{"id":5755,"date":"2014-04-03T14:12:09","date_gmt":"2014-04-03T06:12:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=5755"},"modified":"2020-02-18T12:28:46","modified_gmt":"2020-02-18T04:28:46","slug":"protes-itu-demokrasi-tulis-nurul-izzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/protes-itu-demokrasi-tulis-nurul-izzah\/","title":{"rendered":"Protes itu demokrasi, tulis Nurul Izzah"},"content":{"rendered":"<p>2 APRIL 2014 (PETALING JAYA): Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa perbezaan di antara negara dunia pertama dan ketiga adalah terletak pada sistem kenegaraannya.<\/p>\n<p>Selain sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, memudahkan rakyat untuk menilai dan melihat tawaran politik yang berbeza melalui media bebas dan ruang berdebat yang luas.<\/p>\n<p>\u201cDemokrasi melalui pilihan raya yang adil dan telus memudahkan rakyat mempertahankan hak rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang dapat mewakili kepentingan rakyat,\u201d ujar Nurul Izzah di dalam bukunya yang berjudul \u201cMasa Depan Masa Kita\u201d yang baru sahaja dilancarkan pada 28 Mac lalu.<\/p>\n<p>\u201cMalah suara rakyat dapat didengar termasuk bantahan melalui protes, sekiranya cara lain menemui kebuntuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jika sebuah autokrasi menyekat rakyat daripada menilai sesuatu tawaran politik, dan sekiranya saluran media dikawal serta propaganda hitam menguasai jiwa rakyat dek ketakukan hilang kuasa atau kebencian mana-mana pihak, hak rakyat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya akan tersekat kerana maklumat tersebut telah dimanipulasi.<\/p>\n<p>Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menambah, sejarah dunia telah mencatatkan bahawa apabila hak rakyat disekat melalui sistem autokrasi, rakyat akan bangkit dan memprotes atas rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu.<\/p>\n<p>\u201cGerakan \u2018Arab Spring\u2019 menjadi contoh terkini kebangkitan rakyat untuk memprotes pemerintah yang autokratik.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun berdepan dengan segala kekuatan jentera kerajaan, tetapi semua sekatan gergasi ini dapat ditumpaskan melalui semangat patriotik untuk merampas kembali hak demokrasi rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sejarah di negara kita juga membuktikan bahawa protes itu adalah hak rakyat yang menjadi pencetus perubahan malah membawa kepada kemerdekaan.<\/p>\n<p>\u201cTanpa protes menentang Malayan Union pada 1946 dan protes Hartal Se-Malaya 1947, negara kita tidak akan merdeka.<\/p>\n<p>\u201cNegara masih akan dijajah oleh British yang menggunakan system autokratik dengan segala jentera kerajaan, kawalan media dan undang-undang anti demokratik diluluskan untuk menyekat hak mereka.<\/p>\n<p>Jelas Izzah lagi, tanpa protes \u2018Barang Naik\u2019 dan \u2018Anti-GST\u2019, tidak akan ada penangguhan pembatalan subsidi makanan dan penangguhan pelaksanaan cukai GST.<\/p>\n<p>\u201cProgram seperti BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia, PR1MA, dan Baucar Buku Sekolah tidak akan dilaksanakan sekiranya protes dan bantahan ini tidak diadakan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Malangnya transformasi undang-undang ini dilakukan hanya separuh jalan, dan masih bersifat menyekat hak rakyat, katanya lagi.<br \/>\nKata beliau lagi, perkara yang berlaku ini adalah usaha autokrasi yang bertopengkan demokrasi untuk memegang kuasa.<\/p>\n<p>\u201cLihat saja, akta ISA hanya dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru yang merelakan tahanan berpuluh tahun dipenjara dengan sistem kehakiman yang tempang.<\/p>\n<p>\u201cManakala, Auku dan PPPA hanya dipinda dan bukannya dibatalkan malah akta baru seperti Akta Perhimpunan Awam yang diperkenalkan juga sebagai salah satu usaha untuk menyekat sistem demokrasi negara,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Katanya, bukan itu sahaja, tanpa protes Bersih 2.0, kerajaan tidak akan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk mereformasi sistem pilihan raya negara yang terbukti pincang.<\/p>\n<p>Namun demikian, katanya, harapan rakyat hancur, apabila setelah tertubuhnya JPKP Pilihanraya, mereka hanya menerima satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 serta menolak cadangan laporan minoriti pihak Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>\u201cLebih mengejutkan apabila kerajaan melakukan serang hendap dengan mengusulkan serta meluluskan secara pantas pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang menafikan hak wakil parti politik untuk menyemak kesahihan kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pengundi pada hari mengundi.<\/p>\n<p>\u201cProses pilihan raya masih kotor kerana pelaksanaan Seksyen 9A yang melarang sesiapa daripada membawa kes mahkamah yang melibatkan Daftar Pengundi untuk disemak terus dikekalkan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Nurul Izzah turut menambah, semua ini adalah usaha hipokrasi demokrasi untuk memanipulasi pilihan raya agar dapat memberi jaminan supaya negara terus kekal sebagai sebuah negara autokrasi.<\/p>\n<p>Katanya, pilihan raya memberikan mandat dan legitimasi untuk membentuk kerajaan yang mesti mewakili dan mempertahankan kepentingan rakyat selain hak ini perlu diteruskan agar pilihan raya yang bebas dan adil dapat dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat mesti bangkit dan mempertahankan hak demokrasi dan menentang segala usaha autokrasi yang lapuk dan lesu,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Dipetik dari Free Malaysia Today<br \/>\n<em>http:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/nation\/2014\/04\/02\/protes-itu-demokrasi-tulis-nurul-izzah\/<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>2 APRIL 2014 (PETALING JAYA): Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa perbezaan di antara negara dunia pertama dan ketiga adalah terletak pada&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[930],"tags":[1420,1749,646],"class_list":{"0":"post-5755","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-penerbitan","7":"tag-free-malaysia-today","8":"tag-masa-depan-masa-kita","9":"tag-nurul-izzah-anwar"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5755"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5757,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5755\/revisions\/5757"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}