{"id":3649,"date":"2011-07-19T11:52:34","date_gmt":"2011-07-19T03:52:34","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=3649"},"modified":"2020-02-18T14:59:26","modified_gmt":"2020-02-18T06:59:26","slug":"antara-kebersihan-dan-kekotoran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/antara-kebersihan-dan-kekotoran\/","title":{"rendered":"Antara kebersihan dan kekotoran"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><em>(Diterbit di Sinar Harian, 19 Julai 2011)<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Membaca nukilan terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said bertajuk  Bersih, Bersih &#8230; Kasih, Kasih! mengingatkan saya perkataan ini simbol  amat menakutkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan jentera-jentera yang  digunakan untuk menekan serta menakutkan rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bersih 2.0 melambangkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil  merupakan perkataan sangat dibenci kalangan pemimpin-pemimpin negara  sehingga sesiapa memakai baju kuning bersimbolkan perkataan itu  ditangkap dan sehingga kini masih lagi ditangkap walaupun perhimpunan  Bersih 2.0 telah berakhir seminggu lepas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya percaya yang menakutkan mereka bukan simbol itu, tetapi lapan  perkara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, iaitu;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, guna dakwat kekal, akses  media bebas dan adil, masa berkempen minimum 21 hari, kukuhkan institusi  awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia seperti dinukilankan oleh Pak Samad dalam puisinya itu;<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKelompok kuasawan tertentu itu bersungguh-sungguh menghalang,  menghadang, mengekang dan memalang upacara penyampaian Memo Bersih.<\/p>\n<\/blockquote>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cHanya Tig saja tampaknya tidak henti-henti  mendecipkan\u2014menceritakan\u2014tentang bagaimana ribuan manusia yang  disengkang datang ke tempat perhimpunan itu.<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cGas pemedih mata dan pancutan air menyeksa menyambut aliran manusia.  Kelompok kuasawan terpilih benci mendengar lirik senandung \u201cBersih\u201d  dinyanyikan seharmoninya.\u201d Penjelasan dapat dikatakan, pemimpin-pemimpin kerajaan sememangnya takut  dengan tuntutan-tuntutan bersih ini kerana mereka telah bergelumang  dengan kekotoran pilihan raya sejak berabad lamanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sehingga kini, tidak ada satu usaha dilunaskan demi melaksanakan  tuntutan-tuntutan tersebut; sebaliknya apa dilakukan ialah terus dengan  propaganda jahat terhadap Bersih 2.0 untuk menolak tuntutan-tuntutan  tersebut daripada dilaksanakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun ketika pemimpin-pemimpin ini ketakutan, rakyat menjadi mangsa  hilang ketakutan mereka kepada pemimpin-pemimpin yang kotor ini.  Ketakutan pemimpin-pemimpin ini dengan bertindak tidak rasional terhadap  Bersih dan lapan tuntutan dikemukakan, membuka mata rakyat untuk  menuntut pelaksanaan tuntutan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semua perkara ini tidak mungkin dicapai dalam sekelip mata sekiranya  pemimpin-pemimpin ini bertindak secara tidak rasional, tidak menutup  Kuala Lumpur dengan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan utama  sehinggakan Kuala Lumpur lengang dari kenderaan. Ia juga tidak mungkin  berlaku jika polis dan FRU bertindak menembak peluru gas pemedih mata  secara terus dan tidak menuruti prosedur kepada rakyat yang berhimpun  sehingga mencederakan ramai dan mengakibatkan kemalangan jiwa Arwah  Baharuddin Ahmad!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kejayaan untuk menyedarkan rakyat betapa kotornya pilihan raya tidak  akan dicapai sekiranya pemimpin-pemimpin ini tidak mengambil tindakan  terhadap pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang buat tuntutan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak ramai rakyat akan menyedari hak-hak mereka dalam pilihan raya  sekiranya pemimpin-pemimpin ini tidak terlalu takut kepada warna kuning  yang mempunyai simbol Bersih 2.0. Seperti puisi Pak Samad;<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSenja itu masyarakat hewan berkumpul lagi untuk menilai dan menafsir tindakan manusia dalam Peristiwa 9 Julai itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMerjah tidak faham mengapa kelompok kuasawan \u201cterpilih\u201d begitu cemburu  terhadap upaya memperbaik iklim demokrasi. Demokrasi rupa-rupanya ingin  dikacip kepaknya agar tidak dapat terbang bebas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSebaik khalayak hewan penuh, Merjah pun bersyarah: \u201cHari ini kita belajar tentang kemurnian gerakan Bersih.\u201d<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini kebangkitan untuk pilihan raya yang bersih dan adil tidak lagi  boleh disekat-sekat, ia telah bersemadi di sanubari rakyat walaupun  ramai tidak menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Sambutan kuning semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak di United Kingdom jelas membuktikan, kerajaan tidak punya pilihan  lain kecuali laksanakan segala tuntutan Bersih 2.0. Ayuh, maju terus!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>(Diterbit di Sinar Harian, 19 Julai 2011) Membaca nukilan terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said bertajuk Bersih, Bersih &#8230; Kasih, Kasih! mengingatkan saya perkataan ini&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[104,1871],"class_list":{"0":"post-3649","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"tag-nurul-izzah","8":"tag-sinar-harian"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3649","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3649"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3649\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6270,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3649\/revisions\/6270"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3649"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3649"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3649"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}