{"id":3636,"date":"2011-07-06T15:10:51","date_gmt":"2011-07-06T07:10:51","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=3636"},"modified":"2020-02-18T14:59:26","modified_gmt":"2020-02-18T06:59:26","slug":"ke-mana-hilangnya-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/ke-mana-hilangnya-melayu\/","title":{"rendered":"Ke mana hilangnya Melayu?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><em>(Diterbit di Sinar Harian, 5 Julai 2011)<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sasterawan Negara Allahyarham Dr Usman Awang atau nama penanya, Tongkat Warrant dalam puisinya bertajuk \u2018Melayu\u2019 menulis:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cOrang Melayu itu kaya falsafahnya,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akar budi bersulamkan daya,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Melayu itu orang yang bijaksana,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nakalnya bersulam jenaka,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Budi bahasanya tidak terkira,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kurang ajarnya tetap santun,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila mengampu bijak beralas tangan.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Itulah orang Melayu, dalam marah ada sendanya. Tetapi melihat apa yang  berlaku hari ini, adakah sesetengah orang Melayu itu masih boleh digelar  kuat agama, kaya adat, penuh tatasusila lagi mulia serta budiman?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mana hilangnya sifat orang Melayu pemimpin-pemimpin kita yang hanya  mementingkan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekalkan kuasa  yang ada. Bagaimana kita boleh terus menerima mereka yang telah hilang  kemelayuannya dan ciri-cirinya seperti digambarkan oleh Usman dalam  sajaknya yang sama:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMelayu itu berani jika bersalah,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kecut takut kerana benar,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Janji simpan di perut,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selalu pecah di mulut,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Biar mati adat, Jangan mati anak.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika ini menjadi inti pati roh bangsa mana mungkin perbuatan mereka bergelar pemimpin Melayu ini boleh diterima lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakah 15 juta orang Melayu berasa bangga dan terus memberikan mandat  kepada pemimpin seperti ini yang hanya guna gelaran Melayu untuk  kepentingan politik sempit serta perompakan ekonomi rakyat demi kelompok  kroni mereka sendiri?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lihat bagaimana mereka ini menggunakan adegan lucah untuk menyerang  maruah orang yang bukan sahaja dituduh, malah dipertontonkan secara  terbuka di semua saluran dikuasai &#8211; internet, akhbar, televisyen, bahkan  juga mahkamah &#8211; untuk disaksikan anak-anak kecil dan warga emas yang  sepatutnya dipelihara maruah dan rasa hormat. Siapa sebenarnya yang  berterusan mencemar nama Melayu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana pemimpin Melayu terus mencemar dan mengotorkan maruah Melayu,  yang sudah \u2018kotor\u2019 yang pernah dituduh mencabul gadis sunti atau yang  rasuah politik wang dihadiahkan dengan kedudukan tinggi badan-badan  kerajaan milik rakyat. Siapa sebenarnya yang berterusan mencemar nama  Melayu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengarlah bagaimana pemimpin Melayu dipanjangkan umur oleh Allah SWT  selepas serangan jantung yang sepatutnya bersyukur dan bertaubat atas  dosa-dosa lalu seperti ugutan fitnah dan kekerasan terhadap hak rakyat,  terus diberikan laluan dan perlindungan undang-undang, terus bersuara  curang berdegar-degar menyebarkan fitnah. Siapa sebenarnya yang  berterusan merendahkan martabat Melayu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa mengira halal atau haram menggelapkan wang rakyat beratus bilion  untuk kegunaan keluarga melalui pemberian kontrak atau pembelian harta  rakyat dengan harga tinggi yang tidak masuk akal terus berlaku. Siapa  sebenarnya yang berterusan merompak bangsa Melayu? Berjuta-juta rakyat di\u2019muflis\u2019kan, sengsara dengan kos sara hidup  melambung, gaji mendatar, peluang pekerjaan mengecil, hutang pendidikan  dan peribadi menggunung, kontrak dan penswastaan bersubsidi berat  sebelah, bayaran hasil ladang warga Felda yang mencurigakan, tanah  warisan yang dirampas dan seribu lagi beban yang dipaksa dipikul oleh  rakyat sedangkan pemimpin Melayu BN dan keluarga serta kroni mereka  makan tanggung dan melepas cangkung. Siapa sebenarnya yang berterusan  memufliskan Melayu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana kita boleh berterusan menerima pemimpin-pemimpin Melayu yang  ini terus memenjarakan jiwa, politik dan ekonomi Melayu dengan  hujah-hujah kuno, melaungkan ketuanan Melayu yang tidak diperjuangkannya  untuk terus kekal memegang kuasa, mempertahankan keluarga, kroni, dan  kocek mereka sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemimpin-pemimpin Melayu BN ini bukannya mempertahankan maruah dan nama  baik bangsa Melayu yang terus-terus diulit dengan kemiskinan, dibelenggu  dengan hutang, diperhambakan untuk kepentingan pemimpin dan terus  disogok dengan cerita-cerita dongengan serta terus dipinggirkan di desa  yang penuh dengan kesengsaraan. Sudahlah Politik bangsa dikotorkan, ekonomi bangsa pula lagi  dijahanamkan ini kan pula maruah, harga diri dan roh bangsa pula yang  mahu terus diperkosa dengan pemerintahan Negara Polis yang  anti-demokratik berwajah dan bernamakan Melayu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mana perginya keberanian kita?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mana perginya maruah kita?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mana perginya keimanan kita?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mana perginya harga diri kita?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mana perginya&#8230; kita?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dan kita kembali kepada bait-bait nukilan Tongkat Warrant dalam sajaknya  itu tadi, sebagai azimat pembekal semangat di hari-hari yang semakin  merunsingkan ini:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cJangan takut melanggar pantang<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika pantang menghalang kemajuan;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jangan segan menentang larangan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika yakin kepada kebenaran;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jangan malu mengucapkan keyakinan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika percaya kepada keadilan.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cukuplah!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>(Diterbit di Sinar Harian, 5 Julai 2011) Sasterawan Negara Allahyarham Dr Usman Awang atau nama penanya, Tongkat Warrant dalam puisinya bertajuk \u2018Melayu\u2019 menulis: \u201cOrang Melayu&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[104,1871],"class_list":{"0":"post-3636","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-nurul-izzah","8":"tag-sinar-harian"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3636","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3636"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3636\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3638,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3636\/revisions\/3638"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3636"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3636"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3636"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}