{"id":3580,"date":"2011-06-22T00:47:35","date_gmt":"2011-06-21T16:47:35","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=3580"},"modified":"2020-02-18T14:59:27","modified_gmt":"2020-02-18T06:59:27","slug":"artikel-sinar-harian-2162011-menyingkap-rahsia-berkempen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/artikel-sinar-harian-2162011-menyingkap-rahsia-berkempen\/","title":{"rendered":"Menyingkap rahsia berkempen"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><em>(Diterbit di Sinar Harian, 21 Jun 2011)<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebelakangan ini, saya melihat banyak prasyarat dan alasan diberikan  oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia serta kerajaan; alasan menyatakan  ketidakmungkinan melaksanakan tuntutan-tuntutan Gabungan Bersih 2.0,  antaranya termasuklah:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1) Membersihkan senarai pengundi<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2) Mereformasikan undi pos<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3) Penggunaan dakwat kekal<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4) Akses media yang adil, bebas<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">5) Masa kempen minimum 21 hari<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">6) Kukuhkan institusi awam<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">7) Hentikan rasuah<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">8\u00a0 Hentikan politik kotor<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pertembungan di antara SPR Malaysia dan juga Bersih mengingatkan saya kepada pilihan raya Turki yang baru berlangsung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemenangan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AK) Turki pimpinan Tayyib  Erdogan dalam pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut yang  memenangi 326 kerusi daripada 550 kerusi Parlimen dan ini sekali gus  memecahkan rekod dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini. AKP  juga meraih undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus  dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Faktor utama rekod cemerlang Parti AK ini adalah reformasi yang  berterusan, sehingga ke peringkat memperbaiki sistem dan perjalanan  pilihanraya walaupun perlu mengharungi cabaran besar mengemudi sebuah  negara yang kompleks seperti Turki untuk membawa ke persada dunia  seiring dengan negara maju lain terutama dalam bidang ekonomi. Turki  turut melakukan reformasi secara berkesan antaranya:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1) Umur jadi calon pilihan raya ialah 25 tahun, umur menjadi pengundi ialah 18 tahun<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2) Mengimbangi nilai-nilai tradisional dan pemodenan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3) Peningkatan taraf hidup; meningkatkan GNP, penaiktarafan perkhidmatan awam, reformasi ekonomi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4) Semangat kebangsaan; bersama selesaikan masalah Kurdis; termasuk buat  julung kalinya membenarkan penggunaan bahasa Kurdish dalam kempen  pilihan raya 2011.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya hanya secara kebetulan mendapat maklum tentang bandar Batman,  destinasi pantauan saya dalam pilihan raya negara Turki. Sedang  teman-teman seangkatan Parti Keadilan Rakyat, YB Saifuddin Nasution dan  YB Johari Abdul dan juga Parti Islam Semalaysia, Dr Mariah mendapat  tugasan di kubu kuat Parti AK di Istanbul, saya agak terkedu pada  mulanya bila dihantar berkempen bersama calon Parti AK, Memet Simsek,  merangkap Menteri Kewangan Turki sejak 2009.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Batman, Kota Selatan Anatolia, dilanda pertelingkahan etnik tiga dekad  lamanya. Pertelingkahan etnik terutama puak Kurdis yang dianggarkan  telah mengorbankan 40,000 nyawa di samping kadar pengangguran yang  meningkat dan mencengkam hidup rakyat.  Sememangnya peninggalan sejarah yang begitu mencengkam dapat dilihat  dari muka anak-anak di perkampungan yang saya lawati. Apa tidak,  sehingga kini, kadar buta huruf masih membelenggu 43 peratus wanita di  sana.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Parti lawan, Parti Keamanan dan Demokratik (BDP), yang juga berkait  dengan kumpulan pengganas PKK menguasai sebahagian besar kawasan di  Batman, termasuklah kawalan terhadap pihak-pihak berkuasa tempatan.  Justeru, taktik menakut-kan pengundi dalam setiap pilihan raya bukan  perkara luar biasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang luar biasa ialah komitmen Parti AK dalam mengembalikan keadilan  dalam institusi keselamatan di bawah tanggungjawab pihak polis demi  memastikan redanya rasa takut di kalangan masyarakat tempatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru, dalam pilihan raya baru-baru ini, Parti AK membuat keputusan  menghantar Menteri Kewangan mereka, Memet Simsek, dalam usaha menawan  hati penduduk tempatan. Memet Simsek, seorang Kurdish yang lahir di perkampungan dalam bandar  Batman, seorang anak yatim dan ayahnya buta huruf. Beliau berjaya  sehingga ke peringkat menara gading dan menjawat jawatan di Merril  Lynch, United Kingdom. Perdana Menteri Erdogan mengajak beliau pulang  berkhidmat dengan AK Parti seraya melantik beliau selaku Menteri Negeri  pada 2007, sekali gus bertanding di kawasan Parlimen Gaziantep. Kerana  kredibiliti dan komitmen Memet Simsek, maka beliau dipilih Erdogan  sebagai calon di kawasan terlemah Parti AK untuk bersama membina negara  Turki yang lebih maju dan berdaya saing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Batman, Parti AK boleh melunaskan janjinya untuk memastikan martabat  rakyat tempatan dikembalikan menerusi penggunaan bahasa Kurd, ahli-ahli  Parlimen mempunyai imuniti penuh sewaktu berkempen dan dalam masa 10  hari sekatan ketenteraan dimansuhkan. Bayangkan jika reformasi politik di Turkin juga dapat dilaksanakan di  Malaysia melalui tuntutan dalam Bersih 2.0, saya yakin dan percaya  kesuburan demokrasi berparlimen di Malaysia akan terlaksana dengan  jayanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>(Diterbit di Sinar Harian, 21 Jun 2011) Kebelakangan ini, saya melihat banyak prasyarat dan alasan diberikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia serta kerajaan; alasan menyatakan ketidakmungkinan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[87,23],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3580","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-pilihanraya","7":"category-politik"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3580","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3580"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3580\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10456,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3580\/revisions\/10456"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3580"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3580"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3580"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}