ini melibatkan kehidupan mereka. Kementerian\u00a0perlu memberitahu kawasan mana yang akan\u00a0dibangunkan, kawasan mana pula akan dinaiktaraf dan\u00a0sebagainya,&#8221; tegas Nurul Izzah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Frederick Luccas Suara Keadilan KUALA LUMPUR 12 Jun &#8211; Tindakan Menteri Wilayah\u00a0Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja\u00a0Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak menjemput Ahli\u00a0Parlimen&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[450,454,452,455,453,306,415,451,449,456],"class_list":{"0":"post-1914","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-dialog","8":"tag-diberi-ruang","9":"tag-kebajikan","10":"tag-kementerian","11":"tag-keselamatan","12":"tag-little-india","13":"tag-pembangunan","14":"tag-penduduk-setempat","15":"tag-projek-dihabiskan","16":"tag-umno-bn-dendam"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1914","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1914"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1914\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1916,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1914\/revisions\/1916"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1914"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1914"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1914"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}