{"id":5012,"date":"2013-03-21T16:33:10","date_gmt":"2013-03-21T08:33:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=5012"},"modified":"2020-02-18T12:32:12","modified_gmt":"2020-02-18T04:32:12","slug":"saya-tetap-bersama-anggota-anggota-keselamatan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/saya-tetap-bersama-anggota-anggota-keselamatan-negara\/","title":{"rendered":"Saya tetap bersama anggota-anggota keselamatan negara"},"content":{"rendered":"<p><strong>KENYATAAN MEDIA<br \/>\n21 Mac 2013<br \/>\nUNTUK SEBARAN SEGERA<\/p>\n<p>SAYA TETAP BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA<br \/>\n<\/strong><br \/>\nSaya merujuk kepada rencana yang diterbitkan New Straits Times hari ini\u00a0bertajuk &#8220;Nurul Izzah hits out at police&#8221;, yang saya anggap berniat jahat\u00a0dan telah menyeleweng ucapan yang telah saya berikan dalam satu ceramah di\u00a0Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac 2013.<\/p>\n<p>Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menyokong sepenuhnya pihak\u00a0keselamatan, khususnya anggota-anggota Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan\u00a0Tentera Malaysia yang pada waktu ini sedang berjuang di perbatasan\u00a0mempertahankan kedaulatan negara di bumi Sabah.<\/p>\n<p>Saya tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan\u00a0yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan. Saya\u00a0menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik\u00a0di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu. Saya\u00a0bersependapat dengan kenyataan Lt Gen (B) Datuk Abd Ghafir dalam sidang media 13 Mac 2013 di mana beliau telah menyatakan kegagalan risikan &#8211;\u00a0khususnya berkenaan insiden Lahad Datu &#8211; yang telah berlaku akibat aktiviti\u00a0risikan yang difokuskan ke arah pengintipan perkembangan politik negara sejak tahun 2000.<\/p>\n<p>Integriti kewartawanan yang bertanggungjawab adalah mercu tanda demokrasi\u00a0di negara kita dan sedang kita melalui krisis yang mengancam keselamatan\u00a0negara, saya berpendapat bahawa laporan yang tidak tepat dan menyeleweng\u00a0itu harus ditarik balik dan saya menuntut New Straits Times memohon maaf\u00a0dalam masa 24 jam melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana\u00a0berbaur fitnah itu telah disebarkan.<\/p>\n<p>Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang\u00a0ke atas akhbar New Straits Times &#8211; alat sebaran propaganda UMNO-Barisan Nasional terbitan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad &#8211; dengan serta-merta.<\/p>\n<p>Saya sekali lagi menegaskan pendirian konsisten Pakatan Rakyat menggesa\u00a0Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar\u00a0di samping kertas putih untuk mendalami krisis di Lahad Datu, demi\u00a0keselamatan tanah air tercinta.<\/p>\n<p><strong>Nurul Izzah Anwar<br \/>\nAhli Parlimen Lembah Pantai<br \/>\nNaib Presiden KEADILAN<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENYATAAN MEDIA 21 Mac 2013 UNTUK SEBARAN SEGERA SAYA TETAP BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA Saya merujuk kepada rencana yang diterbitkan New Straits Times hari ini\u00a0bertajuk&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[51],"tags":[63,1537,1477,432,1531,1538,55,1535,1536,1476,646,269,1534,286,1498,1532,1533],"class_list":{"0":"post-5012","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-pressrelease","7":"tag-anwar","8":"tag-ikrar-taat-setia","9":"tag-izzah","10":"tag-keselamatan-negara","11":"tag-lahad-datu","12":"tag-lawsuit","13":"tag-lembah-pantai","14":"tag-new-straits-times","15":"tag-new-straits-times-press-malaysia-berhad","16":"tag-nurul","17":"tag-nurul-izzah-anwar","18":"tag-polis","19":"tag-polis-diraja-malaysia","20":"tag-putrajaya","21":"tag-saman","22":"tag-tentera","23":"tag-tentera-diraja-malaysia"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5012"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5017,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5012\/revisions\/5017"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}