{"id":3803,"date":"2011-10-24T15:19:36","date_gmt":"2011-10-24T07:19:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=3803"},"modified":"2021-02-05T23:12:50","modified_gmt":"2021-02-05T15:12:50","slug":"ucapan-perbahasan-belanjawan-2012","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/ucapan-perbahasan-belanjawan-2012\/","title":{"rendered":"Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012"},"content":{"rendered":"<p>Berikut adalah ucapan yang saya berikan di Parlimen pada 11 Oktober 2011, bagi membahas Belanjawan 2012.<\/p>\n<p>Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:\u00a0 Yang Berhormat Lembah Pantai.<\/p>\n[6.01 ptg]\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Assalamualaikum warahmatullaahi\u00a0wabarakaatuh, salah sejahtera.\u00a0 Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Yang Berhormat Lembah Pantai untuk turut serta berbahas di dalam belanjawan yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buat kali kedua dengan satu Pakej Rangsangan 2009 dan dua Perbekalan Tambahan 2010 dan 2011 walaupun belum diberikan mandat oleh rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Kemungkinan besar kerana tidak adanya mandat, belanjawan kali ini juga boleh\u00a0diibaratkan selaku belanjawan untuk menyelamatkan Barisan Nasional 2012.\u00a0 Saya percaya kalaulah kita daripada Pakatan Rakyat tidak pantas menyelamatkan keadaan dengan menabur idea empat hari sebelum pembentangan belanjawan Perdana Menteri sehingga tema asal. Tema asalnya \u201cTransformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi\u201d dalam Laporan Ekonomi 2011, 2012 ditukar meniru perbelanjaan Pakatan Rakyat kepada \u201cDasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara\u201d.<\/p>\n<p>Dato&#8217; Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]:\u00a0 Mimpi di siang hari Yang Berhormat\u00a0Lembah Pantai ini.<\/p>\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]:\u00a0 Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tajuk pun dia faham.\u00a0 Pakatan Rakyat lebih tahu macam mana hendak memikirkan kesejahteraan rakyat.\u00a0 Setelah 54 tahun Tuan Yang di-Pertua berkuasa dengan tenaga kerja kakitangan kerajaan setakat ini berjumlah RM1.3 juta, nisbah 4.56% kakitangan kepada rakyat tertinggi di Asia Pasifik ditambah lagi dengan Unit Perancang Ekonomi termasuklah dengan the all powerful (KIJA) Kementerian Idris Jala dengan nilai RM6.19 bilion untuk 2011, tambahan RM6.4 bilion untuk 2012, di mana sejumlah RM11.86 bilion diperuntukkan untuk projek-projek NKEA dalam\u00a0jangka masa 2011 hingga 2012 di bawah peruntukan pembangunan tambahan perbelanjaan operasi bernilai RM729.4 juta untuk tahun 2011 atau dengan erti kata lain nilai inilah yang dibayar untuk perunding-perunding antarabangsa dibanding dengan usaha di bawah Pakatan Rakyat dengan enam negeri, satu tidak diiktiraf iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu dirampas di negeri Perak, kita mampu berjaya dengan percuma dengan tidak membebankan dana rakyat menghasilkan satu belanjawan alternatif.<\/p>\n<p>Jadi, pendekatan yang diperlukan oleh rakyat dan ekonomi Malaysia sekarang ini\u00a0adalah pendekatan pro rakyat dengan mengambil kira tumpuan menyelamatkan masa depan dan khazanah negara demi generasi yang akan datang.\u00a0 Bukan tumpuan untuk menyelamatkan Barisan Nasional Tuan Yang di-Pertua, seperti mana belanjawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu.\u00a0 Daftar ekonomi dunia sekarang sudah cukup meyakinkan kita akan bahana yang wujud kalau kita lupakan tanggungjawab\u00a0 fiskal dan perbelanjaan yang perlu berhemah demi kegunaan generasi masa depan.<\/p>\n<p>Kita lihat hutang Kerajaan Pusat Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda daripada 2008.\u00a0 Melonjak naik daripada USD7 trilion kepada RM14.3 trilion hanya ketika Ogos 2011.\u00a0 Zon Eropah pula, 27 negara-negara Eropah mengalami hutang yang melonjak naik sebanyak 26% dalam masa dua tahun kepada Euro 9.8 trilion pada 2009.\u00a0 Jadi, bila ditingkatkan tentang Malaysia di manakah kita dalam konteks gundah gulana ekonomi dunia.<\/p>\n<p>Beberapa sebab utama kita sering kali gagal mencapai sasaran kita.\u00a0 Saya ulang atau saya pergi kepada Rancangan Malaysia Kelapan misalannya, sasaran pertumbuhan purata sebanyak 7.5% Tuan Yang di-Pertua bagi tahun 2001 hingga 2005 7.5%.\u00a0 Dalam tempoh tersebut bukan sahaja sasaran pertumbuhan purata tergelincir hanya dapat 4.7%, sasaran 7.5% itu tidak pernah dicapai dalam mana-mana tahun sekalipun.\u00a0 Sama juga dengan Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun kerajaan Barisan Nasional tuntut pembayaran dari Petronas\u00a0sehingga berjumlah RM235.6 bilion.<\/p>\n<p>Antara 2006 hingga 2009 ekonomi Malaysia hanya berkembang pada purata 4.2%\u00a0setahun sedangkan sasaran untuk Rancangan Malaysia Kesembilan adalah 6% secara purata.\u00a0 Daripada sejumlah RM431 bilion dibayar kepada kerajaan oleh Petronas sejak penubuhannya, 55% dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun sahaja tanpa sedikit pun kesan terhadap hala tuju ekonomi negara.\u00a0 Maka, memang masalah yang kita hadapi serius dan kerana itu kita mahukan kerajaan khususnya dalam belanjawan kali ini bukan\u00a0 sahaja memfokuskan kepada cadangan\u00a0Pakatan Rakyat\u00a0 one-off, tetapi memikirkan juga bagaimana hendak menjana keupayaan rakyat dalam jangka masa panjang.<\/p>\n<p>Saya rujuk, tadi ramai Ahli Parlimen sebut tentang pakar-pakar ekonomi, penganalisis, saya hanya sebut seorang pengkaji yang berpusat di\u00a0 Universiti Malaya Marie-Aimee Tourres yang menyatakan dengan izin, \u00a0 \u201cThe budget goodies strategy was not linked to any productivity commitment.\u00a0 A lot of tax collection projection is based on optimistic growth which mean not have taken into account the deteriorating global situation.\u00a0 I can only worry about the end cost.\u00a0 It is common that what is supposed to be one-off handout becomes permanent and long term\u201d.<\/p>\n<p>Jadi, saya fikir masalah utama di sini yang dibangkitkan yang perlu kita ambil secara serius adalah the structural issue of distortion and inefficiencies in the economy that result in lack of competition and subsequently high prices that was left largely unaddressed.\u00a0 Tuan Yang diPertua, saya fikir kerana itu kita juga mahu menilai tentang pengumuman demi pengumuman dan pelaksanaannya di bawah sana.\u00a0 Saya ingin memberi satu contoh yang sangat jelas untuk mempamerkan, menunjukkan bagaimana di peringkat bawah apa pun sekali pengumuman ataupun janji yang ditabur oleh Perdana Menteri tambahan pula lagi dengan PEMANDU, KIJA, Menterinya sendiri, Dato\u2019 Sri Idris Jala, tetapi hakikatnya apabila dipraktikkan tidak mempamerkan sikap yang konsisten dengan pengumuman.<\/p>\n<p>Contoh bila kita pergi kepada projek yang dibangunkan oleh SP Setia bersama pada awalnya dengan Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan.\u00a0 Tuan Yang di-Pertua, kenapa saya sebut YGK?\u00a0 Saya sebut kerana syarikat ini kepunyaan, pengerusinya Ketua Pemuda UMNO Malaysia.\u00a0 Secara tradisinya begitu bukan satu yayasan yang baru.\u00a0 Jadi, pada tahun 2000 satu\u00a0 joint venture (JV) antara SP Setia dan Yayasan Gerak Bakti diwujudkan untuk membangunkan kawasan Kampung Haji Abdullah Hukum 2007.\u00a0 Kalaulah ramai orang setinggan, semuanya telah dipindahkan, pampasan sebanyak RM6,000 satu keluarga berjumlah RM3.6 juta.<\/p>\n<p>Tahun 2009, KL Eco City sudah siap SP Setia hendak\u00a0 bangunkan dan kita pun\u00a0harapkan yayasan yang seharusnya mempertahankan hak bumiputera ini dapat bangunkan sekali satu projek yang punyai gross development value sebanyak RM6 bilion.\u00a0 Hasil perkongsian untuk keuntungan nanti antara DBKL dan SP Setia.\u00a0 DBKL dapat 20%, SP Setia 80% nisbahnya. Malangnya pada Julai 2011 SP Setia umumkan dibeli baki 40% saham dalam Projek KL Eco City ini daripada Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan yang bernilai, mereka dapat saham nilai dalam SP Setia RM75 juta.\u00a0 Jadi, saya hendak tanya khususnya kepada Ketua Pemuda UMNO kerana menjadi pengerusi, siapa-siapa di pihak UMNO hendak jelaskan bagaimanakah formula manamana yayasan yang mendapat tanah-tanah utama kerana banyak lagi selepas ini di bawah 1MDB.\u00a0 Bagaimana mereka dapat tanah-tanah premium, kemudian atas janji hendak bangunkan untuk hak bumiputera, masa depan bumiputera, selepas itu dapat menerusi saham untung atas angin.<\/p>\n<p>Jadi, saya pada mulanya hendak menelefon sebelum membuat ucapan, menelefon pejabat tersebut yayasan ini beroperasi di mana.\u00a0 Saya nampak carian di laman web pejabat di 58C Jalan Kampung Atap Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Tuan Yang di-Pertua. Saya telefonlah tetapi malangnya talian dikatakan telah\u00a0 ditamatkan tetapi transaksi baru sahaja diumumkan.<\/p>\n<p>Jadi saya hendak tahu rahsia di sebalik kejayaan yayasan yang boleh menimba\u00a0keuntungan begitu besar, sedangkan kita pun tidak tahu di mana pejabat operasinya, pejabatnya tidak berjawab kalau telefon. Jadi saya sampaikan ramai yang mengandaikan ini ialah kerja yayasan atas angin formula pencapaian kejayaan BN selama ini.<\/p>\n<p>Jadi ini amat mengelirukan kerana kita bercakap orang Melayu bumiputera rata-rata di situ yang dihalau atas sebab yayasan ini akan menjaga kepentingan mereka.\u00a0 Samalah seperti apa yang berlaku di Kampong Bharu dan yang dirancang di bawah\u00a0 1Malaysia Development Berhad.\u00a0 Jadi saya pohon jawapan kerana ramai rakyat Malaysia hendak belajar juga cara bagaimana hendak menjana keuntungan atas angin ini walaupun pejabat pun tidak beroperasi.<\/p>\n<p>Apa yang kita bimbangkan di sini Tuan Yang di-Pertua, kerana dalam janji yang ditabur termasuk juga menjelang 2020, RM1.4 trilion akan dijana 92% dibiayai oleh sektor swasta. Pendek kata 92%\u00a0 from private investment.\u00a0 Akan tetapi saya nampak langkah-langkah yang ditunjukkan selama ini bukan sahaja menerusi\u00a0 1Malaysia Development Berhad yang 100% dimiliki oleh Kementerian Kewangan.\u00a0 Akan tetapi juga usaha daripada Sime Darby membeli saham 30% E&amp;O dengan nilai RM766 juta pada 29 Ogos\u00a0 yang lalu.\u00a0 Termasuk juga usaha walaupun setakat ini tidak terlaksana oleh Permodalan Nasional Berhad hendak beli saham SP Setia.<\/p>\n<p>Jadi seharusnya bukankah semua\u00a0 government linked companies ini memberi ruang sepenuhnya sebesar-besar mungkin untuk memastikan semua badan swasta, pelabur dalam negeri ini, diberikan ruang untuk berdiri dengan sendiri meneruskan projek dan pembangunan mereka.\u00a0 Bila\u00a0 government dengan izin Tuan Yang di-Pertua,\u00a0 crowd out investment private investment jadi bagaimana kita hendak jana impian yang dilaungkan oleh PEMANDU? Itu persoalan saya.<\/p>\n<p>Isu kedua tentunya saya rasa ramai sudah bangkitkan projek\u00a0 Mass Railway Transit (MRT) dan kita tidak boleh lari.\u00a0 Ini kerana dalam sejarah pembangunan Malaysia inilah projek pembangunan terbesar yang pernah kita saksikan dengan nilai awalnya disebut RM36.6 bilion.\u00a0 Akan tetapi saya agak gusar kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat setakat ini dia kata dia tidak pasti, dia tidak boleh hendak estimate the cost.\u00a0 Ini kerana perlu perubahan alignment dan sebagainya.<\/p>\n<p>Cadangan dibawa di peringkat awal menerusi cabaran Swiss Challenge oleh Konsortium Gamuda-MMC.\u00a0 Jadi dia kata dalam kenyataan umum, kenyataan kepada semua kalau GamudaMMC sebagai\u00a0 project delivery partner gagal melaksanakan kerja-kerja dalam\u00a0 target\u00a0 sasaran datelinenya mereka kena bayar compensation kena bayar ganti rugi.\u00a0 Akan tetapi saya fikir SPAD setakat ini tidak membuktikan kebolehan untuk berdiri secara\u00a0 independent tanpa pengaruh politik.\u00a0 Kenapa saya berkata begitu?<\/p>\n<p>Baru-baru ini Yang Berhormat daripada PJ Utara telah mengenal pasti ada perubahan laluan MRT di kawasan Jalan Damansara.\u00a0 Laluan MRT\u00a0 tersebut pada awalnya seharusnya melalui laluan yang benar-benar di bawah alamat yang dahulunya kawasan hartanah yang dimiliki oleh kroni terdekat mantan Perdana Menteri.\u00a0 Saya tahu kerana saya pernah duduk di situ.\u00a0 Pada ketika itu Kerajaan Malaysia membayar untuk keluarga Timbalan Perdana Menteri menduduki rumah tersebut sebelum keluarga tersebut diarahkan keluar pada 2 September 1998.\u00a0 Maka tanah itu ini bayangkan pemiliknya lebih penting sampai laluan yang telah digali boleh diubah semata-mata apa alasan dia &#8211; Alasannya untuk mengurangkan jumlah pengambilan tanah sebanyak satu ribu meter persegi.<\/p>\n<p>Kononnya kos dalam penjajaran semula ini lebih rendah daripada jumlah pampasan yang perlu dibayar.\u00a0 Kita pun hendak tahu berapa jumlah dalam kos jajaran awal yang meliputi rumah tersebut.\u00a0 Pada saya, saya tahu pemiliknya siapa dahulu tetapi sekarang\u00a0 wallahualam.\u00a0 Isunya kepentingan seorang kroni jauh lebih penting daripada kepentingan mereka yang duduk bertahun-tahun di Jalan Sultan umpamanya ataupun di Bandar Utama.\u00a0 Jadi inilah yang membawa kepada persoalan adakah SPAD mampu melaksanakan tanggungjawab khusus dalam projek pembangunan yang terbesar dalam sejarah Malaysia.\u00a0 Kerajaan perlu jawab isu ini.<\/p>\n<p>Tuan Yang di-Pertua, dengan semua bebanan salah laku ini merupakan peninggalan Barisan Nasional untuk generasi yang akan datang.\u00a0 Saya menyatakan tidak ada perancangan yang khusus untuk benar-benar menyelesaikan masalah pendidikan yang perlu diperbaiki, agar generasi yang akan datang pelajar-pelajar kita ini merupakan pelajar terbaik di seantero dunia.\u00a0 Saya mulakan dengan statistik keciciran 80,000 anak-anak yang tidak mengikuti persekolahan peringkat menengah dari 2006-2010.\u00a0 Ini hanya anggaran Tuan Yang di-Pertua.\u00a0 Kenapa?\u00a0 Ini kerana Timbalan Menteri kata kementerian tidak ada\u00a0 statistik.\u00a0 Kementerian walaupun perbelanjaan diperuntukkan selama ini sudah 54 tahun merdeka tidak ada statistik khusus untuk menyatakan berapa anak-anak yang tercicir daripada sekolah menengah.<\/p>\n<p>Ini sesuatu yang serius kerana walaupun saya tahu\u00a0 kementerian ada tubuhkan\u00a0Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Negeri untuk membuat siasatan.\u00a0 Akan tetapi di manakah hasil siasatan jawatankuasa ini?\u00a0 Bagaimana kementerian tidak boleh menyediakan statistik untuk membantu memenuhi keperluan rakyat\u00a0 sedia ada?\u00a0 Saya rujuk Tuan Yang diPertua kepada laporan\u00a0 Human Development Report 2010 diterbitkan oleh UNDP.\u00a0 Peratus pelajar yang mendaftar ke sekolah menengah di kalangan mereka yang sepatutnya mendaftar secara kasar hanya 69.1% berbanding dengan Indonesia 75.8%, Filipina 81.4%, Brunei 96.7%, yalah kecilkan tetapi China 74%.<\/p>\n<p>Jadi maksudnya kalau hendak bandingkan pun tahap ekonomi kita sekarang tahap negara Indonesia.\u00a0 Mereka jauh lebih ke hadapan dari segi peratusan anak-anak yang pergi ke sekolah menengah.\u00a0 Ini sesuatu yang amat memalukan.\u00a0 Impak pengumuman belanjawan bila Perdana Menteri menyatakan diperkenalkan galakan cukai diberikan kepada sekolah swasta yang tidak bermotifkan keuntungan.\u00a0 Sekolah swasta\u00a0 antarabangsa termasuk juga ekspatriat.<\/p>\n<p>Pengecualian cukai sebanyak 100% ke atas pendapatan daripada pengurusan sekolah.\u00a0 Apakah rasionalnya?<\/p>\n<p>Untuk sekolah antarabangsa yang bermotifkan keuntungan pengecualian cukai\u00a0pendapatan bersamaan dengan elaun cukai pelaburan sebanyak 100% dan perbelanjaan modal dalam lima tahun.\u00a0 Elaun cukai ini hanya 70% dikecualikan.\u00a0 Jadi persoalan saya sekolah swasta antarabangsa mendapat pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% dalam tempoh lima tahun.\u00a0 Ini merupakan kehilangan peluang kerajaan, peluang kementerian, peluang rakyat untuk mendapat belanja tambahan untuk sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah-sekolah lain yang diperlukan.\u00a0 sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh.\u00a0 Sedangkan tidak ada jaminan semua sekolah-sekolah ini akan mengurangkan yuran kemasukan yang begitu tinggi untuk sekolah-sekolah mereka.\u00a0 Tidak ada jaminan.<\/p>\n<p>Jadi maksudnya\u00a0 clear of opportunity, lost opportunity cost. Semua pengumuman ini dibuat hanya beberapa minggu selepas dimaklumkan kepada umum oleh Timbalan Menteri bahawa kita menyaksikan peningkatan 90% pusat pendidikan swasta,\u00a0 private education establishment sudah meningkat tinggi tidak perlu insentif lagi, daripada 5,753 sekolah pada 2007 berbanding dengan 3,003 sekolah tahun 1999.\u00a0 Termasuklah kenaikan mendadak kebanyakan statistik ini buat peringkat sekolah rendah dan menengah dan antarabangsa.\u00a0 Bandingkan dengan jumlah sekolah rendah kebangsaan di bawah kelolaan kementerian 7,600 antara 2007 hingga 2009.<\/p>\n<p>Sekolah menengah meningkat 10% sahaja hingga 2,219 sekolah pada masa yang sama dua tahun ini.\u00a0 Jadi apakah rasional kerajaan?\u00a0 Untuk bagi insentif saya tidak melihat sebab utama kenapa diberikan insentif ini.\u00a0 Kita memerlukan lebih banyak dana untuk memperbaiki tahap dan mutu pendidikan di sekolah menengah dan sekolah rendah di bawah kelolaan kerajaan.\u00a0 Akan tetapi bagi juga insentif kepada pihak swasta.<\/p>\n<p>Sedangkan tidak ada masalah untuk mereka terus menerus diwujudkan. Saya tidak lihat bagaimana Kerajaan Pusat boleh juga menjamin kedudukan yang lebih profesional sebagai pemantau kepada semua institusi ini.<\/p>\n<p>Tuan Yang di-Pertua, kita kena faham kalau bercakap tentang IPTS, IPTA, sama juga isunya iaitu anak-anak kita apabila keluar sahaja lepas menjadi graduan mencari kerja, terus berhutang di bawah skim PTPTN. Jadi mereka melihat\u00a0 kerajaan untuk mencari penyelesaian. Akan tetapi pelajar-pelajar ini berhadapan dengan kerajaan yang penuh dengan\u00a0 conflict of interest. Kenapa saya cakap begitu kerana penglibatan parti Barisan Nasional dalam kolej-kolej swasta.<\/p>\n<p>Saya ambil satu contoh sahaja\u00a0 Masterskill College, di mana menerusi Datuk Mohan Swami, proksi yang paling dekat dengan sesebuah parti Barisan Nasional. Masterskill Education Group Bhd merupakan pemilik terbesar sektor pendidikan kesihatan dan kejururawatan.<\/p>\n<p>Bayangkan, walaupun bukan sebuah institusi pendidikan bawah kerajaan, 95% pelajar Masterskill berhutang di bawah skim PTPTN. Jadi pendirian di sini, apabila kerajaan seharusnya menyediakan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan, tidak boleh wujud conflict of interest yang begitu ketara.<\/p>\n<p>Oleh kerana itu, di bawah Pakatan Rakyat kita sedar bahawa isu 41 orang diisytiharkan&#8230;<\/p>\n<p>Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]:\u00a0 [Bangun]\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]:\u00a0 Silakan Yang Berhormat Gopeng.<\/p>\n<p>Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]:\u00a0 Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Berkenaan dengan Masterskill ini, dua tahun sebelum ini pernah saya bangkitkan soal mutu untuk\u00a0 training of nurses dalam Dewan ini dan memang ada jawapanjawapan daripada Menteri Kesihatan bahawa perkara itu telah\u00a0 looked into dan pantauan telah dibuat berkenaan dengan mutu latihan jururawat di situ.\u00a0 Akan tetapi sudah lepas dua tahun dan sampai hari ini kita lihat sekiranya jururawat daripada Masterskill misalannya, kalau hendak mohon jawatan di mana-mana hospital, mereka menghadapi masalah. Bukankah ini menunjukkan bahawa kejayaan Masterskill ini bukan kerana mutu pendidikan yang baik tetapi kerana ada connection dengan pihak yang berkuasa.<\/p>\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Yang Berhormat Gopeng dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana itu saya katakan bahawa isunya apabila kita berharap kepada kerajaan, perlu ada sikap yang profesional dan perlu ada satu pantauan yang tidak melibatkan\u00a0 conflict of interest sedemikian. Cadangan kami sebenarnya untuk memastikan tidak ada lagi salah guna kuasa dari segi pemberian sijil kelayakan, sijil anugerah kepada mana-mana institut. MQA yang bertanggungjawab memberikan sijil-sijil ratifikasi kepada semua institut pendidikan sewajarnya direformasikan dan dijadikan badan bebas tanpa sebarang pengaruh parti-parti politik, untuk\u00a0 menyediakan tahap pendidikan negara ini sejajar dengan keperluan bidang pekerjaan semasa. Ini kalau sudah memang jejas gagal, jelas tidak boleh tepati KPI dan\u00a0 benchmark, masih lagi dibiarkan berterusan. Kenapa? Sebab baik dengan penguasa.<\/p>\n<p>Tuan Yang di-Pertua, kita juga tahu berkait dengan\u00a0 apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi, lambakan IPTA dan IPTS di negara ini adalah suatu masalah yang serius. Mengikut perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sendiri, sejak tahun 1962 hingga 2006, jumlah IPTA adalah sebanyak 20 buah iaitu bersamaan dengan lebih kurang satu IPTA baru ditubuhkan setiap 2.2 tahun. Akan tetapi\u00a0 mengikut direktori IPTS untuk institut pengajian tinggi swasta di laman web Kementerian Pengajian Tinggi, sejak tahun 1999 sampai tahun ini, IPTS yang berdaftar dan bertaraf universiti berjumlah 70 iaitu bersamaan dengan satu IPTS baru ditubuhkan hampir setiap dua bulan. Jadi\u00a0 tentunya ada masalah yang amat serius. Suasana lambakan IPTA, IPTS ini langsung tidak membantu kita memperbaiki tahap kualiti universiti-universiti agar tersenarai dalam 400 universiti di dunia menerusi sistem kedudukan kelolaan Times Higher Education. Saya fikir alasan Menteri Pengajian Tinggi kata kita sengaja..<\/p>\n<p>Dato&#8217; Ismail Kasim [Arau]:\u00a0 Mohon laluan.<\/p>\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]:\u00a0 Pendek sahaja, masa saya pendek Yang Berhormat Arau.<\/p>\n<p>Dato&#8217; Ismail Kasim [Arau]:\u00a0 Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai. Apabila lambakan penubuhan IPTA yang kita lihat pada permulaannya ada satu khusus major yang lebih fokus ditawarkan tetapi apa yang kita lihat apabila universiti berkenaan mahu membesarkan pengambilan jumlah pelajar, ini menyebabkan mereka telah lari daripada kursus induk yang pernah menjadi asas kepada mereka. Ini tidak terjadi kepada universiti lain di dunia ini. Mereka kalau universiti sukan, sukan sahaja. Kalau misal kata di China, di Fujian, universiti sukan hanya menawarkan tiga kursus sahaja. Ia lebih fokus dan lebih menghasilkan kursus yang berkualiti. Pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai dalam perkara ini.<\/p>\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]:\u00a0 Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya fikir memang satu cadangan yang baik. Perlu ada pengkhususan di mana kita\u00a0 identify our competitive advantage dengan izin. Daripada situ barulah universiti dapat menilai keberkesanan dan memperbaiki\u00a0 track rekod mereka. Apa yang saya agak gusar ialah apabila diwujudkan insentif oleh kementerian khusus semasa Universiti Sains Malaysia (USM) dianugerahkan status Apex. Sampai sekarang RM500 juta yang dijanjikan kepada USM setalah mereka bertungkuslumus siapkan\u00a0 blueprint, siapkan rancangan jangka masa panjang, pengkhususan dan sebagainya, masih lagi tidak diberikan. Jadi, seolah-olah kerajaan tidak memikirkan kepentingan utama dalam negara adalah pendidikan. Hendak potong dalam belanjawan mula-mula pendidikan kesihatan.\u00a0 Itu sebagai satu benda yang begitu biasa dilaksanakan di bawah kerajaan Barisan Nasional.<\/p>\n<p>Saya harap diambil secara serius dan kita juga sedar \u2013 cadangan dalam Pakatan<\/p>\n<p>Rakyat, lebih kurang 70% daripada anak muda Malaysia tidak meneruskan pendidikan ke tahap pengajian tinggi. Jadi walau apa pun, perlu juga difikirkan bagaimana hendak perbaiki pendidikan latihan teknikal dan vokasional. PEMANDU unjurkan hampir 40% daripada 3.3 juta pekerjaan baru yang bakal diwujudkan mengguna pakai mereka ini daripada apa yang dipanggil TEVT. Akan tetapi tahap TEVT pada waktu ini amat mengecewakan dan saya pohon agar kerajaan memikirkan perkara yang lebih khusus, yang lebih dinamik, lebih serius untuk mempertingkatkan tahap TEVT iaitu latihan teknikal dan vokasional di seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>Tenaga kerja Jerman contohnya Tuan Yang di-Pertua, 70% daripada tenaga kerja TEVT, bukan semua graduan universiti. Akan tetapi kita sudah punya banyak sangat universiti-universiti \u2013 di Pagoh pun hendak rancang education hub, tidak cukup lagi dengan Iskandar Region, atas kepentingan politik sekali lagi. Mana kawasan Timbalan Perdana Menteri, mana kawasan Perdana Menteri, di situ kita letakkan satu\u00a0 education hub. Jadi pada saya tidak boleh begitu. Perlu difikirkan pendidikan anak-anak kita melangkaui sebarang perkiraan politik.<\/p>\n<p>Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu Pakatan Rakyat komited, daripada isu bukan\u00a0sahaja membantu membelanjakan untuk keperluan rakyat, tetapi bagaimana hendak meningkatkan hasil. Lelongan lesen import AP RM1.2 bilion, memastikan apabila kita kata tender terbuka, sistem itulah yang akan kita guna pakai. Saya masih ingat November 2008 Perdana Menteri umum hendak buat dan laksanakan sistem tender terbuka untuk semua tanah-tanah kerajaan. Akhirnya, 1MDB juga yang buat dengan pilihan syarikat-syarikat kroni yang disayangi.\u00a0 Justeru, sebagai pengakhiran, sedang kerajaan Barisan Nasional berlumba-lumba hendak meniru semua cadangan yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat, saya cabar&#8230;<\/p>\n<p>Beberapa Ahli:\u00a0 [Menyampuk]\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]:\u00a0 Tak apa, sabar. Sudah hentam kami\u00a0berterusan di media arus perdana, tidak apalah, biarlah saya bersuara di Parlimen.<\/p>\n<p>Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.<\/p>\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]:\u00a0 Sebagai pengakhiran, sedang kerajaan\u00a0Barisan Nasional berlumba-lumba meniru cadangan yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat, saya cabar supaya dilaksanakan dua perkara untuk membuktikan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional. Pertama, menyokong usul Yang Berhormat Ketua Pembangkang supaya dipotong perbelanjaan dalam belanjawan bernilai RM232 bilion kepada yang dianjurkan Pakatan Rakyat dalam sesi khas yang akan diadakan sekiranya pertumbuhan 5.5% daripada KDNK untuk 2011 dan 6% untuk suku pertama 2012 gagal dicapai. Saya pasti akan dicapai.<\/p>\n<p>Kedua, semua syarikat bumiputera yang dianugerahkan kontrak agenda bumiputera Tuan Yang di-Pertua, untuk menyediakan kerja-kerja kejuruteraan awam MRT bernilai RM8 bilion atau 43% daripada keseluruhan nilaiannya menghadiahkan 30% daripada nilai kontrak iaitu RM240 juta kepada satu Tabung Pendidikan Nasional sebagai permulaan kerana kita tidak boleh mencukai \u2018San Miguel\u2019 bukan, tidak ada sin tax, cukai dosa yang terlepas.<\/p>\n[\u25a01830]\n<p>Akan tetapi, sekurang-kurangnya kita mahukan&#8230;<\/p>\n<p>Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, habiskan Yang Berhormat.<\/p>\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Semua syarikat di bawah agenda\u00a0bumiputera ini melaksanakan tuntutan mereka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berikut adalah ucapan yang saya berikan di Parlimen pada 11 Oktober 2011, bagi membahas Belanjawan 2012. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:\u00a0 Yang Berhormat Lembah&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[20],"tags":[1104,104],"class_list":{"0":"post-3803","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-parliament","7":"tag-belanjawan-2012","8":"tag-nurul-izzah"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3803"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11195,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3803\/revisions\/11195"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}