{"id":3896,"date":"2012-01-16T16:35:02","date_gmt":"2012-01-16T08:35:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=3896"},"modified":"2021-02-05T23:12:28","modified_gmt":"2021-02-05T15:12:28","slug":"memorandum-saya-kepada-span-isu-paip-yang-belum-diganti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/memorandum-saya-kepada-span-isu-paip-yang-belum-diganti\/","title":{"rendered":"Memorandum saya kepada SPAN &#8211; isu paip yang belum diganti"},"content":{"rendered":"<p>Yang Berhormat Dato\u2019 Ismail bin Kasim<br \/>\nPengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)<br \/>\nPrima Avenue, Block 3510<br \/>\nJalan Teknokrat 6<br \/>\n63000 Cyberjaya<br \/>\nMalaysia FAX DAN SERAHAN TANGAN<\/p>\n<p>Assalamualaikum w.b.t Yang Berhormat Dato\u2019 Ismail,<\/p>\n<p>MEMORANDUM BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PENGGANTIAN PAIP DI KAWASAN BANGSAR, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR<\/p>\n<p>Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.<\/p>\n<p>Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato\u2019 Ismail berhubung permasalahan ketara yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur iaitu gangguan bekalan air akibat daripada kekerapan berlakunya paip pecah di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Saya difahamkan melalui maklumat daripada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bahawa paip-pai yang digunakan di kawasan Bangsar ini dari jenis \u2018AC\u2019 (Asbestos Cement) yang telah berusia 25 tahun masih digunakan dan ketidakupayaan untuk menampung tekanan air di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut rekod daripada pihak SYABAS juga, dalam tempoh 2 bulan yang lepas, sebanyak 27 kes paip pecah telah direkodkan di kawasan Taman Lucky, Bangsar dan perkara yang sama berlaku di kawasan sekitarnya.<\/p>\n<p>Buat Pengetahuan Yang Berhormat Dato\u2019 Ismail, saya dimaklumkan oleh pihak SYABAS bahawa mereka telah memaklumkan tentang keperluan penggantian paip di kawasan Bangsar ini kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi satu lawatan tapak yang diadakan pada 13 Disember 2011 lalu. Walaubagaimanapun, program penggantian paip yang telah dirancang oleh pihak SYABAS terpaksa ditangguhkan berikutan arahan pihak SPAN untuk menangguhkan pelaksanaan semua program-program pengurangan air tanpa hasil (NRW) dan ini termasuklah Program Penggantian Paip Lama yang dilaksanakan di bawah perbelanjaan CAPEX (perbelanjaan modal) sehingga cadangan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selesai sepenuhnya.<\/p>\n<p>Perkara yang dimaklumkan oleh pihak SYABAS ini tidak selari dengan janji yang telah dibuat kepada pihak Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya untuk mengantikan paip yang sedia ada (dalam Rolling Plan Kedua, RMK ke-10).<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, saya menggesa agar pihak SPAN dapat mempercepatkan proses penggantian paip sepertimana yang telah dijanjikan dan bersama-sama surat memorandum ini juga, saya lampirkan sokongan penduduk setempat yang turut sama menggesa agar masalah ini diselesaikan segera.<\/p>\n<p>Segala kerjasama daripada pihak Yang Berhormat Dato\u2019 Ismail dan SPAN amatlah dihargai demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat dan didahului dengan ucapan terima kasih.<\/p>\n<p>\u201c Demi Malaysia yang Lebih Baik \u201d<\/p>\n<p>Sekian. Wassalam.<\/p>\n<p>Yang berkhidmat,<\/p>\n<p>Nurul Izzah Anwar<br \/>\nAhli Parlimen Lembah Pantai<\/p>\n<p>S.k Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Bin Ismail<br \/>\nDatuk Bandar Kuala Lumpur<br \/>\nTingkat 27, Menara DBKL 1<br \/>\nJalan Raja Laut<br \/>\n50350 Kuala Lumpur<\/p>\n<p>Yang Berbahagia Dato&#8217; Teo Yen Hua<br \/>\nKetua Pegawai Eksekutif<br \/>\nPrima Avenue, Block 3510<br \/>\nJalan Teknokrat 6<br \/>\n63000 Cyberjaya<br \/>\nMalaysia<\/p>\n<p>Yang Berbahagia Dato&#8217; Ir. Lee Miang Koi<br \/>\nKetua Pegawai Operasi SYABAS<br \/>\nSyarikat Bekalan Air Selangor Sdh. Bhd.<br \/>\nIbu Pejabat<br \/>\nPeti Surat 5001<br \/>\nJalan Pantai Baharu<br \/>\n59990 Kuala Lumpur<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang Berhormat Dato\u2019 Ismail bin Kasim Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Prima Avenue, Block 3510 Jalan Teknokrat 6 63000 Cyberjaya Malaysia FAX DAN SERAHAN&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[50,48],"tags":[55,104,1126,95],"class_list":{"0":"post-3896","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-issues-rakyat","7":"category-lembahpantai","8":"tag-lembah-pantai","9":"tag-nurul-izzah","10":"tag-span","11":"tag-syabas"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3896","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3896"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3896\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3898,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3896\/revisions\/3898"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3896"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3896"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3896"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}