{"id":2524,"date":"2010-09-07T11:01:29","date_gmt":"2010-09-07T03:01:29","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=2524"},"modified":"2021-02-05T23:14:33","modified_gmt":"2021-02-05T15:14:33","slug":"perlembagaan-cabaran-nurul-selari-dasar-pakatan-kata-syed-husin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/perlembagaan-cabaran-nurul-selari-dasar-pakatan-kata-syed-husin\/","title":{"rendered":"Perlembagaan: Cabaran Nurul selari dasar Pakatan, kata Syed Husin"},"content":{"rendered":"<p>Malaysian Insider September 07, 2010<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/images\/uploads\/mugshots\/syedhusinali400px.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Syed Husin berkata hujahan Nurul Izzah telah menepati sasaran. \u2014 gambar fail<\/p>\n<p>KUALA LUMPUR, 7 Sept \u2014 Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali mempertahankan cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai agar Perkasa berdebat dengannya berhubung soal Perlembagaan sambil berkata, pendirian wakil rakyat penggal pertama itu selari dengan dasar parti itu dan juga Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP dan PAS.<\/p>\n<p>Menurut Syed Husin, kenyataan Nurul Izzah Anwar selari dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, raja-raja Melayu serta Bahasa Melayu, dan juga<\/p>\n<p>kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalah guna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.<\/p>\n<p>\u201cSekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.<\/p>\n<p>\u201cNyata sekali pandangan serta cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran,\u201d kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/images\/uploads\/trivia\/2010\/09\/06\/nurul2502.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Nurul Izzah menulis bahawa \u201chak Melayu\u201d hanya satu gagasan ideologi dan falsafah.<\/p>\n<p>Selasa lalu, Nurul Izzah\u00a0<a href=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/breakingviews\/article\/malaysia-or-malaysaja-part-2-clarifying-and-reconciling-the-constitution-nurul-izzah-anwar\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">menulis dalam\u00a0<em>The Malaysian Insider<\/em> <\/a>bahawa idea \u201chak orang Melayu\u201d yang dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.<\/p>\n<p>Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Syed Husin menjelaskan, pendirian ketiga-tiga menteri itu membuktikan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1 Malaysia, tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.<\/p>\n<p>\u201cSangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa \u2018hak istimewa\u2019 Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya \u2018kedudukan istimewa\u2019.<\/p>\n<p>\u201cBegitu jugalah tidak terdapat slogan \u2018ketuanan Melayu\u2019 dalam Perlembagaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Oleh itu kata Syed Husin, mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia.<\/p>\n<p>\u201cPerlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysian Insider September 07, 2010 Syed Husin berkata hujahan Nurul Izzah telah menepati sasaran. \u2014 gambar fail KUALA LUMPUR, 7 Sept \u2014 Timbalan Presiden PKR&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[748,745,742,744,746,741,178,53,710,740,743,747],"class_list":{"0":"post-2524","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-dr-syed-husin-ali","8":"tag-falsafah","9":"tag-fasal-fasal-kedudukan-islam","10":"tag-gagasan-ideologi","11":"tag-hak-orang-melayu","12":"tag-ketuanan-melayu","13":"tag-pakatan","14":"tag-pakatan-rakyat","15":"tag-perkara-153","16":"tag-perlembagaan","17":"tag-raja-melayu","18":"tag-suruhanjaya-reid"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2524","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2524"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2524\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11234,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2524\/revisions\/11234"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2524"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2524"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2524"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}