{"id":3178,"date":"2011-02-18T16:00:19","date_gmt":"2011-02-18T08:00:19","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=3178"},"modified":"2021-02-05T23:13:03","modified_gmt":"2021-02-05T15:13:03","slug":"surat-terbuka-yb-nurul-izzah-kepada-datuk-bandar-kuala-lumpur-isu-jejantas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/surat-terbuka-yb-nurul-izzah-kepada-datuk-bandar-kuala-lumpur-isu-jejantas\/","title":{"rendered":"Surat Terbuka YB Nurul Izzah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur : Isu Jejantas"},"content":{"rendered":"<div>\n<p>Rujukan Anda\t\t:<\/p>\n<p>Rujukan Kami\t\t: PPLBM\/P121\/DATUK BANDAR\/ISU SETEMPAT\/11\/02\/009<\/p>\n<p>Tarikh\t\t\t: 16 Februari 2011<br \/>\nYang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail<\/p>\n<p>Datuk Bandar Kuala Lumpur<\/p>\n<p>Tingkat 27, Menara DBKL 1<\/p>\n<p>Jalan Raja Laut<\/p>\n<p>50350 Kuala Lumpur<\/p>\n<p>Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad ,<\/p>\n<p>MOHON PENJELASAN BERKENAAN DENGAN PROJEK JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT KONVENSYEN KL DAN HOTEL IMPIANA KLCC<\/p>\n<p>Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.<\/p>\n<p>Buat pengetahuan pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya telah melawat projek Jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC, yang telah membawa saya kepada persoalan-persoalan berikut:<\/p>\n<p>1. Menurut laporan Bernama (terbitan The Star bertarikh 8hb September 2010):<\/p>\n<p>\u201cPetronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua-fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan-penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.\u201d<\/p>\n<p>Dalam pengurusan peruntukan tersebut, sudah pasti DBKL menjadi badan yang meluluskan reka bentuk dan spesifikasi jejantas tersebut. Maka persoalan yang timbul adalah daripada RM10 juta yang diperuntukkan, berapakah jumlah sebenar kos pembinaan jejantas 142m tersebut? Dan apakah kos sebenar untuk pembinaan jejantas fasa kedua sepanjang 375m, yang mengikut laporan The Edge (4hb Januari 2011) akan direka dan dibina oleh Sunway Construction Sdn Bhd?<\/p>\n<p>Dan adakah kesemua aspek reka bentuk kedua-dua jejantas ini benar-benar mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By-Laws 1984)?<\/p>\n<p>2. Laporan di The Star bertarikh 9 Februari menyatakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan ketua pegawai eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd Hashim Wahir telah \u201cmenandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL.\u201d<\/p>\n<p>Ini dengan terangnya menunjukkan suatu mekanisme \u201cBina dan Pindahmilik\u201d (Build and Transfer) telah diguna secara diam-diam, tanpa pengetahuan umum dan dengan tiada kebertanggungjawaban. Akhirnya, wang rakyat akan diguna untuk menyelenggara kemudahan ini. Adakah penduduk KL bakal dikejutkan dengan nilai yang \u201cmaha besar\u201d? Adakah pihak DBKL akan mengenakan \u201ctol\u201d kemudian untuk membayar kos yang menggunung, atau adakah ianya akan diswastakan?<\/p>\n<p>Berapakah kos penyelenggaraan kemudahan ini (dan juga jejantas fasa kedua) pada tahun-tahun akan datang, dan siapa yang akan menanggung beban penyelenggaraan tersebut? Dan adakah kos ini yang akan ditanggung oleh rakyat kerana penggunaan duit rakyat dalam pelaksanaan projek ini?<\/p>\n<p>Saya amat berharap agar Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad dapat memberikan respon segera di atas persoalan dan permasalahan yang saya bangkitkan di dalam projek jejantas ini.<\/p>\n<p>Segala kerjasama daripada pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan segala kerja kita diberkati Allah S.W.T..<\/p>\n<p>\u201cBersama Menegakkan Keadilan\u201d<\/p>\n<p>Sekian. Wassalam.<br \/>\nYang Berkhidmat,<\/p>\n<p>Nurul Izzah Anwar<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Lembah Pantai<\/p>\n<p>S.k\tYang Berhormat Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin<\/p>\n<p>Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar<\/p>\n<p>Pejabat Menteri<\/p>\n<p>Aras 4, Blok 2, Menara PjH<\/p>\n<p>Presint 2 62100 Putrajaya<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rujukan Anda : Rujukan Kami : PPLBM\/P121\/DATUK BANDAR\/ISU SETEMPAT\/11\/02\/009 Tarikh : 16 Februari 2011 Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail Datuk Bandar Kuala&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[281,50,10],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3178","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-federal-territory","7":"category-issues-rakyat","8":"category-sosio-ekonomi"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3178","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3178"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3178\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3184,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3178\/revisions\/3184"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}