{"id":4621,"date":"2012-09-20T02:15:35","date_gmt":"2012-09-19T18:15:35","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=4621"},"modified":"2020-02-18T12:33:10","modified_gmt":"2020-02-18T04:33:10","slug":"berita-tabung-keselamatan-1wilayah-bukti-bn-gagal-cegah-jenayah-kata-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/berita-tabung-keselamatan-1wilayah-bukti-bn-gagal-cegah-jenayah-kata-pkr\/","title":{"rendered":"Berita: Tabung Keselamatan 1Wilayah bukti BN gagal cegah jenayah, kata PKR"},"content":{"rendered":"<div>\n<div>Oleh Mohd Farhan Darwis (The Malaysian Insider)<\/div>\n<div>September 18, 2012<\/div>\n<div>\n<p>KUALA LUMPUR, 18 Sept \u2014 PKR melihat tindakan kementerian Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar (KWPKB) mewujudkan Tabung Keselamatan 1Wilayah adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menunaikan tanggungjawab mereka menyelesaikan isu keselamatan dan mencegah kegiatan jenayah.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/images\/uploads\/mugshots\/nurulizzahanwar400px.jpg\" alt=\"\" width=\"400\" height=\"294\" \/>Naib Presiden parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu, Nurul Izzah Anwar\u00a0<strong>(gambar)<\/strong>menegaskan, langkah itu tidak akan berjaya menyelesaikan isu peningkatan kadar jenayah kerana ia bersifat sementara sedangkan warga kota memerlukan perubahan dasar dan pendekatan tersusun bagi tujuan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini hanyalah satu usaha bersifat sementara yang tidak benar-benar menyelesaikan peningkatan kadar jenayah yang dihadapi warga Kuala Lumpur yang memerlukan perubahan dasar dan pendekatan mengatasi kadar jenayah yang lebih tersusun,\u201d kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Lembah Pantai ini turut menegaskan, dana itu berpunca daripada \u201ckegagalan kerajaan BN dalam menugaskan semula anggota-anggota PDRM, menempatkan semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields jauh dari penduduk, dan menangani masalah jenayah secara dasar, sistemik, dan menyeluruh kerana semua sedar bahawa jenayah berkait dengan keadaan ekonomi yang lemah.\u201d<\/p>\n<p>Nurul juga mendesak KPWKB untuk mendedahkan sebarang perjanjian yang dibuat di antara pihak kementerian dan semua pihak yang memberi sumbangan kepada tabung ini.<\/p>\n<p>\u201cTugas dan tanggungjawab keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan kerajaan persekutuan sebagai satu khidmat awam asas telah pun diswastakan di dalam bentuk \u2018perkhidmatan kubu keselamatan\u2019 (neighborhood security fortress).<\/p>\n<p>\u201cDi kawasan perumahan oleh syarikat-syarikat keselamatan swasta &#8211; di mana kos bayaran perkhidmatan yang ditanggung merupakan satu bentuk \u2018subsidi\u2019 yang bukan sahaja patut dikembalikan kepada penduduk di dalam bentuk rebat cukai (tax rebate) tetapi ia juga berbentuk diskriminasi kerana hanya kawasan penduduk mewah sahaja akan memperolehi perkhidmatan keselamatan swasta yang lebih daripada majoriti penduduk kurang mampu,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Jumaat lalu, menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan kementariannya akan menubuhkan Tabung Keselamatan 1Wilayah Persekutuan untuk membantu penduduk menyedia, mempertingkat dan membaik pulih kemudahan keselamatan di kawasan perumahan.<\/p>\n<p>Menteri berkenaan berkata ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah jenayah seperti rompak, samun dan pecah rumah.<\/p>\n<p>Raja Nong Chik berkata, dana awal untuk tabung itu ialah sebanyak RM1 juta, namun kementeriannya mensasarkan ia akan meningkat sehingga RM4 juta hasil sumbangan pihak korporat dan swasta.<\/p>\n<p>\u201cSumber dana untuk tabung itu tidak akan melibatkan kerajaan sebaliknya akan diperoleh melalui sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat pemaju hartanah dan perumahan serta syarikat swasta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Justeru, Nurul menggesa kamera litar tertutup (CCTV) segera dipasang dengan dana khas ini mengikut piawaian liputan pantauan (security monitoring coverage) yang mesti ditetapkan dan dimaklumkan kepada umum.<\/p>\n<p>\u201cKaedah kepolisian yang dibantu peralatan seperti kamera CCTV memerlukan sistem yang lebih mantap dan teratur melebihi apa yang mungkin dapat dipasang.<\/p>\n<p>\u201cDan sepatutnya sistem kamera CCTV termasuk pemasangan lampu di kawasan gelap wajib disegerakan dan bukan menunggu pengumuman dan pelancaran yang nampak seperti satu kempen publisiti ketika harta dan keselamatan rakyat makin tergugat,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Nurul juga menggesa kerajaan dan pihak yang betanggungjawab memberitahu apa perancangan \u201csegera\u201d dan \u201cberkesan\u201d untuk mengatasi kadar jenayah yang bertambah buruk.<\/p>\n<p>\u201cSudah tiba masanya pemusatan kuasa dihentikan termasuk perkhidmatan polis serta pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan kepada rakyat setempat.<\/p>\n<p>\u201cIa adalah kebertanggungjawaban dan ketelusan perkhidmatan awam yang menjadi asas demokrasi dapat menjaminkan aspirasi rakyat ditunaikan dan bukan dipolitikkan melalui perangkaan jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang tidak tepat\u00a0 mahupun usaha \u2018penswastaan keselamatan\u2019 dengan pengumuman dana khas,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Dipetik dari The Malaysian Insider:<br \/>\n<a href=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/bahasa\/article\/tabung-keselamatan-1wilayah-bukti-bn-gagal-cegah-jenayah-kata-pkr\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/bahasa\/article\/tabung-keselamatan-1wilayah-bukti-bn-gagal-cegah-jenayah-kata-pkr\/<\/a><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Mohd Farhan Darwis (The Malaysian Insider) September 18, 2012 KUALA LUMPUR, 18 Sept \u2014 PKR melihat tindakan kementerian Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar (KWPKB)&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[930],"tags":[88,1396,1395,106,1397],"class_list":{"0":"post-4621","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-penerbitan","7":"tag-kuala-lumpur","8":"tag-kwpkb","9":"tag-lemah-pantai","10":"tag-pdrm","11":"tag-tabung-keselamatan-1wilayah"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4621","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4621"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4621\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10425,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4621\/revisions\/10425"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4621"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4621"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4621"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}