{"id":2777,"date":"2010-11-11T22:18:32","date_gmt":"2010-11-11T14:18:32","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=2777"},"modified":"2021-02-05T23:14:27","modified_gmt":"2021-02-05T15:14:27","slug":"jawapan-menteri-tentang-soalan-saya-di-parlimen-mengenai-kontrak-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/jawapan-menteri-tentang-soalan-saya-di-parlimen-mengenai-kontrak-sosial\/","title":{"rendered":"Jawapan Menteri tentang soalan saya di Parlimen&#8211;mengenai kontrak sosial"},"content":{"rendered":"<p>Berkenaan dengan soalan sama ada kontrak sosial yang wujud ketika merdeka diiktiraf\u00a0oleh kerajaan sebagai satu kontrak rasmi, dimaklumkan bahawa istilah &#8220;kontrak\u00a0sosial&#8221; merupakan satu konsep yang bersifat politik. Di Malaysia, terma &#8220;kontrak\u00a0sosial&#8221; membawa erti bahawa ia adalah hasil daripada kompromi antara etnik Melayu, Cina\u00a0dan India mengenai hak bersama dan masing-masing, kedudukan istimewa dan\u00a0persetujuan di antara raja-raja melayu dengan British bagi mewujudkan suatu kerajaan\u00a0dengan sistem demokrasi, beraja, bersekutu(federal) serta tidak teokratik.<\/p>\n<p>Kontrak sosial tersebut telah diterjemahkan ke dalam peruntukan-peruntukan\u00a0Perlembagaan Persekutuan yg merupakan undang-undang utama negara. Justeru,\u00a0kontrak sosial tersebut merupakan suatu kontrak rasmi yang mengikat dan perlu\u00a0dipatuhi oleh rakyat.<\/p>\n<p>Untuk makluman yg berhormat, draf Perlembagaan Persekutuan telah digubal oleh\u00a0Suruhanjaya Reid berdasarkan beberapa siri pendengaran awam di seluruh negara<br \/>\ndan maklumat yang diterima daripada pelbagai persatuan dan orang perseorangan yang\u00a0terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.<\/p>\n<p>Draf perlembagaan persekutuan tersebut dikemukakan kepada Her Majesty the Queen dan\u00a0majlis Raja-raja Melayu pada 21 februari 1957. Sejurus itu satu Working Party\u00a0telah ditubuhkan di Persekutuan bagi mengkaji draf Perlembagaan yang digubal oleh\u00a0Suruhanjaya Reid tersebut. Kemudian, working party tersebut (melalui white<br \/>\npaper) telah mengemukakan beberapa cadangan pindaan dibuat terhadap draf\u00a0perlembagaan tersebut kepada Majlis Raja-Raja dan Federal Executive Council.<br \/>\nCadangan pindaan yang dibuat melalui White Paper antara lainnya memasukkan\u00a0peruntukan mengenai tanggungjawab Yang Dipertuan Agong bagi melindungi kedudukan\u00a0istimewa orang melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Untuk makluman Yang Berhormat, Perlembagaan Persekutuan yang ada kini adalah hasil draf Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid dan beberapa\u00a0peruntukan yang dipinda melalui White Paper seperti yang dinyatakan di atas.<\/p>\n<p>Berdasarkan beberapa siri rundingan yg berlangsung dalam menggubal Perlembagaan\u00a0Persekutuan, perkara-perkara seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan,\u00a0pemeliharaan tanah rizab melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat resam serta<br \/>\npengagihan jawatan dalam kerajaan telah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan\u00a0berkenaan. Bahasa Melayu juga telah dipersetujui sebagai bahasa kebangsaan manakala kaum\u00a0Cina dan India masih boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai perantara<br \/>\nkomunikasi tidak rasmi.<\/p>\n<p>Pemimpin Cina dan India juga menuntut agar kewarganegaraan yang diberikan menjadi\u00a0suatu hak yang tidak boleh dibatalkan(could not be annulled). Mereka juga menuntut\u00a0supaya mereka boleh mengekalkan bahasa, agama dan budaya dan sebagai\u00a0warganegara, mereka menuntut supaya mempunyai hak yang sama dari segi politik\u00a0warganegara yang lain.<\/p>\n<p>Semua persetujuan ini dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi setiap perkara\u00a0yang diberikan kepada kaum Melayu terdapat juga peruntukan yang diberikan kepada kaum\u00a0bukan melayu<\/p>\n<p>Seperti yang dijelaskan sebelum ini, selepas Rukun Negara diisytiharkan, kerajaan\u00a0telah mengambil langkah meminda Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan\u00a0(pindaan) 1971 [Akta A30]. Akta A30 antara lainnya telah memasukkan Fasal (4)\u00a0Perkara 10 ke dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mengenakan sekatan kepada semua orang\u00a0daripada Perlembagaan Persekutuan bagi mengenakan sekatan kepada semua orang daripada\u00a0mempersoalkan keistimewaan yang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan demi\u00a0menjamin keamanan dan keselamatan Persekutuan. Fasal (4) Perkara 10 ini juga\u00a0dimasukkan untuk mengingatkan kepada semua rakyat di Malaysia supaya tidak\u00a0mempertikaikan terma kontrak sosial yang dipersetujui sebelum merdeka.<\/p>\n<p>Seterusnya Mahkamah juga telah mengesahkan kedudukan kontrak sosial ini seperti\u00a0dalam kes Mark Koding v Public Prosecutor (1982) 2 MLJ 120. Dalam kes tersebut,\u00a0Mahkamah Agung telah menjelaskan bahawa terma kontrak sosial yang diperuntukkan dalam\u00a0Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipertikaikan demi menjamin keamanan\u00a0negara.<\/p>\n<p>Nurul Izzah Anwar<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Lembah Pantai<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berkenaan dengan soalan sama ada kontrak sosial yang wujud ketika merdeka diiktiraf\u00a0oleh kerajaan sebagai satu kontrak rasmi, dimaklumkan bahawa istilah &#8220;kontrak\u00a0sosial&#8221; merupakan satu konsep yang&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[906,904,899,903,901,900,898,850,710,796,907,905,902],"class_list":{"0":"post-2777","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-agama-islam","8":"tag-akta-a30","9":"tag-cina","10":"tag-fasal4","11":"tag-federal","12":"tag-india","13":"tag-kontrak-sosial","14":"tag-melayu","15":"tag-perkara-153","16":"tag-perlembagaan-persekutuan","17":"tag-raja-raja-melayu","18":"tag-rukun-negara","19":"tag-sistem-demokrasi"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2777","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2777"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2777\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6297,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2777\/revisions\/6297"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2777"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2777"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2777"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}