{"id":5297,"date":"2013-07-11T11:59:49","date_gmt":"2013-07-11T03:59:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=5297"},"modified":"2020-02-18T12:31:13","modified_gmt":"2020-02-18T04:31:13","slug":"nurul-izzah-bidas-jawapan-kelewatan-klia2-tak-jejas-keuntungan-mahb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/nurul-izzah-bidas-jawapan-kelewatan-klia2-tak-jejas-keuntungan-mahb\/","title":{"rendered":"Nurul Izzah bidas jawapan kelewatan KLIA2 tak jejas keuntungan MAHB"},"content":{"rendered":"<p>OLEH MD IZWAN<br \/>\nThe Malaysian Insider<br \/>\nJULY 09, 2013<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini membidas Kementerian Pengangkutan berikutan kelewatan proses menyiapkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).<\/p>\n<p>Beliau juga menyifatkan jawapan kementerian itu yang mendakwa ia tidak menjejas perniagaan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sebagai tidak munasabah.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Naib Presiden PKR itu mendakwa laporan penganalisis kewangan menunjukkan kelewatan berkenaan mengakibatkan perbelanjaan tambahan RM500 juta, selain penurunan nilai saham MAHB.<\/p>\n<p>&#8220;Penganalisis RHB Research, Ahmad Maghfur Osman menganggar, MAHB akan membelanjakan RM500 juta perbelanjaan tambahan untuk projek KLIA2.<\/p>\n<p>Justeru, RHB menurunkan nilaian terhadap saham MAHB iaitu RM6.86 daripada RM7.23,&#8221; katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.<\/p>\n<p>Bagi mengukuhkan lagi dakwaannya, Nurul Izzah merujuk laporan MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) yang menyatakan MAHB mungkin terpaksa menanggung kos tambahan bernilai RM250 juta.<\/p>\n<p>Ia, katanya, ekoran tuntutan kontraktor atas sebab perubahan permintaan skop kerja-kerja (Variation Order) KLIA2.<\/p>\n<p>&#8220;Perubahan termasuklah pemanjangan Landasan Kapal Terbang 3, perubahan aras tanah (earthworks) dan peningkatan am infrastruktur awam.<\/p>\n<p>&#8220;Ia tambahan kepada permintaan untuk pembesaran tingkat bawah terminal utama dan bangunan satelit untuk memenuhi permintaan pelbagai agensi kerajaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam jawapan bertulis kepada soalan Nurul Izzah mengenai kelewatan itu, kementerian menyatakan ia tidak memberi kesan kepada urusan perniagaan syarikat MAHB.<\/p>\n<p>Kementerian juga memberi tarikh pembukaan KLIA2 yang baru iaitu Mei tahun depan dan mendedahkan syarikat yang mengakibatkan kelewatan berkenaan, UEMC-Bina Puri JV (UBPJV).<\/p>\n<p>Tarikh KLIA2 disipakan ditunda beberapa kali berikutan perubahan dari pelan asal termasuk membina terminal lebih besar dan pemasangan sistem pengendalian bagasi automatik.<\/p>\n<p>Tarikh baru itu adalah kelima kerana ia sepatutnya siap pada April 2010 tetapi ditunda kepada Oktober 2012, April 2013 dan kemudian 28 Jun, 2013.<\/p>\n<p>Lapangan terbang itu dijangka mengendalikan 45 juta penumpang setahun, antara lain akan memiliki 60 pintu, 80 jambatan aero dan 32,000 meter persegi ruang runcit dengan 225 kedai.<\/p>\n<p>Tender untuk projek KLIA2 pertama kali dikeluarkan pada 2009. &#8211; 9 Julai, 2013.<\/p>\n<p>http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/bahasa\/article\/nurul-izzah-bidas-jawapan-kelewatan-klia2-tak-jejas-keuntungan-mahb\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>OLEH MD IZWAN The Malaysian Insider JULY 09, 2013 Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini membidas Kementerian Pengangkutan berikutan kelewatan proses menyiapkan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[930],"tags":[86,85,1571,1314,88,55,1318,38,104,646,178,53,92,1859,114,61],"class_list":{"0":"post-5297","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-penerbitan","7":"tag-barisan-nasional","8":"tag-bn","9":"tag-klia-2","10":"tag-klia2","11":"tag-kuala-lumpur","12":"tag-lembah-pantai","13":"tag-mahb","14":"tag-malaysia","15":"tag-nurul-izzah","16":"tag-nurul-izzah-anwar","17":"tag-pakatan","18":"tag-pakatan-rakyat","19":"tag-pantai-dalam","20":"tag-parliament","21":"tag-parlimen","22":"tag-pkr"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5297","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5297"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5298,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5297\/revisions\/5298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}