{"id":3970,"date":"2012-03-08T11:36:51","date_gmt":"2012-03-08T03:36:51","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=3970"},"modified":"2021-02-05T23:12:26","modified_gmt":"2021-02-05T15:12:26","slug":"pembatalan-sbpa-sudah-terhantuk-baru-terngadah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/pembatalan-sbpa-sudah-terhantuk-baru-terngadah\/","title":{"rendered":"Pembatalan SBPA &#8211; Sudah Terhantuk Baru Terngadah"},"content":{"rendered":"<p>KENYATAAN MEDIA &#8211; 8 MAC 2012<br \/>\nSudah Terhantuk Baru Terngadah: Kerajaan Harus Belajar dari Kesilapan SBPA<\/p>\n<p>KEADILAN mengalu-alukan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang baru diumumkan hari ini. Namun, pembatalan ini jelas menunjukkan kegagalan berterusan Kerajaan Umno-BN dalam mengambil kira pendapat golongan yang terkesan sebelum merangka dan mengumumkan dasar-dasar yang begitu penting sebegini.<\/p>\n<p>Kegagalan Kerajaan Umno-BN untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah. Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali.<\/p>\n<p>Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berserta wakil-wakil pekerja CUEPACS barulah tindakan seraya \u2018sudah terhantuk baru terngadah\u2019 diambil oleh Perdana Menteri hari ini.<\/p>\n<p>Secara tuntas, berikut merupakan prinsip-prinsip yang wajib diterima pakai oleh kerajaan yang prihatin terhadap nasib pekerja:<\/p>\n<p>1) Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang lebih adil dan saksama dengan <strong>mengutamakan golongan peringkat bawahan dahulu sebelum peringkat atasan<\/strong>. Kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah haruslah membolehkan mereka menerima gaji &#8220;sara hidup&#8221; (&#8220;living wage&#8221;), dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012<\/p>\n<p>2) SSM yang mengambil kira prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti, tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil <strong>penyelarasan gaji minima<\/strong> perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>3) <strong>SSM yang lebih komprehensif<\/strong> termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya.<\/p>\n<p>4) <strong>SSM yang mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan<\/strong> termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan didalam kerajaan.<\/p>\n<p>5) <strong>SSM akan disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap sepuluh tahun<\/strong>; semakan harus melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan.<\/p>\n<p>Akhir sekali, KEADILAN meletakkan keyakinan bertunjangkan perkhidmatan awam sebagai penggerak pembangunan negara yang terutama, dan mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mengenepikan suara mereka.<\/p>\n<p>Nurul Izzah Anwar<br \/>\nNaib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)<br \/>\nmerangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENYATAAN MEDIA &#8211; 8 MAC 2012 Sudah Terhantuk Baru Terngadah: Kerajaan Harus Belajar dari Kesilapan SBPA KEADILAN mengalu-alukan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[51,301],"tags":[1137,854,104,53,1146,81],"class_list":{"0":"post-3970","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-pressrelease","7":"category-statements","8":"tag-cuepacs","9":"tag-najib","10":"tag-nurul-izzah","11":"tag-pakatan-rakyat","12":"tag-sbpa","13":"tag-umno"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3970","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3970"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3970\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11189,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3970\/revisions\/11189"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3970"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3970"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3970"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}