{"id":4602,"date":"2012-09-19T12:14:02","date_gmt":"2012-09-19T04:14:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=4602"},"modified":"2020-02-18T12:33:11","modified_gmt":"2020-02-18T04:33:11","slug":"kenyataan-media-dana-khas-pengakuan-terbuka-kerajaan-gagal-tangani-jenayah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/kenyataan-media-dana-khas-pengakuan-terbuka-kerajaan-gagal-tangani-jenayah\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media: Dana Khas Pengakuan Terbuka Kerajaan Gagal Tangani Jenayah"},"content":{"rendered":"<div style=\"text-align: justify;\"><strong>DANA KHAS PENGAKUAN TERBUKA KERAJAAN GAGAL TANGANI JENAYAH<\/strong><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Warga Wilayah Persekutuan amnya dan Kuala Lumpur khususnya berasa serba-sedikit lega tatkala mendengar khabar penubuhan dana khas Tabung Keselamatan 1Wilayah untuk membantu meningkatkan tahap keselamatan kawasan-kawasan perumahan sekitar ibu kota.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Namun, langkah ini hanyalah satu usaha bersifat sementara yang tidak benar-benar menyelesaikan peningkatan kadar jenayah yang dihadapi warga Kuala Lumpur yang memerlukan perubahan dasar dan pendekatan mengatasi kadar jenayah yang lebih tersusun.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Malah langkah menubuhkan dana ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal dalam tanggungjawab mencegah jenayah disebabkan 3 faktor:<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">1) Kerajaan Persekutuan gagal menugas semula (<em>redeploy<\/em>) anggota-anggota Polis Di-Raja Malaysia &#8211; terutama dari Cawangan Khas\u00a0dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) &#8211;\u00a0untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah terutama sebagai pegawai penyiasat;<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">2) Kerajaan Persekutuan dan khususnya Menteri Wilayah Persekutuan gagal mengutamakan warga kota apabila bersetuju menempatkan semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seperti IPD Brickfields jauh dari pusat-pusat penduduk, yang secara langsung mahupun tidak merumitkan proses pemantauan jenayah di Brickfields sebagai contoh;<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">3) Kerajaan Persekutuan gagal menangani masalah jenayah secara dasar, sistemik, dan menyeluruh kerana semua sedar bahawa jenayah berkait dengan keadaan ekonomi yang lemah; malah, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar cuba untuk \u201cmenghilangkan\u201d isu \u201cmiskin bandar\u201d dengan pengumuman penghapusan miskin tegar menerusi paras Garis Kemiskinan \u00a0lapuk (<em>Poverty Line Index<\/em>) satu ketika dahulu.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><strong>Tanggungjawab Keselamatan Diswastakan?<\/strong><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Saya turut menggesa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar agar mendedahkan sebarang perjanjian yang dibuat di antara pihak Kementerian dan semua pihak yang memberi sumbangan kepada tabung ini &#8211; Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dilaporkan menyumbang sejumlah RM1 juta, sebagai contoh &#8211; yang jelas membuktikan bahawa:<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">1) Tugas dan tanggungjawab keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan Kerajaan Pusat sebagai satu khidmat awam asas telah pun diswastakan di dalam bentuk \u2018perkhidmatan kubu keselamatan\u2019 (<em>neighborhood security fortress<\/em>) \u00a0di kawasan-kawasan perumahan oleh syarikat-syarikat keselamatan swasta &#8211; di mana kos bayaran perkhidmatan yang ditanggung merupakan satu bentuk \u2018subsidi\u2019 yang bukan sahaja patut dikembalikan kepada penduduk di dalam bentuk rebat cukai (<em>tax rebate<\/em>) tetapi ia juga berbentuk diskriminasi kerana hanya kawasan-kawasan di mana penduduk yang mampu sahaja akan memperolehi perkhidmatan keselamatan swasta yang lebih daripada majoriti penduduk kurang mampu<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">2) Kaedah kepolisian yang dibantu peralatan seperti kamera CCTV memerlukan sistem yang lebih mantap dan teratur melebihi apa yang mungkin dapat dipasang dengan dana khas ini mengikut piawaian liputan pantauan (<em>security monitoring coverage<\/em>) yang mesti ditetapkan dan dimaklumkan kepada umum<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">3) Dan sepatutnya sistem kamera CCTV termasuk pemasangan lampu di kawasan gelap wajib <strong>DISEGERAKAN<\/strong> dan bukan menunggu pengumuman dan pelancaran yang nampak seperti satu kempen publisiti ketika harta dan keselamatan rakyat makin tergugat<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Sudah tiba masanya pemusatan kuasa dihentikan termasuk perkhidmatan polis serta pilihan raya \u00a0kerajaan tempatan dikembalikan kepada rakyat setempat agar kebertanggungjawapan dan ketelusan perkhidmatan awam yang menjadi asas demokrasi dapat menjaminkan aspirasi rakyat ditunaikan dan bukan dipolitikkan melalui perangkaan jenayah NKRA yang tidak tepat \u00a0mahupun usaha \u2018penswastaan keselamatan\u2019 dengan pengumuman dana khas contohnya.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Oleh demikian, saya menggesa kerajaan dan pihak yang betanggungjawab memberitahu apa perancanagan SEGERA dan BERKESAN untuk mengatasi kadar jenayah yang bertambah buruk &#8211; dalam semangat keterbukaan, demi kesejahteraan warga Malaysia amnya dan warga Wilayah Persekutuan khususnya.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Nurul Izzah Anwar<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DANA KHAS PENGAKUAN TERBUKA KERAJAAN GAGAL TANGANI JENAYAH Warga Wilayah Persekutuan amnya dan Kuala Lumpur khususnya berasa serba-sedikit lega tatkala mendengar khabar penubuhan dana khas&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[50,24,44,51,301],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4602","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-issues-rakyat","7":"category-media","8":"category-police","9":"category-pressrelease","10":"category-statements"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4602","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4602"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4602\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4608,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4602\/revisions\/4608"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4602"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4602"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4602"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}