{"id":2248,"date":"2010-08-16T12:13:46","date_gmt":"2010-08-16T04:13:46","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=2248"},"modified":"2021-02-05T23:14:38","modified_gmt":"2021-02-05T15:14:38","slug":"mahasiswa-berpolitik-pemimpin-muda-pkr-gesa-dibentuk-kokus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/mahasiswa-berpolitik-pemimpin-muda-pkr-gesa-dibentuk-kokus\/","title":{"rendered":"Mahasiswa berpolitik: Pemimpin muda PKR gesa dibentuk kokus"},"content":{"rendered":"<p>05:47:01 PM 13-08-2010<\/p>\n<p>Oleh G Manimaran,\u00a0<span style=\"font-size: 13.2px;\">Malaysian Insider<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/images\/uploads\/logomix\/pkr.png\" alt=\"\" \/>KUALA LUMPUR, 13 Ogos \u2014 Pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa diadakan kokus merentasi parti bagi memperjuangkan penglibatan mahasiswa dalam politik ekoran keputusan Kabinet didakwa mengekalkan larangan pelajar universiti aktif berpolitik.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat oleh sembilan wakil rakyat muda PKR hari ini.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini kami menyambut baik bahawa ada rakan-rakan kami di dalam Barisan Nasional yang turut berkongsi keyakinan bahawa membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik dan proses politik bagi menggembleng potensi anak muda menyumbang kepada negara sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cUsaha Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah untuk menarik perhatian terhadap isu ini beserta tentangan daripada Khairy Jamaluddin terhadap pengumuman Kabinet tempoh hari menggambarkan kita boleh mewujudkan penyelesaian rentas parti terhadap isu ini,\u201d kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.<\/p>\n<p>Dalam pertemuan dengan\u00a0<em>The Malaysian Insider<\/em> semalam Saifuddin berkata beliau bersedia menerima jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak.<\/p>\n<p>Kata mereka, memandangkan komitmen mereka, kami ingin menjemput Saifuddin untuk mempimpin kokus rentas parti dalam isu ini. Jika rakan-rakan kami daripada Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas tentang masa depan generasi muda, peluangnya terbuka luas untuk mereka membuktikan keikhlasan mereka.<\/p>\n<p>Wakil-wakil rakyat muda yang mengeluarkan kenyaan ini ialah Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen), Yusmadi Yusuf (Ahli Parlimen\u00a0 Balik Pulau), Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau), Kesavan\u00a0 (ADUN Hutan Melintang), Nik Nazmi Ahmad (ADUN Seri Setia), Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai), Chang Lih Kang (ADUN Teja), Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak), Amiruddin Shari (ADUN Batu Caves) dan Gan Pei Nei (ADUN Rawang).<\/p>\n<p>Kata mereka, pengumuman\u00a0 Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tentang keputusan Kabinet meneruskan sekatan terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik menggambarkan sebuah kerajaan yang ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.<\/p>\n<p>\u201cTindakan kerajaan melayan tentangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya bermakna pentadbiran Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin dengan pandangan lapuk berbanding keperluan mendengar dan berinteraksi dengan generasi masa depan.<\/p>\n<p>\u201cFaedah membenarkan mahasiswa terlibat di dalam politik sudah diketahui umum dan telah dibahaskan berkali-kali di peringkat nasional,\u201d kata wakil rakyat berkenaan.<\/p>\n<p>Selain itu kata beliau, lebih penting lagi, matlamat negara melahirkan modal insan yang berdaya saing mesti menekankan pendidikan menyeluruh yang melangkaui bilik kuliah dan kurikulum yang diajar.<\/p>\n<p>\u201cGenerasi yang kreatif dan inovatif lahir daripada minda yang bebas \u2013 yang diberikan sepenuhnya peluang berbahas, berbincang dan lebih penting lagi melakukan kesilapan agar mereka belajar daripada kesilapan mereka.<\/p>\n<p>\u201cKita cuma menunggu masa sebelum mahasiswa negara ini yang membentuk kelompok pengundi yang penting, menghantar mesej menolak Barisan Nasional; memandangkan petanda jelas daripada pilihan raya umum 2008 telah diketepikan begitu sahaja,\u201d kata mereka.<\/p>\n<p>Mereka menambah, tindakan seterusnya untuk menyanggah keputusan Kabinet bahawa mahasiswa tidak bersedia terlibat di dalam politik ialah dengan menggambarkan kematangan dan pengaruh sebenar mahasiswa dan anak muda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>05:47:01 PM 13-08-2010 Oleh G Manimaran,\u00a0Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 13 Ogos \u2014 Pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa diadakan kokus merentasi parti bagi memperjuangkan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[622,623,624,619,605,625,621,620,61],"class_list":{"0":"post-2248","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-anak-muda","8":"tag-generasi-kreatif-dan-inovatif","9":"tag-kabinet","10":"tag-kokus","11":"tag-larangan-berpolitik","12":"tag-mahasiswa","13":"tag-mahasiswa-berpolitik","14":"tag-pemimpin-muda","15":"tag-pkr"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2248","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2248"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2248\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2250,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2248\/revisions\/2250"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2248"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2248"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2248"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}